Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Sunday, July 31, 2011

ramadhan

SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN BULAN MULIA

SEMOGA HARI DEMI HARI KU PENUH BERMAKNA DI BULAN RAMADHAN

KUATKAN HATIKU UNTUK MENGHADAPI BULAN RAMADHAN INI YA ALLAH

JAUHI KU DARI SEGALA NAFSU SETELAH SYAITAN TELAH DIIKAT...

Sunday, July 24, 2011

~~~SEDIA HADAPI AMALAN PUASA~~~~

SEDIA HADAPI AMALAN PUASA


AKU mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam.
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu, supaya kami menjadi orang yang bertakwa". Demikian maksud firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183.
Takwa yang dimaksudkan dalam firman Allah di atas membawa erti - patuh atau taat setia seorang Islam dalam melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya. Mereka yang bertakwa adalah orang yang beruntung, berjaya dan telah sampai kepada darjat yang tinggi dalam ibadatnya kepada Allah.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa. Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, ''Sebab kebanyakan manusia masuk ke syurga ialah kerana takwanya kepada Allah dan sebab kebaikan budi pekerti''.


Dengan memahami selok belok ibadat puasa ini diharapkan kita yang akan mengerjakan ibadat ini sampai ke tahap 'At-ttwa'. Barulah kita merasa puas dan sempurna akan apa yang kita telah kerjakan. Tidakkah nanti terjadi seperti sabda Rasululah s.a.w yang maksudnya, "Berapa banyak orang yang berpuasa yang tidak dapat apa-apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga semata-mata".

saya ada banyak panggilan nama~~~nak tahu???

as,salam semua...
harap semua sihat-sihat belaka. Sila jangan jadi macam kyra batuk+selsema, aiyarkkkk!

Maaf kalo kyra dah lama tak meng up to date kan blog..xblog walking
Sebab sem nie tiap-tiap minggu, dari isnin sampailah jumaat kyra akan menghadapi kuiz SAHAJA!!(buat-buat lah terkejut sedangkan kyra pon terkejut)
Memang xdew masa nak menghadap blog, kalo on facebook pon biar jew on. Tuannya ngadap buku gak.

Ok, sebelum kyra lari tajuk kan. Kyra nak tanya korang..korang semua ada berapa panggilan???
Kyra ada banyak taw hoho.. Dan panggilan kyra ini agak pelik sket sebab semua yang pggil lain-lain orang hahaha...

 Nak tahu??(warning :  jangan gelak t kyra bom korang :D)


Monday, July 18, 2011

Air Tangan Orang Tak SOlat~~~


Air Tangan Orang Tak SOlat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wa'allahualam

Saturday, July 16, 2011

kelas U hari ini murid-murid~~

as'salam semua..
ok..setelah beberapa hari menjalani kelas..
agak-agak bagus jugak la budak kelas tue..
hormat n panggil akak bila dorang taw kyra muda tua ag dari dorang..
bagus..hormat orang yang lebih tua..
rinie short entry jew..
otak kyra xmengizinkan kyra untuk uat ayat yang lebih cantik + sedap ag hahaha

untuk kelas hari ini..
lecturer daripda politeknik ungku omar yang telah berpindah dan datang mengajar di poli kyra
so berkenalan-kenalan la dengan lecturer baru tue..
ok dan sporting(agak-agak ley kawteam x???)..

tapi pabila dia telah mula menanya soalan..
agak2 ramai jugak la budak yang tidak dapat menjawab..
sebab dia mengajar teori struktur bagi subjek engineering..
jadi kyra and the geng byk menjawab(bukan bangga diri tapi ilmu didada masih ingat ag)
sambil tue kyra lak salin nota yang lecturer terangkan..
alih-alih semasa sibuk dok menyalin apa yang lecturer cakap..
tetiba lecturer kasi soalan mengenai "prinsip keseimbangan"..
ok memang kyra tak dengar n xmemberi tumpuan coz dok sibuk salin pew lecturer ckap sebelum tue..

secara tak langsungnya..
da seorang budak tue dia xdpt jawab soalan mengenai soalan yang lecturer tanya..
lecturer kata la

lecturer : haa kamu pas jew maker pen tue pada orang yang berkenan

dengan tetiba jew..budak tue mai depan kyra n bagi maker pen tue..!!!
terus terduduk kepala kyra atas meja yang sememangnya kyra dok tengah tunduk menyalin nota..!!
kyra dengan blur-blur berdiri pastue conform la xdpt jwb coz xpasan soalan yang lecturer suruh jawab..
yang budak belakang lak dok bunyi boo laa....
nak ngorat la...
what the case dak kecik..??!!

dengan baiknya berdiri sambil muka xbersalah..
alih-alih KYRA  BARU PERASAN XPAKAI KAD MATRIK bila lecturer tegur "Mana kad matrik awak??"

ok da terasa malu..conform xdpt jawab ag..

bila xdpt jwb kyra lak kna pass kt orang lain huhuhu
lantak xpeduli..
bila lecturer ulang balik..
ohhhh prinsip keseimbangan tue...

MEMANG la kyra ley jwb..!!
masalahnya kyra dok sibuk salin nota huhuhu
soalan yang diutarakan kyra xbg tumpuan..
padahal nota da salin pon..!!

OK AGK GERAM KAT BUDAK tue..
xnampak ke kyra salin nota..
DENGKI..!!
eihhhh sabar jew la..tuhan yang taw huhuhuhu


yang penting kyra and the geng da banyak kali jawab soalan..
nanti kasi kat orang lain yer..
saya xsuka diganggu bila uat keja..

Kerja untuk minggu depan ialah:

  1. kuiz math and theory of structure
  2. meeting with mrs.guna devi for MUET
  3. assignment for theory of structure...

JANGAN BACA ENTRY XBEST INI :D

Tuesday, July 12, 2011

AmAcam Dua Har! punyA KelaS~~~~~~~

as'salam sumew...
pew kabo para-para blogger sekalian hehe
harap-harap sihat..
jangan jadi cam kyra gigi xtumbuh abis ag nie huhuhu

ok..sepanjang dua hari punya kelas huhuhuhu...

Day first

g la kelas punya awal..
bertolak dr umah kul 10.30 sampai sana 10.45..
alih-alih g kelas tgk tempat duduk penuh..
padahal kelas start kul 11.00
terpaksa la dok tepi n sorang-sorang huhu sedihnya
xpew..xpew..ley concertrate


and lecturer pon da masuk...
LELAKI...lepas perkenalan diri terus kitorang belajar..
agak-agak la kan???
kalo lecturer pompuan cmnie sempat ke blaja dengan interview para student laki haha

tapi yang agak teruknya haihhh...
keja pon dhda lak huhuhu..
MEMaNG BEST..!!

pastue rehat satu jam kelas lain sesi petang lak..
blaja jugak tambahan ciap bli buku ag hohoho
u persiapan katanya
sebelum kelas abis

selepas kelas abis

lepas jew balik umah..muka kyra da berope camnie..
ok agak teruk jugak keadaan kyra kalo cmnie haha..
tapi bukan kyra saja..kawan kyra pon sama gak



pas tersedar tue buat la keja jap

and then selesai jew keja
pada malam pertama kyra and the geng terus cmnie

Day two

untuk mengelakkan kesilapan yang sama..
kyra siap awal2..
kuar dr umah kul 7.15 then sampai kelas 7.45
yes..tempat dok tengah..
berpakaian baju bengkel 
TADA..!!!

and then pecahan group..
so kyra dok sekali dengan budak-budak intergrasi 
campur dengan budak kelas...
tetiba sahaja lecturer bengkel kata 
nanti dia nak uat pretest...
alamak...!! jadi t kyra kna study
khamis t nk jawab pew ea..??

papew pon wish me good luck on thursday..!!!

selepas start blaja memang kyra akan busy sepenuh masa..
nak blogwalking memang xboleh macam selalu..
sabtu n ahad adalah hari untuk kyra merehatkan minda..
kyra minta maaf kalo xdpt nk blogwalking sumew huhuhu..
sedihnya..tapi sem nie kena usaha coz sem nie paling-paling tough for budak civil engineering

~~~k nak study~~

thanks pada sesiapa sudi baca entry yang xbest nie :D

Sunday, July 10, 2011

sok KeLAs Start~~~~

as'salam sumew..
ok rinie kyra agak aktif mengup to date..
tp xley blogwalking sgt coz line x mengizinkan..

dan hari ini adalah hari terakhir untuk kyra berehat sungguh-sungguh..
sebab esok da nak start kelas..!!!

ok..kelas start kul 11...
sok nak uat preparation siap-siap..



 agak-agak sempat x kalo kyra curi tulang
nak makan ais krim dalam perjalanan nak g kelas???

tapi takut lah nie..
agak-agak dorang pandang semacam tak nanti??
sebab kyra nie hanya menumpang kelas saja huhuhu...
almaklum lah..
budak intergrasi menumpang saja huhu


 kalo kyra uat camnie agak-agak
dorang terkejut x haha



MENAHAN MARAH

MENAHAN MARAH

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Larangan jangan marah

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:
  1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)
  2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)
  3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)
  4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)



Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

?????


~KUNING BIKIN PENING..~
~~MERAH BIKIN MARAH.....~~
~~~~~~BIRU BIKIN KELIRU....~~~~~~
~~~~~~HIJAU BIKIN KACAU.....~~~~~~~

PUTIH BIKIN...?????

Saturday, July 9, 2011

santai Petang Bersama Cerita dari Zaman Rasulullah~~~

MILIK NEGARA

Dikisahkan bahawa pada suatu hari salah seorang anggota keluarga Khalifah Umar bin Abdul Aziz datang menjumpainya kerana ada kepentingan yang sangat mustahak. Ketika itu Khalifah berada di dalam pejabat. Anehnya, sebaik sahaja orang tersebut itu masuk, Kahlifah memadamkan lampu pejabatnya dan berckapa dalam gelap. Apabila orang itu keluar lampu itu dipasang lagi.

"Mengapa Khalifah sampai memadamkan lampu begitu rupa ketika ada tetamu?" tanya seseorang yang melihatnya kepada khalifah.

"Yang datang itu adalah anggota keluargaku dan demi kepentingan keluarga pula. Sedangkan lampu ini milik negara. Jadi aku tidak mahu menggunakan hak negara untuk kepentingan keluarga."

~~selamat membaca~~

Friday, July 8, 2011

ADAB-ADAB BERDOA

ADAB-ADAB BERDOA

Doa yang dikabulkan ialah yang dipanjatkan kepada Allah SWT dengan memenuhi adab-adabnya. Dengan kata lain, supaya doa yang disampaikan sesorang diperkenankan oleh Allah SWT maka perlu lebih terdahulu diketahui dan diamalkan adab-ababnya.

Berikut ini disenaraikan beberapa adab yang paling utama ketika berdoa :

  1. Sebelum berdoa , kita disuruh supaya lebih dahulu membersihkan badan dan pakaian, samada dari najis atau hadas.
  2. Menghadap ke arah kiblat ketika berdoa,sekiranya keadaan mengizinkan berbuat demikian.
  3. Tidak boleh menggunakan bahasa atau nada suara yang seolah-olah mendesak atau memerintah Allah SWT.
  4. Dilakukan dengan cara yang khusyuk, penuh tumpuan, merendah hati serta mengakui kelemahan dan kekurangan diri sendiri.
  5. Disuruh mengangkat kedua-dua tangan waktu berdoa dan menghapuskan telapak tangan ke wajah ketika mengakhiri doa.
  6. Percaya dan penuh harap bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa yang dipanjatkan kepadaNya.
  7. Berdoalah dengan suara yang perlahan, antara dengar dan tidak didengar.
~~selamat membaca~~

syukur Alhmdulillah dia lepas~~~

Tengahari tadi dapat mesej dari dia kata lepas sumew exam..
Syukur ke hadrat Ilahi sebab dia lulus sumew exam..
Riso gak bab dia kata xdapat buat..
Aduihhh dia yang exam, kyra riso bebanyak..
Tuhan jew taw hati nie..
Papew pon bersyukur kerana Allah bagi lulus dengan sekali jalan :D

Pas jew lulus pew ag..
Makan xingat dunia la kyra haha
da nama xdew keja..
pagi, tengahari n petang xdpt online..
so xmo tido keja melantakkkk jew huhuhu
lama-lama debob kyra t kih3..
xpew3...yang penting comot hahaha

ok itu sahaja u rinie :D

thanks pada sesiapa baca entry xbest :D

Cerita sewaktu hari pendaftaran 6hb ~(T - T)~

as'salam semua..
harap sepanjang dua hari kyra xonline semua sihat-sihat belaka...
masih ag dapat berjumpa dalm blog even xdpt jumpa di dunia realiti ag hehe

hari nie xtaw la entry nie panjang or pendek. Tapi xpew la, kyra tetap cier kt korang gak. Kononnya nak kongsi, tapi jangan gelak taw korang gelak kyra rotan sorang-sorang t. Bab memang malu sesangat.

Ok nak taw kisahnya??

Tersebutlah al - kisah pada hari pendaftaran tersebut, seperti biasa memang ramai la budak-budak datang untuk berdaftar pada hari pendaftaran bagi budak sem 5 dan sem 2 serta intergrasi n budak repeat.

So kyra tunggu situ hampir kat satu jam jugak lah. Perut xkira lah da bunyi guruh petir kilat semua ada. Gara-gara lecturer xmai ag kyra g bli air, masa kyra nak lalu tue budak-budak sem 5 ingt kyra lecturer..??!! Siap dorang kata ag: "Selamat pagi puan." Muka kyra nie nampak cam da berkahwin ke?? huhuhu muda ag taw.

Ok tue lantak dorang la, coz da nma pon budak-budak malas nak layan. Jadi pas selesai bli air kyra patah lik kt tempat duduk kyra kat tangga. Senang cepat daftar cepat balik hohoho. Da la time tue ramai gila budak yang nak berdaftar, alih-alih lecturer datang n tanya semua budak-budak tue: "Korang da daftar LI(latihan industri) ke blom?" Budak-budak tue pon kata la: "Blom ag cik."

Pew ag kena halau semua budak yang baru balik dr LI hohoho. So kyra la yang daftar dulu(untung jadi intergrasi nie kih3), time daftar semua dia check.


  1. Kuku - potong ke x
  2. Baju - sendat ke x
  3. Kasut - bertutup ke x
  4. Stokin - pkai ke x
Selamat kyra semua da lengkap..!! Jadi lepas dengan selamatnya kyra dok dulu bb kaunter lain xbukak ag. Just kaunter displin dulu, time tue da seorang budak perempuan yang kyra xpernah jumpa ag, dia g check kat kaunter displin pastu tetiba datang dok sebelah kyra n minta tolong.(xtaw nama ag kita kenali dia sebagai budak A)

Budak A : Awak? saya nak minta tolong boleh tak??

Kyra : (ngan muka berkerut masih cuba dimaniskan muka ag) eh? minta tolong pe??

Budak A : puan tue xbagi saya lepas sebab dia kata baju saya ketat. dia soh saya tuka baju dengan awak. Boleh x awak tolong tukar baju dengan saya?

Kyra : Aik?? xlepas??(puan azween nie cerewet tul. ngan kyra dia soh tuka?)

Budak A : A'ah. Boleh x awak tolong saya? untuk lepas displin je

Kyra : (dengan hati serba salah n xsampai hati) um ok lah, saya tolong awak. tapi bagi saya selesai sumew nie dulu jap yer.

Pas selesai sumew, kyra pon bertuka la baju dengan dia. Memang masa masuk dewan tue balik puan tue gelak-gelak je tengok budak A tue. Kyra lak orang pandang-pandang huhuhu.. Malunya orang perasan bertukar baju.

Pastue tengok la budak-budak mai daftar, amboi selendang berbelit-belit. Dengan lecturer sorang laki tue tegur: "Haa kamu nie datang dari planet mana?! da berupa seperti UFO da saya tengok kamu nie! Berbelit sana ngan sini. Sorang ag lak jari berinai." Yang giliran puan lak: "Ish-ish cuba kamu pakai tudung tue elok sket, nie dok belit-belit. Haa kamu lak g pakai kain dalam nampak abis kaki kamu tue! Kamu sorang sana tukar baju! Yang kamu lelaki nie agak-agak saya kasi lepas x dengan rambut camtue..??"

FUIYOHHHHHH..semua kena tegur directly, depan-depan ramai student. Selamat la kyra xpkai baju bergaya. Cadangnya nak pakai baju kurung moden alih-alih perempuan check erghhh...direct speaking..
MALUNYA huhuhuhu

Tetiba kawan umah kyra tegur kyra:

Budak umah : wehh? bila hang tukar baju

kyra : sat g aku citer kat hang.

Ok, budak A tue pon selesai daftar. Kami pon bertukar baju semula. Malu bukan alang kepalang. Siap bertanya n beragak ag. Agak-agak orang perasan x kami nie bertukar baju huhuhu..

takpe..kita tolong orang ikhlas hati, orang pon tolong kita dengan ikhlas hati
lepas tue baru kyra taw nma dia Sue. Cantik manis orang dia. Kami bertukar nombor. Mana taw nanti nak jumpa ke kih3..

camtue la alkisahnya~~~

p/s : kawan rumah kyra sendiri pon xlepas sebab kain jarang

thanks sesiapa yang sudi baca entry xbest nie huhuhu~~~ 

time too terjah blog..!!

warghh..!!!! miss my BLOG a lot..!!!!!!!!!

as'salam semua..
haa mesti semua ingat kyra da sibuk blajar kan..??kan..??kan..???
SALAH..!!
kyra belajar minggu depan...
MINGGU nie line kyra GILAAAAAA..!!!
huhuhuhu da dua hari xupdate bloggg..menci44x..!!
xdpt blogwalking..xdpt update entry...
nak belah "beruk" kyra nie..!!


sebenarnya ada citer lawak kyra nak kongsikan pada semua masa hari daftar..
bagi kyra agak haru la sket huhuhu..
tapi line problem..!!! grrr
huhuhu harap-harap ok da

Wednesday, July 6, 2011

a new beginning~~~~

short entry today..
again...

sekarang nie kyra tengah bersiap nak g daftar masuk lak...
jadi memang short entry..
coz xdew papew nak ckap ag..
harap2 parking da kalo x cian kyra kena parking jauh2 huhuhu...

check kebersihan dlu sebelum g daftar:

