Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Friday, July 1, 2011

santai bersama KISAH LUCU~~~

MASIH TERUS MARAH

DIKISAHKAN bahawa ada dua orang adik beradik beragama Majusi yang telah menyembah api selama 35tahun, bahkan si abang telah 75tahun. Kedua-duanya sentiasa menjaga api yang dianggapnya sebagai Tuhan selama itu dan tidak pernah padam. Setelah sekian lama menyembah api itu, timbullah keraguan dalam hati masing-masing, sama ada api yang disembahnya itu masih murka atau sebaliknya.

"Dik, sudah berpuluh tahun kita menyembah pada api ini." kata si abang ketika sedang berada di hadapan api sesembahannya pada suatu hari.

"Kita tidak tahu, sama ada api yang sudah kita sembah berpuluh-puluh tahun ini masih mahu membakar tubuh kita atau tidak."

"Aku juga sudah lama meragui akan api ini sama ada betul-betul tuhan atau tidak. Sila cuba masukkan tangan abang ke dalam api ini. Kita ingin tahu bagaimana reaksinya." kata si adik

"Aku tak berani. Sila engkau cuba mencubanya lebih dahulu."

"Kalau begitu, baiklah. Aku akan cuba."

Dengan memberanikan diri dan memejam mata, si adik menghulurkan tangannya ke dalam api dengan nekat. Akan tetapi sebaik sahaja tangannya menyemtuh api, mlutnya menjerit: "Aduh..panas!"

Serta merta ditariknya tangannya itu sambil meronta-ronta dan berkata:

"Tak ada gunanya tuhan api. Disembahnya bertahun-tahun tapi tidak memberi sebarang manfaat." kata si adik sambil menghembus-hembus tangannya yang nyaris terbakar.

Dengan pembuktian ini, kedua-dua penyembah api ini pergi mengembara untuk mencari orang yang dapat menunjukkan kepada Tuhan yang sebenarnya.

~~selamat membaca~~

petikan 1001 Himpunan Kisah-kisah Lucu

Moral of the story 
Tuhan yang kekal abadi ialah Allah SWT

No comments: