Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Wednesday, January 11, 2012

SI BURUK KEKASIH RAJA

as'salam sumew..!! :)
rindu x kt kyra...??
hehehe sori sket kyra bz dengan final projek kyra....
jadi juz lawat melawat korang n diam tanpa komen(alasan yang tidak dapat diterima...!!)
ok...enough talking more writing right..??
 kt cini kyra da benda nk kongsikan n korang..
so pew ag...
 
  JOM BACA CITER NIE..!! BEST TAW
Ada patah mengatakan "Lebih baik indah khabar daripada rupa". Akan tetapi pepatah ini tidak terpakai bagi seorang wanita seperti Qabihah yang menjadi kekasih Khalifah Al-Mutawakkil Alallah. Qabihah beerti si Buruk. Walau demikian, Khalifah sangat tergila-gila kepadanya melebihi isteri-isteri dan jariah-jariah yang lainnya. Mengapa??? Beginilah ceritanya BERMULA........

Khalifah Al-Mutawakkil Alallah telah menerima hadiah berpuluh-puluh jariah yang cantin-cantik. Seorang diantaranya ialah bernama Mahbubah, cantiknya amat luarbiasa. Begitu di mata khalifah terpandang, baginda terus tergila-gila kepadanya dan menjadikannya sebagai wanita paling istimewa di sampingnya. Khalifah telah menukar namanya dari Mahbubah ke Qabihah yang beerti si Buruk. Entah apa tujuannya??? Mungkin sahaja untuk menutupi dari orang ramai agar tidak menaruh hati kepadanya.

Setelah menjadi wanita kesayangan Khalifah, wanita jelita ini mula membanggakan dirinya dan berperangai buruk seperti namanya. Dia selalu ikut masuk campur dalam urusan kerajaan dan berusaha unutk mendudukkan anaknya yang bernama Al-Mu'taz bin Al-Mutawakkil menjadi Khalifah selepas Al-Mutawakkil. Padahal dia hanyalah seorang jariah, jadi anaknya tidak mempunya hak untuk jawatan itu.

Dengan berbagai tipu muslihat busuk, Qabihah dapat juga mendudukkan anaknya di jawatan Khalifah setelah berpakat dengan para pemberontak Turki. Qabihah juga yang menjadi dalang pembunuhan Al-Mustain dalam buangan yang menjadi Khalifah sebelum Mu'taz.

Ketika anaknya menjawat jawatan Khalifah dalam masa sebentar Qabihah telah mengambil kesempatan untuk mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya. Sehingga harta peribadinya jauh lebih banyak darpada harta perbendaharaan negara.

Suatu hari orang-orang Turki meminta wang perlindungan kepada Al-Mu'taz sebanyak 50000 dinar. Akan tetapi Al-Mu'taz tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dia meminta bantuan kepada ibunya Qabihah tapi si Buruk itu menjawab, "Aku tidak punya wang sebanyak itu".

Orang Turki marah lalu Khalifah Al Mu'taz dijemurnya di panas matahari kemudian dilanyak sampai mati. Setelah itu orang Turki memburu Qabihah. Ternyata dia telah lari memlaui terowong yang dibuat dibawah rumahnya, tapi akhir sekali tertangkap jua. Setelah digeledah, ternyata dia menyimpan wang melebihi satu juta dinar. Belum lagi termasuk periasaan dan alat-alat yang mahal belaka. Sungguh tergamak si Qabihah membiarkan anaknya matti disebabkan sikap kedekutnya. Sesungguhnya dia telah lebih berhati buruk seburuk namanya.

The End....

Apa yang kita boleh dapati dari citer ini???
korang lebih taw :) 
as'salam :)

No comments: