Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Sunday, August 28, 2011

Bz ari raya~~~~~~~~~~~~~

entry paling pendek~~~~~~

oleh kerana raya makin hampir tiba,....
kyra xdpt nk on9 selalu..
sebab bz n hal-hal raya nie..
nk taip xdpt berbuka..
ayat pon tonggang terbalik...

yang penting tudung untuk raya ada..
sebab masa lik umah..
lenggang-lenggang kangkung~~~~~


ok itu sahaja......as'salam..
selamat malam

Saturday, August 27, 2011

Kempen : Jom Beri Duit Raya~~~~~~~~


Apa tujuan kempen ini?

Tujuan aku dah jelas dan nyata, kita akan bagi duit raya kepada orang. HOHO

"Bro, gua tak ada duit nak bagi kat orang. Gua sendiri pokai."

Relax dulu bro, meh aku nak bagitahu sikit camne caranya. Jangan gelabah, atau kau memang nak mengelak? (opsssss hehehe cover3)

Kempen ini mudah sahaja, ianya berlaku bermula sekarang, sehingga tamat bulan Syawal. Lama tu, sebulan tau. HAHA

Bagaimana?

Mudah sahaja. Korang cuma perlu ikhlaskan diri untuk klik iklan di setiap blog yang korang lawati, hehe.

Aku tahu kebanyakkan (baca : mostly) daripada kita semua ni memang malas gila nak klik iklan kat blog orang. Tapi nak orang datang klik iklan kat blog kita kan? (OMG)

Jadi, apa salahnya di bulan raya ini, setahun sekali kita rajinkan diri untuk klik iklan setiap blog yang kita lawati. Tahun ini kita beraya sebagai blogger, jadi mesti kena ada duit raya kan. Walaupun setiap klik itu cuma bernilai beberapa sen, tapi jikalau dikumpulkan dalam masa sebulan, insyaAllah boleh dapat lebih dari RM 2 setiap seorang. Kan? (ohohohohohohohoho)

Itu sahaja, mudah dan senang je kan?

Camne nak join kempen ni bro?

Mudah jugak, korang cuma perlu copy paste entri ini, dan backlink kepada blog yang berkenaan. Contoh,

kyra nampak entri ini di blog keroro, kyra copy dan backlink kepada keroro

Bila korang dah join kempen ini,  tanamkan sifat amanah dan jujur serta ikhlas dalam diri. Ikhlas memberi duit raya kepada orang lain, tanpa menyatakan korang dah klik iklan si polan sekalian.

Itu sahaja rasanya, aku tak paksa korang. Korang join dengan kehendak korang sendiri. (ngeh3)

Selamat berkempen!

Thursday, August 25, 2011

Takbir Pada Akhir Ramadhan

Takbir Pada Akhir Ramadhan

Walaupun namanya Pak Imam, tugasnya bukan sekadar mengimamkan solat. Dia juga perlu memastikan, sebelum masuk waktu solat, sejadah sudah diatur rapi, mikrofon dan lampu berfungsi dengan baik, manakala jendela dan pintu dibuka.
Sesudah solat, sejadah perlu dilipat semula, mikrofon, lampu dan pintu ditutup manakala jendela dibiarkan terbuka. Itu belum lagi dengan kebersihan dan keceriaan surau, aktiviti harian, jadual menjadi bilal dan pemukul beduk, menyusun atur pembaca Qur'an sepuluh minit sebelum solat dan sebagainya.
Walaupun ada Tok Siak dan ahli jawatankuasa surau yang lain, Pak Imam merasakan dia bertanggungjawab memastikan segala keperluan jemaah lengkap dan sempurna. Dia mahu surau ini menjadi tumpuan jemaah bukan sahaja kerana tazkirahnya, bacaan solatnya, nasihatnya, tegurannya malah keperluan surau itu.
Andai jemaah selesa solat di situ, maka mereka selesa untuk datang lagi dan mengkhabarkan berita yang baik untuk teman mereka, menyarankan agar teman mereka itu berjemaah di situ. Itulah hasrat Pak Imam. Alhamdulillah, hasratnya tercapai dan setiap kali menjadi Imam, jemaah tidak kurang dari tiga saf hatta waktu Subuh sekalipun.
Tetapi mereka semua mahu supaya Pak Imam sendiri yang menjadi Imam, bukan orang lain, kerana tazkirahnya, bacaan solatnya, nasihatnya dan tegurannya yang begitu mengesankan. Pak Imam menasihatkan mereka bahawa dia bukannya gilakan gelaran Imam atau elaun dari kerajaan, tetapi dia perlu melatih orang muda yang baik bacaan dan betul makhrajnya menjadi Imam. Biarlah ada dua tiga orang pelapis supaya mereka ini mendapat bimbingan sepenuhnya dari Pak Imam dan boleh menjadi Imam sebaik-baiknya.
Jemaah akur tetapi memohon supaya jika bukan Pak Imam sendiri menjadi Imam, biarlah tazkirah selepas solat, dia sendiri yang menyampaikannya. Pada Pak Imam, itu bukannya halangan, tetapi seperti solat, tazkirah juga mempunyai jadualnya sendiri. Akhirnya mereka berkompromi. Maka dia berselangseli – andai bukan menyampaikan tazkirah, dia akan mengimamkan solat. Jemaah berpuas hati dan bersyukur.
Menurut Pak Imam, pada tahap usianya ini, dia perlu melatih seramai boleh pelapis dan mencadangkan nama mereka kepada Jabatan Agama untuk menjadi Imam muda. Bukannya dia sudah tak larat menjadi Imam, tetapi eloklah ada yang muda sebagai pelapis. Dia khuatir nanti dia dikuburkan bersama ilmu yang ada di dadanya dan tidak sempat dimanfaatkan bersama. Na'uzubillai min zalik.
Apabila selesai urusan di surau, Pak Imam kembali ke rumah, melihat apa-apa yan patut dikerjakan di kawasan rumahnya yang tidak sebesar mana. Mujurlah ada tempat untuk dia berbakti kepada tanah, maka tidaklah perlu dia membeli sepanjang masa di kedai. Adalah hasilnya untuk dimasak – cili, keledek, pisang, serai, ubi, kunyit, halia, dan beberapa jenis ulam-ulaman.
Pak Imam mempunyai empat orang anak. Alhamdulillah, masing-masing sepasang lelaki dan perempuan. Sudah besar belaka semuanya. Yang sulung menjadi pensyarah di Kolej Islam. Yang kedua dan ketiga masih menuntut. Seorang di Mesir dan seorang lagi di Mahaad Tahfiz. Insya-Allah yang bongsu akan menurut menjadi ahli tahfiz, dengan syarat SPM-nya cemerlang. Yang sulung dan bongsu tinggal bersamanya.
Isteri Pak Imam yang dikahwininya sejak tiga puluh tahun yang lalu merupakan seorang yang taat dan patuh kepadanya. Tetapi pada bulan Ramadhan yang baru berlalu, isterinya mempunyai permintaan pada Pak Imam sedikit pelik dan berbeza. Tak tahulah kenapa dengan dia, meminta agar Pak Imam sering berada di rumah untuk berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah di rumah.
Pak Imam hairan. Dia masih ingat lagi kata-kata isterinya empat hari sebelum Ramadhan - cukup-cukuplah awak menjadi Imam setiap solat. Janganlah bulan puasa ini, berbuka dan bersahur di surau, solat jemaah, berterawikh, bertadarus dan memberi tazkirah di surau. Luangkanlah sedikit waktu untuk bersama keluarga. Kami juga ingin merasa berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan mendengar tazkirah di rumah. Berilah peluang kepada yang muda menjadi Imam, jangan diharapkan kepada awak seorang sahaja. Sampai kesudah nanti, mereka tiada peluang untuk belajar.
Pada mulanya Pak Imam terasa satu tamparan lembut hinggap di pipinya. Sesudah tiga puluh tahun berumah tangga dan dua puluh empat tahun menjadi Imam di surau kampung ini, inilah kali pertama isterinya bersuara menyatakan keinginan seperti itu. Sebelum ini dia tidak bersoal banyak apabila ditinggalkan berbuka bersama anak-anak.
Malah selalu juga datang ke surau berbuka bersama dua tiga orang perempuan kampung seusianya berbuka bersama-sama dengan sedekah dan pemberian si pemurah. Dia tidak banyak soal apabila diminta bersama anak-anak berbuka dan bersahur di surau, solat jemaah di surau, solat terawikh di surau, bertadarus di surau dan mendengar tazkirah di surau. Pada diri Pak Imam, surau ini sudah menjadi rumahnya dan isterinya juga perlu berfikiran begitu.
Pak Imam tak tahu kenapa Ramadhan yang lalu isterinya berubah laku. Terusik juga hatinya mendengar permintaan isterinya itu. Terasa juga dirinya serba kekurangan – apakah selama ini dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa yang sempurna? Lantas buat beberapa hari, Pak Imam berdoa dan bermunajat, memohon ampun dan maaf dari Allah atas mana-mana perbuatan dan tingkahlakunya yang dianggap isterinya sebagai mengabaikan tanggungjawab. Buat beberapa hari dia berfikir, apakah dengan tidak berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah di rumah dianggap sebagai mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa yang baik?
Pak Imam tidak mendapat jawapannya tetapi dia hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Biarlah Allah yang menentukan betul salahnya perbuatannya selama ini. Jika betul, dia mohon supaya Allah memanjangkan usianya untuk meneruskan kehidupan ini dengan sebaiknya, tetapi andai salah, dia berharap agar dosanya diampunkan Allah dan diberikan petunjuk untuk membetulkan segala-galanya.
Buat sehari dua, Pak Imam cuba menunaikan permintaan isterinya. Dia berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah di rumah. Pak Imam harap kali ini isterinya puas hati dan gembira permintaannya tercapai. Bukan tak pernah Pak Imam berbuka di rumah tetapi dia tidak melakukannya selengkap ini. Biasanya dia berbuka sahaja di rumah, yang lainnya di surau.
Tetapi isterinya rupa-rupanya belum puas. Dia bukan hanya mahu Pak Imam berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah dirumah untuk satu hari, tetapi sehingga ke penghujung Ramadhan. Kalau boleh biarlah bertakbir Aidilfitri juga di rumah.
Pada Pak Imam, itu sudah melampau. Tugas sebagai Pak Imam bukan sekadar imam di rumah, tetapi ini imam kariah. Dia punya tanggungjawab di surau. Dia diberi amanah dan dia wajib melakukannya. Berdosa jika dia meninggalkan salah satu dari tuntutan tugasnya apatah lagi ia untuk kepentingan sendiri, kepentingan keluarganya sendiri.
Kali ini Pak Imam menggunakan diplomasi sepenuhnya. Dia tidak boleh berkompromi atas tugasnya kali ini. Mana boleh setiap hari dia berbuka dan bersahur bersama-sama di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah, bertadarus di rumah dan memberi tazkirah di rumah. Bilal sendiri sudah bertanyakan kehilangannya sejak dua hari yang lalu, inikan pula mahu diperpanjang sehingga akhir Ramadhan.
Isterinya tetap enggan dan Pak Imam terpaksa beri kata dua dengan lembut. Airmata isterinya ternyata tidak mampu melembutkan hatinya. Pak Imam hanya mampu memujuknya dengan tazkirah dan petikan ayat al-Qur'an dengan harapan hati isterinya itu lembut dan tidak meminta lagi dia berbuat sedemikian rupa. Biarpun sedih, isterinya menerima sahaja.
Satu perkara yang menyebabkan Pak Imam pelik ialah isterinya menjadi begitu baik dan manja dalam melayannya kali ini. Bukannya isterinya itu tidak baik tetapi layanannya kali ini lain dari yang lain. Cukup bagus sekali, hinggakan Pak Imam merasa kekok. Pernah dia terfikir sama ada isterinya ini buang tabiat, tetapi cepat-cepat dipinggirkan fikirannya itu. Dia tahu isterinya cukup baik dan mahu masuk dari mana-mana pintu Syurga, tetapi permintaannya kali ini sukar di mengertikan.
Sesudah dua hari, Pak Imam kembali semula ke surau. Para jemaah lega melihatkan Pak Imam. Bila ditanya kemana dia pergi, Pak Imam menjawab yang dia mempunyai urusan bersama keluarga. Dia berbuka dan bersahur di surau, solat jemaah di surau, solat Terawikh di surau, bertadarus di surau dan mendengar tazkirah di surau. Isterinya tiada bantahan malah menurutinya ke mana sahaja dia pergi. Sekali lagi Pak Imam pelik. Jarang juga isterinya menurutinya sepanjang waktu. Kadangkala tidak bersahur di surau malah jarang berbuka di rumah. Biasanya sekadar menemani anak-anak. Biarlah, fikir Pak Imam. Mungkin kerana anak-anak sudah besar, isterinya itu merasa sunyi dan mahu beramal ibadat lebih kepada Allah.
Rupa-rupanya permintaan isterinya supaya Pak Imam berbuka puasa di rumah, solat jemaah dirumah, berterawikh jemaah di rumah dan memberi tazkirah di rumah adalah permintaan terakhir isterinya. Belum pun sempat Pak Imam bertakbir Aidilfitri di surau, anak bongsunya terkocoh-kocoh menghampirinya. Memang Pak Imam awal ke surau hari ini, dan isterinya bakal menuruti kemudian bersama anak-anak dan orang perempuan seusianya.
Tetapi ada sebuah kereta lain yang turut menuruti mereka, dan kereta itu menyebabkan isteri Pak Imam terbaring berlumuran darah di tepi jalan. Segera Pak Imam meninggalkan jemaah yang sedang bersiap untuk bertakbir, berlarian menuju ke jalan. Alangkah terkejutnya dia bila melihat isterinya terbujur kaku bersama telekung yang sudah siap dipakainya.
Patutlah pagi tadi isterinya beria-ria memohon ampun dan maaf daripadanya, meminta agar dihalalkan segala makan minumnya sejak dari mereka berkahwin, segala perbuatan dan tutur katanya yang menyinggung Pak Imam serta mana-mana permintaannya yang melampau.
Pak Imam mamangku jenazah isterinya dan pada masa yang sama takbir Aidilfitri kedengaran. Dia sedih namun tiada air mata yang keluar, kerana dia tahu, isterinya pergi dalam keadaan yang suci dan bersih. Kini, barulah Pak Imam tahu mengapa Ramadhan yang lalu isterinya mahu supaya dia berbuka puasa di rumah, solat jemaah di rumah, berterawikh jemaah di rumah dan memberi tazkirah di rumah. Itu adalah permintaan terakhir isterinya.

