Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Monday, July 4, 2011

3003 CAHAYA~~~KISAH PARA MALAIKAT

EMPAT PENGETUA 
MALAIKAT

ADA empat malaikat yang dipanggil sebagai pengetua-pengetua malaikat atau empat malaikat besar. Mereka itu adalah :-

  • Malaikat Jibrail
  • Malaikat Mikail
  • Malaikat Israfil
  • Malaikat Maut

Malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil nama-namanya telah disebutkan dalam Al-Quranul Karim dan Hadis yang sahih. Firman Allah bermaksud: "Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir."(Al-Baqarah : 98)

Imam Muslim meriwayatkan hadis yang berasal dari Aisyah. Aisyah berkata bahawa apabila Rasulullah SAW mengerjakan solat malam, baginda membaca doa iftitah di solatnya sebagai berikut:

"Ya Allah, Tuhan malaikat Jibril, Mikail dan Israfil ; Maha Pencipta langit dan bumi, Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Engkaulah hakim diantara hamba-hambaMu tentang perkara yang mereka perselisihkan, bimbing lah aku jalan keluar yang benar daripada perselisihan mereka.

Sesunggunya Engkau Maha Pemberi petunjuk kepada jalan yang lurus, bagi siapa saja Engkau kehendak." (Hadis Riwayat Muslim)

Itulah riwayar ayat Al-quran dan hadis Rasulullah yang memuatkan nama-nama Jibril, Mikail dan Israil. Sedangkan Malaikat Maut, namanya tidak dijumpai dengan jelas di dalam Al-Quran dan tidak juga di dalam hadis yang sahih. Hanya saja di dalam beberapa athar menyebutkan nama Malaikat Maut itu sebagai Izrail. Wallahua'alam.

Allah menyifatkan malaikat Jibril sebagai suatu perkara yang besar sebagaimana firmanNya bermaksud: "Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat. Yang mempunyai akak yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli." (An-Najm : 5-6)

Yang dimaksudkan dengan 'Syadidul Quwa' adalah malaikat Jibril. Dialah malaikat yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Para ulama berkata bahawa betapa besarnya kekuatan yang dimiliki oleh Jibril hingga dia mampu mengangkat TUJUH bandar kaum Nabi Luth yang didiami oleh lebih kurang 400000 umat, haiwan, bangunan-bangunan dan semua benda yang ada di dalam bandar itu.

Malaikat Jibril mengangkat kesemua itu hanya dengan hujung sayapnya saja hingga sampai ke ruang angkasa di permukaan langit mendengar akan kelolongan anjing dan pekikan ayam. Kemudian dia membalikkan bandar hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah. Bayangkan betapa kuatnya tenaga malaikat Jibril itu.

Sebahagian tafsir menyebutkan makna 'zu mirratin' adalah mempunyai bentuk yang bagus, indah dipandang, segak dan  tinggi darjatnya. Sebagaimana firman Allah dalam ayat yang lain : "Sesungguhnya Al-quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan mulia(Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy. Yang ditaati di sana(di alam malaikat) lagi dipercayai."(At-Takwir : 19-21)

Dari keterangan firman Allah di atas dapat diketahui beberapa sifat Jibril antaranya : 
  • Bentuk kejadian Jibril sangat cantik
  • Jibril mempunyai tenaga dan kekuatan yang besar
  • Jibril mempunyai tempat dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah Pemilik Arasy yang mulia.
  • Jibril ditaati di alam malaikat, sangat amanah, oleh kerana itu Jibril betugas sebagai duta antara Allah dan RasulNya yang diberi Wahyu olehNya.
Adapun bandingan sifat amanah dan kedudukan yang terkumpul adalah sebagaimana kata Wazir Aziz kepada Yusuf as: "Sesungguhnya kamu mulai hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami."(Yusuf : 54)

Sedangkan bandingan kekuatan dan amanah yang terkumpul adalah seperti kata puteri nabi Syu'aib kepada ayahnya tentang Nabi Musa as: ".......kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil bekerja untuk kita ialah orang kuat lagi dapat dipercayai."

Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Jibril sentiasa mengharap-harapkan hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu : 

  1. Sembahyang lima waktu secara berjemaah
  2. Duduk bersama para ulama
  3. Menziarah orang sakit
  4. Menghantar jenazah
  5. Memberi minuman
  6. Mendamaikan di antara dua orang yang bermusuh-musuhan
  7. Memuliakan jiran dan anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah kam dalam perkara tersebut

last entry for today :D

11 comments:

niena shopping2u said...

yup.. btul...

lgi stu, jgn terpengaruh ngan video2 yg mengatakan objek aneh yg muncul itu adalah malaikat,, kalau kte dpt tgk muka malaikat, kte xkn sanggup.. akak ada terbaca kisah nabis musa dlu tpi nti akak refresh blk,tkut silap plak ckp kt sni hehe..

Adam Idris said...

o0oo ada pengetua ek..baru tahu
bagus share

Pojiekyra said...

haa sokong sangat cakap akak...nmpak sangat bnda tue mnipu..kyra tgk pon xcaya..serius..!!

sergeant keroro said...

jibrail tu ketua malaikat kot, paling kuat :)

nice sharing XD

Pojiekyra said...

adam idris : kyra pon bru taw X(..thanks adam:D

keroro : yeah btoi...!!! dia juga mngajar nabi sembhyang :D..thanks :D

ismiladyjaja said...

oooooo... camtu eh... thanx kyra..

Pojiekyra said...

hehehe welcome jaja xD

ZORA said...

entri bgus ni..:)

Pojiekyra said...

ngeeee!!

pRiNCe said...

prince dtg bce entry yg bgus..:)
jom berkawan nak ?
jom bce entry terbru sy..:)

[ Pendedahan Eklusif ] Bukti Justin Bieber Dah Hilang " Teruna "
[ Mengerikan ] Daging Cincang Manusia : Tersedut Ke Dalam Kipas Kapal Terbang
[ Pendedahan Eklusif ] Kita Ditipu Oleh Kewujudan Ular Kepala 5

Pojiekyra said...

thanks prince..??