Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Wednesday, August 17, 2011

report kayu~~~~~~

ISI KANDUNGAN

BIL.
TAJUK
MUKA SURAT
1
PENGHARGAAN

2
PENGENALAN

3
TAJUK

4
OBJEKTIF

5
BAHAN – BAHAN

6
PERALATAN KERJA

7
PROSEDUR KERJA MINGGU PERTAMA

8
PROSEDUR KERJA MINGGU KEDUA

9
PROSEDUR KERJA MINGGU KEITGA

10
PERBINCANGAN

11
KESIMPULAN

12
LAMPIRAN


  
PENGHARGAAN

Assalamualaikum
Di sini saya Siti Sazmira Binti Zaharudin, nombor pendaftaran 15QKA10f..... mewakili kesemua ahli kumpulan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Roslan  kerana telah banyak mengajar kami serta membantu kami dalam menyiapkan kerja bengkel ini tersebut.

            Selain itu, tidak dilupakan juga kepada Encik Syed kerana memberi penerangan yang lengkap dalam tunjuk ajar serta bantuan Encik dalam  membantu kami untuk memahami penggunaan  alat – alat mesin. Di samping itu menjaga kami ketika kami menjalankan waktu kerja bengkel.

            Di samping itu, tidak juga dilupakan Encik Nahar dalam memberi tunjuk ajar dalam kemasan  kayu. Cara – cara untuk kemasan dan sebagainya. Jasa – jasa encik sekalian tidak akan kami lupakan. Tunjuk ajar encik – encik sekalian akan kami ingati sepanjang pembelajaran kami di sini dan juga dia alam pekerjaan nanti.

            Dan juga tidak dilupakan kepada ahli kumpulan saya yang banyak membantu dalam menyiapkan laporan bengkel ini serta kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan kerja amali yang diberikan oleh Encik. Diharapkan Encik – encik sekalian menghalalkan ilmu yang telah diajarkan kepada kami.

Sekian terima kasih


KALO KORANG BACA N TENGOK KAN??
KORANG AGAK-AGAK EA TANGAN SAPEW :D



PENGENALAN
KAYU
Malaysia merupakan sebuah pengeksport kayu yang terkenal di dunia. Pelbagai jenis kayu yang berkualiti tinggi yang terdapat di Malaysia dan boleh menjadi bahan pembinaan yang baik. Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel – sel yang lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mem[unyai nilai kelembapan ketumpatan dan ruang idara yang berbeza berbanding bahan binaan yang lain.
Kayu secara am boleh diproses :
  • ·         Tiang rasuk, lantai dinding, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.
  • ·         Perabot.
  • ·         Pembungkusan secara ringan atau berat.
  • ·         Pemegang.
  • ·         Bahan pelarut.
  • ·         Kertas.
  • ·         Venir.

Kayu yang sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban. Tahap kemampuan kayu menampung beban bergantung kepada ciri – ciri yang terdapat pada kayu tersebut. Malah penggunaan kayu turut bergantung kepada ciri – cirri pada kayu tersebut. Kayu terbahagi kepada empat iaitu :
  • a.       Keras dan berat
  • b.      Keras dan sederhana berat.
  • c.       Keras dan ringan
  • d.      Lembut.

Kayu terbahagai kepada beberapa struktur, iaitu ;
1.      Kulit kayu – lapisan berserabut di luar batang pokok yang melindungi pokok itu dari cuaca dan serengga serangga.
2.      Kulit gentian – kulit kayu yang membawa getah yang sudah diperkaya dari daun ke dahan dan batang membesar. Oleh kerana lapisan lar kulit gentian ini akan mati dari masa ke masa ia akan menjadi sebahagian daripada kulit.
3.      Gelang tumbesaran – dibentuk oleh lapisan sel baru yang dikeluarkan oleh lapisan cambium suatu gelang pembahagian sel yang juga akan menjadi kulit gentian atau kulit kayu dalam.
4.      Teras muda – nama yang diberi kepada lapisan luar gelang tumbesar yang baru tumbuh. Getah mentah mengalir naik dari akar melalui lapisan kulit luar ini ke daun. Teras muda lembut jalinannya dan lebih terang wananya dari teras kau. Ianya tidak harus digunakan untuk menghasilkan tanggam yang mutu tingginya kerana ada kemungkinan ia akan diserang oleh serangga atau kulat.
5.      Teras kayu – bahagian pusat kayu yang lebih keras dan waarnanya lebih tua dari warna teras muda.
6.      Jejari empulur – bentuk atau jejari yang dapat dilihat terangnya pada kayu oak atau beech. Merupakan kumpulan sel khas yang bertugas menyimpan makanan. Ia bercabang dari pusat pokok seperti ruji – ruji roda dan hamper tidak kelihatan pada sesetengah kayu.
7.      Empulur – tumbesar pertama pokok sebagai anak benih. Empulur ini tidak berguna dan ia akan meninggalkan urat coklat di tengah – tengah batang pokok.

Papan Lapis

Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang
Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan ketebalan
a.       Saiz :
» panjang dan lebar = 2 440 mm x 1220 mm
Tebal = dari 3 mm hingga 32 mm
b.      Jenis :
» Kalis air
» Tidak kalis air
c.       Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak
d.      Kelebihan :
» Mudah dipotong
» Tidak retak dan meleding
» Kukuh dan tahan
e.       Keburukan :
» Mudah lekang apabila terkena air
» Hanya boleh digunakan di dalam rumah

TAJUK
MENGHASILKAN PENTAS MENGGUNAKAN PAPAN LAPIS
OBJEKTIF
Untuk memastikan pelajar dapat menggunakan alat dengan betul serta menggunakan kaedah dengan tepat mengikut kesesuaian di samping mengutamakan keselamatan. Menguruskan bahan dengan bijak tanpa membazirkan bahan tersebut. Melakukan kerja berkumpulan dengan jayanya.  Menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan.
BAHAN – BAHAN
Papan lapis bahagian dua(kecil)
D – 4.0m x 8.0m – 3 keping
E – 8.0m x 0.19m – 6keping
F –3.98m x 0.19m – 12keping





Papan lapis bahagian 3
H – 1.5m x 4.0m – ½ dari papan lapis
I - 1.5m x  0.29m – 2 keping
J – 3.98m x 0.29m – 3 keping

PERALATAN KERJA
i.                    Tukul kambing 
ii.                  Paku  
iii.                Pita ukur 
iv.                Sesiku L
v.                  Pensil
vi.                Apit G dan apit F
vii.              Woodfilla
viii.            Decorative pigmented varnish
ix.                Gam kayu

MESIN YANG DIGUNAPAKAI
i.                    Radial Arm Saw

ii.                  Circular Saw
`
PROSEDUR MINGGU KETIGA
Langkah Kerja
  1. 1.      Pada minggu ketiga, papan lapis untuk bahagian kedua diambil bagi menyempurnakan pentas yang diperlukan.
  2. 2.      Papan yang bersaiz 4mx8m diambil beserta peralatan – peralatan yang diperlukan seperti tukul, paku, pita ukur, sesiku L dan apit G atau apit F.
  3. 3.      Kemudian, papan lapis yang bersaiz 8.0m x 0.19m diambil sebanyak dua keping bagi menyambung bahagian kiri dan kanan.


4.      Sebelum disambungkan pada bahagian kanan, bahagian yang perlu dipakukan akan diletakkan gam terlebih dahulu.


5.      Gam diletakkan secara berhati – hati bagi mengelakkan terjadinya kecomotan pada papan di bahagian luar.
6.      Setelah selesai meletakkan gam tersebut, paku akan diambil dan dipakukan.
7.      Jarak bagi memaku ialah mengikut panjang tukul tersebut.




8.      Kemudian, dengan menggunakan kaedah yang sama, bahagian kiri dipakukan.
9.      Sekiranya didapati paku bengkok sewaktu mengetuk, paku tersebut perlu dicabut dengan menggunakan hujung tukul yang mempunyai kuku.
10.  Bahagian bawah tukul yang menekan permukaan papan tersebut perlu diletakkan kayu yang tidak digunakan sebagai pelapik bagi mengelakkan kecacatan terhadap kayu tersebut.
11.  Setelah selesai memaku dibahagian kiri dan kanan, papan lapis yang bersaiz 3.98m x 0.29m diambil untuk memaku bahagian depan dan belakang serta bahagian tengah – tengah papan di bahagian dalam.


12.  Sekiranya didapati papan F yang dipaku agak terkeluar dari garisannya, papan tersebut perlu ditekan bagi mengelakkan paku terkeluar agar tidak terjadi kecacatan pada bahagian luar.



13.  Ketika sedang memaku, hendaklah dipastikan bahawa paku tersebut tidak terkeluar dengan memeriksa menggunakan jari di bahagian luar atau dalam.
14.  Sekiranya papan tersebut didapati kembung, paku tersebut hendaklah dicabut keluar bagi mengelakkan paku tersebut terkeluar.
15.  Setelah dibahagian hadapan dan belakang selesai dipaku, saiz ‘F’ yang sama diambil untuk di bahagian dalam.
16.   Sesiku L digunakan bagi mengelakkan papan tersebut menyerong.




17.  Pensil digunakan untuk menggariskan bahagian yang perlu dipaku.



18.  Kemudian, apit G atau apit F digunakan untuk mengetatkan bahagian dalam yang berjarak supaya ketika dipaku, kayu tersebut tidak menyerong.

19.  Apabila selesai memaku bahagian kiri dan kanan serta hadapan dan belakang, pada bahagian yang ditandakan dengan pensil akan dipakukan.

20.  Bagi kayu yang tidak mencukupi, boleh dipotong dengan menggunakan ‘Radial Arm Saw’.



21.  Apabila selesai bagi bahagian kedua kecil untuk pentas, bahagian ketiga dengan saiz H – 1.5m x 4.0m – ½ dari saiz asal papan lapis, I - 1.5m x  0.29m – 2 keping dan J – 3.98m x 0.29m – 3 keping.

22.  Kaedah yang seperti bahagian kecil digunakan untuk menghasilkan bahagian ketiga.
23.  Setelah selesai, kemasan dilakukan untuk mencantikkan bahagian luar pentas
24.  Penutup paku digunakan untuk kemasan supaya ketika disembur dengan cat, tidak ternampak permukaan yang telah cacat akibat dari lubang paku.
25.  Apabila selesai menutup lubang – lubang paku tersebut, kertas pasir digunakan untuk sekatakan agar yang tinggal hanya lubang paku yang telah ditampal.
26.  Kemudian pentas tersebut disembur menggunakan cat agar pentas nampak lebih kemas.
27.  Kaedah penyemburan haruslah disembur secara berhati – hati supaya cat tersebut kelihatan sekata pada papan lapis.
28.  Keselamatan juga aharuslah diutamakan bagi yang tidak tahan pada bau pada bahan pada semburan yang boleh mengakibatkan bahaya kepada kesihatan.


29.  Lapisan pertama disembur bagi mengurangkan penggunaan cat pada lapisan kedua nanti.
30.  Apabila selesai menyembur bagi lapisan pertama dan kedua, lapisan ketiga akan disembut dengan cat yang agak tebal supaya mencantikan lagi kemasan berikut.

PERBINCANGAN
Semasa menjalankan amali untuk menyiapkan platform di bengkel kayu saya dapat mempelajari beberapa kaedah untuk memotong kayu dengan mudah dengan menggunakan mesin-mesin yang terdapat di bengkel kayu tersebut.

Pada minggu pertama, saya dan  rakan-rakan dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menyiapkan platform tersebut. Selepas itu saya mempelajari cara-cara memotong papan lapis dengan menggunakan mesin pemotong yang dikhaskan. Papan  lapis dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki dengan bilangan yang diperlukan.

Setelah siap memotong papan lapis pada minggu pertama, saya dan rakan-rakan diberi penerangan untuk mencantumkan papan lapis tersebut dengan menggunakan gam dan paku. Pada hari tersebut dua buah platform telah siap dipasang.

Pada minggu terakhir pula, kami menyediakan platform yang terakhir dan membuat kemasan. Setelah  platform siap dipasang, kemasan dibuat dengan menggunakan kertas pasir untuk meratakan permukaan papan lapis. Setelah itu, tepung penyumbat digunakan pula untuk menutup permukaan paku dan lubang-lubang halus yang terdapat pada permukaan papan lapis. Permukaan papan lapis diratakan sekali lagi dengan menggunakan kertas pasir sebelum cat disemburkan.

Akhir sekali barulah papan lapis disembur cat dengan sekata pada setiap permukaan papan lapis dan dijemur setelah siap disembur cat.     

CARPENTRY WORKSHOP
CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT
SULTAN AZLAN SHAH POLYTECHNIC
EVALUATION SYSTEM OF CARPENTRY WORKSHOP
Group                    :                                                                                                                              
Group members :     MOHAMMAD HISYAM B MARZUKI                      15DKA09F2041
                                  SURIANI BINTI YUSOF                                             15QKA10F1003
                                  SITI SAZMIRA BINTI ZAHARUDIN                         15QKA10F1004
                                  MUHD RIDZUAN B MOHD GHAZALI                     15SUB08F2018
                                                                                                                                                               
NO
DETAILS
FULL MARK
GIVEN MARK
1
Cleanliness
5

2
Width accuracy
5

3
Creativity
5

4
Group cooperation
10

5
Completeness of showing
5

6
Finishing
10

7
Planning and markings
10

8
Accuracy of joint configuration
10

9
Accuracy of joints
10

10
Completeness of end project
10


TOTAL
80%


Total Marks
Project
80

Report
20

Total
100%



Comment :
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

4 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

hang baru masuk bengkel kayu ka?

Lady Jaja said...

Tangan kyra la kan....hehe... kyra ni kidal eh?... pegang tukul n pen guna tangan kiri... baru taw... hehe

Pojiekyra said...

hehehehehe...best sgt uat3 keja tukang nie even pnat :D hehe mmg tangan kidal jaja :D

MOHD ZAINULARIFFIN BIN MOHD ZAMRI said...

Assalamualaikum ... Maaf, nak sentuh pasal unit ukuran tu sikit.. Saya rasa bukan meter tapi kaki.. Dan inci.. Sebab plywood yg digunakan ni lebarnya 4x8 kaki. 4 kaki tu 1 meter lebih je.. Tak sampai 2 meter pun.. :)