spontaneous thursday~~~~~~7% downloading




BALIK KAMPUNG..!!!!!!!
(sempat mengumpat bersembang dengan lecturer ngeh3)

Wednesday, August 24, 2011

wordless Wednesday ~~~~~~~~~~8% downloading

~~makanan untuk dua orang berbuka puasa~~


~~makanan untuk tiga orang SAHAJA~~
(agak-agak melampau tak..??)

Tuesday, August 23, 2011

bagus kew silent reader..?~~~

as'salam semua....
kyra baru sahaja selesai uat surat saman parking..
saman parking polis..??
xdew la..
kyra kna saman parking politeknik..
Grrrrr....
betul-betul marah...tapi seriously bukan salah kyra k....

ok..jangan kita lari dari tajuk....

back to the future~~~~~

kenapa perlu jadi silent reader,...??
penting sangat ke nak jadi silent reader nie..??
famous sangat kew sampai nak jadi silent reader nie
kalo mcam ben ashaari kew..nisa kew or blogger-blogger famous jadi silent reader xpew gak..
xreti-reti nak komen???

ok-ok..nie jew la persoalan yang kuar dalam kepala otak kyra....
coz kyra sendiri pon da jadi silent reader...
bukan xnak komen...
atau xnak bg pendapat....
kadang-kadang masa xmengizinkan kyra untuk mengjadi aktif reader....
sonok memang sonok baca komen orang..
serius..tutama cara penyampaian dorang mmg uat orang tertarik..
xmacam kyra hehehe( jujur k )

sejak menjadi seorang student..
masa kyra banyak kyra tumpukan study...
relaxing.....uat report.....
kadang-kadang ada yang tanya napew xaktif blogging da...
xdapat la slalu mcm waktu cuti sem dlu huhuhu...

lain untuk famous blogger..
haa mesti dorang pon nk balas komen xckup tangan kan...??
lom masuk cmpur shoutbox yang berpuluh-puluh masuk...
kalo kyra xbalas mmg ase xsampai ati..
yang mana peramah ag la xsampai hati..
tutama yang rajn datang jenguk blog yang bersawang nie...

kyra terus terang kadang kala entry kyra nie xbapew best sangat..
(jujur itu penting..jangan hipokrit)
kyra suka baca entry orang and folo orang :)

dan kyra juga nak berterima kasih kat sesetengah blogger..
sesetengah da yang memahami keadaan kyra...
kejar apa yang penting dulu..
terharu sangat..!!!!!!!!!

bersemangat nak bagi dapat pointer tinggi balik..!!
sejak tukar kos nie banyak jugak kesusahan dan kepayahan dalam nak mengekalkan pointer kyra...
tapi bagi kyra yang penting lulus semua..
da cukup alhamdulillah sangat...

jadi oleh itu kyra mungkin akan jadi silent reader uat smentara waktu..
waktu cuti t aktif la balik hehehe...

SR nie senang sebab kita still jenguk..
juz xkomen jew....
memang la boley kalo nak baca n balas semua
tapi ase-ase..
terputus tak jari-jari nak membalasnya...
tapi da sesetengah blogger sanggup membalas dr A-Z..
memang kyra seriously RESPECT..!!

SALAH KE KALO NAK JADI SILENT READER TAPI DENGAN SEBAB MUNASABAH???

thanks pada blogger lama dan tak lupa juga pada blogger baru yang bagi supprot kt kyra..
SERIOUS TERHARU..!!

ok..nak sambung print report :D
thanks u guys..!!!


terima kasih pada sesiapa yang sudi baca entry betul-betul xbest..!!!!!!
as'salam

TOLONG REVIEW BLOG SAYA~~~

as'salam...
lima ayat..20 perkataan

saya nak join segmen ini
(agak melampau bila uat entry terlampau ringkas)


syarat-syaratnya ialah..??
klik pada banner atas hehehee :p


tarikh tutup : 10/9/2011

review akan bermula 12/9/2011 setiap jam 4 petang

orang yang bakal diberi duit raya ngeh3  
cik jaja
cik moon 
cik misi
cik saja

Monday, August 22, 2011

ape..??!! puan bertukar jadi HULK MERAH...??!!!

as'salam semua..
apa khabar rinie..??
sihat x...??
kyra nie bru berpeluang nak buka blog coz kelas abis kul 7 plus terus berbuka puasa kat luar huhuhu..

haa kembali pada tajuk asal kita..

napew puan kyra bertuka jadi HULK MERAH...!!!

Sunday, August 21, 2011

apa kata...?

SELAMAT BERBUKA PUASA 
KEPADA WARGA BLOGGER 
BAGI KAWASAN SEKUTU 
DENGANNYA

BALIK kampung...??!!!!

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!
xsaba nak balik balik kampung..terdengar lak lagu balik kampung berkumandang..
lagu raya berkumandang di sana dan di sini...
membuatkan kyra xsaba nak balik kampung..!!!!!!!!

JELES tengok orang dapat balik kampung..
cuti awal..
sedangkan kyra masih ag berada disini mengadap kerja yang kian bertambah...
haihhh..
xpew..apa yang penting uatamakan kerja dulu bagi siap..
pastue balik kampung xperlu pkirkan pew ag..!!
waaa xsabar asenya nak balik kampung..
nak buat kuih raya.... nak guling-guling..
nak makan ketupat rendang..!!!

sabarlah wahai kyra.....
tinggal ag 4ari untuk berada disini...
pastu lupakan politeknik..
here come kampung..!!!

ADAB TIDUR

ADAB TIDUR

1. Jangan Terlalu Kenyang—Mulai dari waktu mengadap hidangan makan malam. Jangan makan terlalu kenyang kerana perut yang penuh juga tidak elok untuk kesihatan. Perut yang kenyang akan menyebabkan cepat berasa mengantuk dan susah untuk bangun tidur
2. Berwuduk—Gosoklah gigi selepas makan atau sebelum masuk tidur. Biasakan diri mengambil air sembahyang sebelum tidur kerana malaikat menyukai orang yang selalu berwuduk.
3. Mengingati Kesilapan—Sebelum meletakkan kepala ke tempat tidur, cuba ingat-ingatkan semula apa yang telah dilakukan sepanjang harian sejak awal pagi tadi. Kalau banyak perkara yang baik, berazamlah untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik itu. Tetapi kalau banyak perkara yang tidak baik, berazamlah untuk tidak mengulangi lagi. Beristigfarlah memohon keampunan dari Allah.
4. Mahu Bangun Awal— Kalau masih ada waktu, luangkan sedikit masa membaca sebaris dua ayat-ayat Al-Quran. Atau memadai membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas. Digalakkan membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil niatkan di dalam hati mahu bangun awal.
5. Membaca Doa— Sampai masa melelapkan mata, bacalah doa ini terlebih dahulu: Maksudnya: "Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati." Tidurlah dengan mengiring ke kanan dan seeloknya menghadapkan muka ke kiblat.
6. Bangun Pagi—Jika terjaga di tengah malam, ucapkanlah istigfar atau memuji kebesaran Allah. Setelah terjaga pada waktu paginya bacalah pula doa: Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. Kepada-
Nya kami akan dibangkitkan."
7. Niat Yang Baik– Tanamkan dalam hati untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu atau lebih baik daripada semalam. Niat yang baik juga dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Allah.

Saturday, August 20, 2011

luahan hati~~~~~

as'salam...
ok napew rinie kuar tajuk luahan hati..??
benda apa yang kyra nk luahkan..??
kenapa sampai jadi cmnie...

sebenarnya xdew papew pon...
tapi akibat kyra da lma xjenguk dashboard kyra...
bukan xnak jenguk..tapi memang disengajakan xmau jenguk...

kenapa lah kyra sampai jadi cmtue ea..??
gara-gara da addict pada blog sejak beberapa bulan yang lepas kyra asyik aktif jew..
sampai seronok berblog...
komen ngomen..
memang best..
kenalan n orang baru..
jadi bila kyra start blaja..
haihhhhh..
aktiviti kyra agak terhad sedikit untuk aktif dalam berblog..
memang lah ada student yang masa lapang nya banyak dan mampu meluangkan masa dalam berblogging..
tapi kyra nie..
boleh kalo nk berblogging 24 hour..12 hour...2hour..1hour..
cma memikirkan kerja kyra yang agak menimbun sejak dua menjak nie..
yang kini makin berkurangan sebab kyra mengerahkan tenaga untuk mengurangkan kerja yang makin kian bertambah..

KALO IKUTKAN KYRA NIE DA GIAN NAK BLOGWALKING...
TAPI MENAHAN DIRI..!!!
HUHUHU SAPEW MAMPU BANTU KYRA NIE...
50-50%

makasih pada sesiapa sudi membaca entry xbest kali nie

sape kah paling comey :D


sumew comey kan..kan..kan..??

anugerah tuhan hehehe

Thursday, August 18, 2011

spontaneous thursday~~~~~~~~~~8% downloading

i'm totally MISS MY BLOG..!!!!

SOK DA TEST..!!
WISH ME GOOD LUCK GUYS..!!!

A surprise from Miss Ismiladyjaja..apakah???

as'salam....
harinie kyra bru lepas test...
FUHH LEGA YANG AMAT-AMAT SANGAT KURASAKAN..!!!!
(harap-harap jawapan tepat sumew hehehehe)

ok back to the past for awhile....

pada pukul dua belas tengah malam...
semasa sedang menunggu my ehem3 abis aktivitinya...
dan semasa saya jua sedang menghabiskan saki baki study yang tertinggal...

tetiba dapat satu msg...

aik...??!! terkejut gak ocz slalu si dia abis lewat msg conform la dua tiga pastue senyappp jew..

rupa-rupanya dari cik ladyjaja kita....heheh
apakah katanya???

ehem3..!!
"salam kyra, jaja da uat doodle untuk kyra.. t amik kt blog...xcntik pon..saja2 jew..."

time tue tengah on9 pew ag..
bukak la..

tup-tap tengok..

WOW..!!
so sweet....
cantikk....
suka kyra tengok hehehehe...
even cik jaja kata xcantik but my eyes said its beautiful :D
bukan senang orang nak buatkan untuk kita taw..
so bersyukur sangat-sangat.

NIE SAYANG LEBIH KAT CIK JAJA HEHEHE..

nak tengok..??
jom3 hehehe

Wednesday, August 17, 2011

report kayu~~~~~~

ISI KANDUNGAN

BIL.
TAJUK
MUKA SURAT
1
PENGHARGAAN

2
PENGENALAN

3
TAJUK

4
OBJEKTIF

5
BAHAN – BAHAN

6
PERALATAN KERJA

7
PROSEDUR KERJA MINGGU PERTAMA

8
PROSEDUR KERJA MINGGU KEDUA

9
PROSEDUR KERJA MINGGU KEITGA

10
PERBINCANGAN

11
KESIMPULAN

12
LAMPIRAN


  
PENGHARGAAN

Assalamualaikum
Di sini saya Siti Sazmira Binti Zaharudin, nombor pendaftaran 15QKA10f..... mewakili kesemua ahli kumpulan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Roslan  kerana telah banyak mengajar kami serta membantu kami dalam menyiapkan kerja bengkel ini tersebut.

            Selain itu, tidak dilupakan juga kepada Encik Syed kerana memberi penerangan yang lengkap dalam tunjuk ajar serta bantuan Encik dalam  membantu kami untuk memahami penggunaan  alat – alat mesin. Di samping itu menjaga kami ketika kami menjalankan waktu kerja bengkel.

            Di samping itu, tidak juga dilupakan Encik Nahar dalam memberi tunjuk ajar dalam kemasan  kayu. Cara – cara untuk kemasan dan sebagainya. Jasa – jasa encik sekalian tidak akan kami lupakan. Tunjuk ajar encik – encik sekalian akan kami ingati sepanjang pembelajaran kami di sini dan juga dia alam pekerjaan nanti.

