Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Saturday, July 2, 2011

Siapa yang Tak Sayang Ibubapanya~~~~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua para blogger di sana..
Harap-harap sihat belaka, jangan jadi macam kyra tengah sakit gigi..

Ok, kyra nak tnya? Siapa tak sayang ibubapa mereka? Mesti semua orang ngaku sayang ibubapa kita kan.  

Orang yang bersusah payah menjaga dan membesarkan kita dan tidak pernah kenal erti putus asa dalam mendidik kita sehingga kita berjaya ke menara gading. Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana terdapat terdapat ibubapa yang menyayangi kita. Tidak membuang kita seperti bayi yang terbuang.

Tapi bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita untuk berbuat demikian terhadap ibubapa kita sekiranya kita sudah dewasa manakala mereka pula dimamah usia. Anak yang ramai belum tentu seorang mampu menjaga ibubapa kita kan? Kat sini kyra ceritakan secara ringkas sahaja kisah hidup nenek yang diabaikan oleh anak-anaknya.

Kyra teringat arwah tok yang pernah dok di hadapan rumah jiran kyra. Dah la dok sorang-sorang, sakit, da anak tak nak menjaga. Masa first time kyra g rumah dia hantar lauk, katanya teringin nak makan sambal kerang. Hati nie sebak dan sedih sebab melihat keadaan dalam rumah. Lebih teruk lagi, kyra tengok makanan yang anaknya hantar macam makan kucing. Dengan berbau hancing kat merata-rata tempat. Tak sanggup kyra nak bagi dia makan dalam tempat bernajis tue. 

Kyra letak kt nasi sekali dengan lauk kat atas meja luar. Masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya, Ya Allah sebak hati bila tengok tido beralaskan tilam kayu, bilik berbau najis.

Sebelum mengajak nenek tu makan, kyra menyalin baju tersebut. Sedih tengok bila baju yang dipakai terkoyak rabak. Bila tengok baju lain memang da xdew. 

Seterusnya kyra menyuap nenek tu seperti seorang budak-budak. habis satu pinggan nasi yang kyra suapkan sambil menikmati pandangan luar rumah. Sebelum pulang kyra pastikan ubat dimakan baru lah senang hati.

Sampai rumah kyra tanya mak:

Kyra : Mak? Tok timah xda baju ka?

Mak : Bukan tak da, baju-baju baru ngan kain batik baru anak-anak dia ambik.

Kyra :  La awat perangai teruk sangat? Da la tido pon dalam kandang najis n atas katil kayu.

Mak : Yaka? Kesian tok timah tue. Anak - anak bukannya xda kat sini. Semua bukan jauh selang bape buah rumah ja. Duit orang tua tu depa amik. Orang tua tu depa campak. Tunggu lah balasan dari Allah t.

Kyra : Sapa mak?

Mak : La yang hang dok bli topup kat ...... n sorang ag anak yang kwn  hng...

Kyra : Laa..??!! Yaka?! Td makt taw x tok timah ciap kata ag "kalo aku hidup lama alhmdulillah, kalo aku mati Innalillah."

Mak : Memang la walaupun dia camtu, dia taw hukum. Anak-anak dia xtakut dosa. Nasib dia dapat ank-anak camtu.

Lepas beberapa minggu kyra jaga, kyra dengar cerita kata anak-anak dia ingat kyra tolong sebab nak minta upah. Mengucap masa tu gak, nak mengamuk pon ada sebab tuduh kyra camtu. Terus terang kyra tolong dengan ikhlas hati dan bukan kejam macam depa. 

Sejak kyra sambung blaja kyra dengar kesihatan tok timah makin lama makin teruk sebab jatuh tangga. Tok timah kena strok, time tu dengar siapa nak bela siapa yang xnak. Da la sorang menantu pompuan bela, terjaga sikit tapi da xmampu bukak mata dan bercakap. Tok tu ibaratkan koma ag, kyra xdapat jumpa dia sebab tengah blajar. Dapat tepon pon dr mak.

Bila kyra dhda kt rumah nak praktikal, masa tu dia da tengah nazak, dia sebut nama kyra dengan kakak kyra. Balik je dari tempat praktikal kyra terus ajak mak jumpa tok timah. Masa bagi salam tengok keadaan dia, kyra rasa tak mampu menahan airmata. Bila dia dengar suara kyra, airmata dia mengalir tangan dia lak meraba-raba cari tangan kyra. Time tu gak kyra nangis, sebab kyra jaga dengan elok tiba-tiba jumpa sekali ag da terbentang atas tilam.

Seminggu lepas perjumpaan kyra yang terakhir, tok tu meninggal dunia. Kyra tak sempat nak menatap wajahnya buat kali terakhir. Hanya mampu menyedekah Al-Fatihah dari jauh.

Kalau sekarang nie, kyra pasti akan teringatkan tok timah, walaupun bukan tok sebenar tapi kalau teringat akan perangai anak-anaknya memang sakit hati. 

Hampir setahun kyra jaga tok tue dengan kakak kyra. Sekarang nie hampir masuk tiga tahun tok tu da meninggal dunia. Moga dia dimasukkan dalam tempat orang yang beriman. Amin

Memang betul apa yang orang katakan, walaupun ramai mana anak-anak, belum tentu seorang yang mampu menjaga ibubapa.

thanks pada sesiapa yang sudi baca entry xbest nie
(kyra xpandai uat ayat)

4 comments:

ciknabil-a said...

hm'm betul sgt.. tp mesti anak yg ddk plg dekat baik hati akn jaga mak ayah drg. hmmm..

Pojiekyra said...

:D yeahhh

F.U.Z.Z.Y said...

:( sedihnyerr..
sebak baca entry kyra kali ni...
:( :( :(

Pojiekyra said...

huhuhu