Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Friday, July 1, 2011

FADHILAT membaca Surah AD-DUKHAN

Surah AD-DUKHAN

AD-DUKHAN (beerti asap) adalah Surah yang ke 44 di dalam Al-Quran, mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW, bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang dasyat.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad-Dukhan ini. Di antaranya Hadis-hadis yang bermaksud:

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi dari Abu Hurairah bahawa sesiapa yang membaca Surah Haa Mim Ad-Dukhan setiap malam, maka pada keesokan harinya tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya.

Diriwayatkan oleh At-Tabrani dari Umamah, bahawa sesiapa yang membaca Surah Ad-Dukhan pada malam atau hari Jumaat, maka Allah akan membina sebuah rumah di dalam Syurga.

Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Khalil bahawa di dalam Al-Quran terdapat tujuh Surah yang dimulakan dengan "Haa Mim" akan datang di depan setiap pintu neraka jahannam dan memohon kepada Allah: "Ya Allah! janganlah Engkau masukkan(ke dalam neraka) orang yang percaya kepadaku dan membacaku."

Sebagai seorang yang mencintai Islam yang mencintai kebahagiaan hidup akhirat nanti, amalkan seberapa banyak Surah Ad-Dukhan, sebaik-baiknya setiap hari.

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca Haa Mim Ad-Dukhan pada malam Jumaat, maka diberi keampunan baginya."
                                                                                          (HR Ibnu Katsir)

5 comments:

niena shopping2u said...

yup, betul tu.. selalu amalkan surah ni, bcalah tiap mlm, xpanjang pun, + al-mulk, al-quran ni,klau kte baca dgn tahu maksudnya sekali.. sgt indah, blh meleleh air mata ni.

iLa suHaiLa said...

setuju dgn niena kat ats nie ..sesungguhnye isi kandungan al-quran nie ada keistimewaannya tersendiri..

Pojiekyra said...

yupp..itu la selalu kyra malkan..kdg2 tenang hati mnyerpa diri:) da masalah pon ase masih boleh tersenyum ag :)

Benrauf said...

pernah dgr orang kata setiap huruf dalam quran ada khadamnya. tak tau betul ke tak. tapi membaca alquran banyak faedahnya.

Pojiekyra said...

yupp..sebab itu setiap perkataan dalam al-quran perlu disebut mengikut tajwidnya :D