            Dan juga tidak dilupakan kepada ahli kumpulan saya yang banyak membantu dalam menyiapkan laporan bengkel ini serta kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan kerja amali yang diberikan oleh Encik. Diharapkan Encik – encik sekalian menghalalkan ilmu yang telah diajarkan kepada kami.

Sekian terima kasih


KALO KORANG BACA N TENGOK KAN??
KORANG AGAK-AGAK EA TANGAN SAPEW :D


PARKING ANALYSIS~~~~~


as'salam semua...
mesti semua pelik asal tetiba kyra terbitkan pasal parking right..??
hahaha sebab semalam kyra ada bengkel..
jadi kebetulan lak masuk bengkel jalanraya..
ok..jangan terkejut jalanraya pon da bengkel taw hohohoho..
untuk tidak ketinggalan..jom layan~~~

AWAS~~!! SEBARANG KERJA YANG INGIN DIAMBIL PERLU MINTA IZIN DAHULU.....

Tuesday, August 16, 2011

segmen : Jom Join Gadis Blogger


as'salam..arinie ley bukak blog ag..
da tenaga 
kononnya la hehehe..
tup tap check kt shoutmix tetiba cik jaja tagkan u kyra link nie..
okla
even xberapa aktif ..
kyra pon nk join la hehehe...

tarikh tutup ialah 31. AUGUST. 2011

MERDEKA..!!!

so mangsa seterus yang bakal saya culik ialah...

Monday, August 15, 2011

ada apa dengan ini??

as'salam semua...
apa kabar??? sihat x??
pose semua penuh x??
haa musti da yang xpenuh nie..ngaku cepat hohohooh...

sepanjang bulan ramadhan nie banyak sungguh ujian kan...
korang setuju x??
kena setuju sebab pew...??
kyra n kwan baru selesai ngumpat..
astaghfirullah...
ngumpat sal pew..??
yew la kan bulan-bulan posa nie kna la kawal adab2 kita..
orang pandang bukan xpandang..
time-time balik dr kelas kyra ternampak kwn kelas kyra tumpang nie..
balik dengan pakwe dia... pew ag kitorg ternampak la..
dia naik sambil peluk3...
pew lagi..kalo da nama manusia...mesti da kekurangan kan
laki dengan pompuan..mesti la soksek3...
kalo yer nak naik peluk3 pon agak-agak la depan politeknik hmmmmm
orang nmpak uat malu jew,,,
arinie kyra n the geng kurang pahala..
SEBABNYA????
kerana dia kitorg ngumpat huhuhuhu...

ramai yang tertanya-tanya x napew kyra xonline???
kyra bz sangat-sangat...
minggu lepas da test..cadang nk uat gempak..
alih3 laptop terpadam huhhu..
pastue test lak..aiyarkkk..report da dua kena uat huhuhu..
minggu baru nk bernafas sket kot huhu

okla kyra nk rehat jap..coz bru bernafas balik dr kelas muet sambil berbuka jap :)
jom relax bersama gamba kyra n the geng :)

AMARAN
DILARANG GELAK SAMA SEKALI~!!!!!

Friday, August 5, 2011

kerja-kerja tukang bermula~~~~~~

as'salam...

apa khabar semua wahai para blogger??
harap-harap sihat belaka di bulan posa ini..
haa posa penuh tak..??
kyra posa penuh yer..(still ag tak tinggal hahaha)

rindu asenya kt blog..
asyik postkan entry simple time-time yang ase sempat jew huhuhu..
maaf lah..
da tak berapa aktif...
jenguk sekejap..
TERIMA KASIH yang diucapkan pada blogger yang komen blog kyra yang kurang best ini huhuhu...

sedihnya bila xdapat nk poskan entry-entry best huhuhu..
jadi hari ini dan malam ini..
kyra akan sarikan entry dengan gambar-gambar kyra..
please enjoy yer ;)

AMARAN
(jangan gelak-gelak coz gambar ini mmg BURUK..!!!)