Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Wednesday, January 11, 2012

Ciri-ciri Muka - Mulut

MULUT YANG PALING BAIK


Tiger Mouth
Jenis mulut ini ialah ia berbentuk lebar, tebal, merah jambu dan simetri. Ia biasanya dimiliki oleh mereka yang datang dari latarbelakang keluarga yang baik. Mereka memiliki ilmu yang tinggi dan sangat tabah. Mulut jenis ini juga menandakan kekayaan dan nasib yang baik dan pemiliknya biasanya menghadapi hidup dengan gembira. Apabila gigi ditutup dengan sempurna, ini bererti beliau sangat dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki masyarakat. Orang yang mempunyai bentuk mulut seperti ini boleh menjadi teman yang baik di dalam perniagaan dan juga hubungan peribadi.


Dragon mouth

Mulut jenis ini adalah besar dan luas. Bibirnya sangat gebu dan rata. Mulut jenis ini menandakan kekayaan, kehormatan, kuasa, mendapat makanan yang baik dan kehidupan yang gembira.



Cow Mouth
Jenis mulut ini adalah tebal dan merah tetapi biasanya kecil dan runcing ke atas. Ia mungkin menjadi besar apabila pemiliknya ketawa. Seluruh bentuk adalah kemas dan sama rata. Bentuk sebegini menandakan kesihatan, kekayaan, perkahwinan yang membahagiakan dan seorang yang artistic. Pemiliknya biasanya akan popular di kalangan jantina yang berlawanan dengan mereka dan mungkin menghadapi kehidupan yang romantik.

Ram Mouth
Jenis mulut ini adalah kecil dan nipis serta runcing ke atas. Mulut seperti ini menandakan seorang yang berhati-hati dan konservatif tetapi jika yang bernasib baik akan hidup lebih gembira dan orang ini biasanya bersikap optimistic. Mereka yang bermulu biri-biri mempunyai perancangan yang bagus dan mereka boleh berjaya dalam perniagaan dan ilmu perakaunan.

Cherry mouth
Mulut jenis ini adalah kecil dengan bibir bawahnya adalah tebal dan meruncing ke atas. Pemiliknya biasanya cenderung untuk menjadi sensitif, seorang yang lemah-lembut dan bijak serta selalunya mempunyai bakat artistik. Orang yang lahir dengan mulut jenis ini boleh pergi jauh, terutama jika mereka betul-betul mendalami matlamat yang membolehkan mereka menjadi masyhur dan kaya. Jenis mulut ini biasanya dijumpai di kalangan wanita dan wanita ini akan menghadapi perkahwinan yang bahagia.

MULUT SEDERHANA BAIK
Monkey mouth
Mulut jenis ini adalah luas, nipis dan berkeluk. Mulut jenis ini menandakan orang itu sangat cerdik dan bersifat oportunis. Sesiapa yang mempunyai mulut jenis ini biasanya akan berjaya di dalam perniagaan. Walaubagaimanapun, mereka kadangkala akan terlibat di dalam penipuan. Mereka biasanya akan mempunyai masalah dalam mencari kawan sebenar dan mengekalkan sesebuah persahabatan.

MULUT KURANG BAIK
Pig Mouth
Mulut jenis ini adalah kecil dan menonjol dengan bibir tebal. Bentuk ini menandakan seorang yang pemalas dan sering dimanjakan dengan kebendaan. Pemiliknya biasanya kurang sabar, penakut dan mudah marah. Orang yang mempunyai mulut jenis ini akan melihat diri mereka sendiri menghadapi kesukaran kerana kata-kata mereka yang kurang berhati-hati. Mereka akan menerima sedikit pertolongan daripada orang yang rapat daripada mereka dan perlu mencari haluan hidup mereka sendiri.

bird mouth
Mulut jenis ini mempunyai bibir yang menonjol dan agak nipis. Bentuk ini menandakan seorang yang becok dan banyak cakap sehingga sesuatu kerja tidak dapat disiapkan. Memang ya, ini akan menyebabkan pemiliknya menghadapi masalah yang banyak dan mungkin memusnahkan hidupnya atau kerjayanya.
 
Mouse mouth
Mulut jenis ini adalah kecil dengan bibir nipis dan runcing ke bawah. Mulut jenis ini manandakan kebakhilan, berfikiran sempit dan bersikap oportunis. Mereka yang mempunyai jenis mulut ini selalunya kuat cemburu dengan kejayaan dan nasib baik orang lain, walaupun mereka berusaha untuk mencapai apa-apa dengan sendirinya.

Fox mouth
Mulut jenis ini adalah besar dan berombak. Ia menandakan seorang yang agak rumit dan tidak boleh dipercayai dan mereka mempunyai selera yang baik dalam hubungan peribadi. Mereka yang mempunyai mulut jenis ini akan mempunyai masalah dalam meyakinkan orang lain tentang nilai apa yang mereka hendak katakan kerana mereka kerap mengubah pandangan mereka setiap masa. Orang yang mempunyai mulut jenis ini berkemungkinan berkahwin banyak kali.

AWAS!
1.Setiap gambar hanylah dari sumber pakcik GooGle
2.Setiap SumBer ini datang dari MULUT-MULUT

1 comment:

Cik Azizah said...

alamak...jijah tak tahu mane satu jenis mulut...hehe