  1. stokin - pakai
  2. kad matrik - pakai
  3. slip2 bank - bawa
  4. kasut tutup - ada
  5. kuku - da potong
yeayyy..!!semua da selesai..
hope hari ini adalah hari yang baik bagi kyra hehe
~~~aminnnnnn~~

jom g politeknik naik benda nie..!!!
(conform pariking merapa-rata ceruk)

Tuesday, July 5, 2011

kupu - kupu masuk...??~~~~~

Ok..hari nie entry paling pendek jew pernah kyra uat hehe..

Tersebutlah al-kisah~~~~
ketika Kyra sedang mencari-cari baju kurung nak gosok nak pakai untuk daftar esok...
Setibanya kyra memulakan proses menggosok baju kurung + tudung...??
Dengan tetibanya ada kupu-kupu masuk dalam bilik kyra...

"Aik..??" Getus hati kyra. Kyra tersilap pandang ke? Selepas itu kyra sambung menggosok dan selepas selesai kyra baring-baring.

Nampak lagi kupu terbang, kali nie dengan jelas dan pasti. Orang-orang dulu la kata kan: "Kalo kupu-kupu masuk tanda orang tue da nak kawin dah."

HOH..??!!! Tak mungkin..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok, kyra nk kata percaya pon wallahualam la..
Orang dulu-dulu kata bukan kyra..
Allah Maha Mengetahui sebab dia yang menentukan bukan kyra kan??

Jodoh semua ditanganNya..
Agpon kyra muda ag bru 22tahun..
Cadangan kawin umur 25tahun..
Nak kerja dlu bagi duit kat mak n abah pastue enjoy jap..
Then bru pikir nak kawen..da rezeki kalo xdew anak Allah bagi sambung blaja lik..
Ok x..??

Tue cadangan kyra jew..selebihnya Allah tentukan...:)

thanks pada sesiapa yang baca entry xbest nie :D

ok..kali nie saya nak MENGAMUK..!!



ok jangan tertanya-tertanya kenapa kyra nak mengamuk..
td kyra baru selesai bersembang dengan budak rumah yang menyewa rumah 2sem lepas..
dorang kata nak amik barang balik dalam rumah nie..
ok la xkisah la sal tue..
kalo nk amik je la barang-barang diorang balik da memang milik diorang

almari(main ceroboh masuk masa kami xda..!!)
kerusi
perabot kecik
meja study kecik
cermin(even bukan milik korang kan..?? mencuri..!!)
langsir
tong sampah kecik(even bukan milik korang jua kan..?? mencuri..!!)
timba kecik

barang-barang tue xkisah la diorang nak amik..
tapi..??
yang MELAMPAU SANGAT..!!!!
TIKAR GETAH yang jadi PELAPIK LANTAI nie pon diorang nk amik gak..??!!!

lainkali

BOLEH TAK CAKAP AWAL-AWAL DENGAN AKAK YANG MENUMPANG DI RUMAH NI??

da la tinggal barang kat sini...
xbyar duit sewa rumah untuk letak barang..
(kitorang pon kena bayar taw x??)
pastu merungut kata tuanrumah bagi sewa kat orang lain..
kalo da taw nak sewa kat sini..
korang xley datang gtaw sendiri dan bagi duit rumah sewa siap2...??
korang ingat tuanrumah tue pekerja bapak korang boleh main tinggal note jew??

sekarang nie nk amik tikar getah..
kalo da budak-budak tue budak jugak..
ada hati tunjuk kerek..
paling xberkenan kalo budak umur muda dari kyra
TUNJUK KEREK..!!!

HORMAT K..!!

sifat perangai yang berkira paling kyra xberkenan..!!
dah la menceroboh masuk amik barang tanpa minta kebenaran..!!
kalo barang ilang korang tanggung..!!

even kyra xsuka budak kerek..
biar kita senyum..
be educated(biar muka dorang yang malu)..
jangan jadi macam dorang..
harap jew student..

(senyum xikhlas..!!!)

thanks pada sesiapa yang sudi baca entry yang xbest nie 

mati akal ~~~~~~

as'salam semua..
harap-harap semua harini sihat belaka jua seperti semalam hehe
 nak taw x rinie kyra sedih sikit sob3..
sebab pe famili kyra da balik ke kampung(waaaaa nak ikut jugak.!!!xpuas cuti..!!!)
so tengahari tadi kyra da hantar family pulang(hantar depan rumah je)
pastue petang sikit kyra xuat pape...
jadi keja pertama kyra?

First : Msg my Boo
(ok nak mngamuk hphone dia off) 


Second : Oleh sebab terasa ngntok malah pening kyra tido jap
(dok dalam dark room besa la hehe) 

Third : Kyra bru nk online hahaha
(tadi online jap je..xtahan mata..)

Fourth : Sambil tu kyra terpkir ari esok nak daftar..
dapat jumpa kawan yang ntah pangai camnew pon xtaw ag
n seriously kyra unhappy dok kt cini hmmm...
(sambil pkir makan tembikai)

harap hari esok dan seterusnya adalah hari yang baik bagi kyra..
Allah Mengetahui hati yang tersirat ini...
~~Aminnnnn~~

Life can be rough and tough..
its depend on us how to handle it..
however..
never forget Allah
and Allah never forget bout you

thanks kepada sesiapa sudi membaca entry xbest ini~~~~ :D

Monday, July 4, 2011

3003 CAHAYA~~~KISAH PARA MALAIKAT

EMPAT PENGETUA 
MALAIKAT

ADA empat malaikat yang dipanggil sebagai pengetua-pengetua malaikat atau empat malaikat besar. Mereka itu adalah :-

  • Malaikat Jibrail
  • Malaikat Mikail
  • Malaikat Israfil
  • Malaikat Maut

Malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil nama-namanya telah disebutkan dalam Al-Quranul Karim dan Hadis yang sahih. Firman Allah bermaksud: "Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir."(Al-Baqarah : 98)

Imam Muslim meriwayatkan hadis yang berasal dari Aisyah. Aisyah berkata bahawa apabila Rasulullah SAW mengerjakan solat malam, baginda membaca doa iftitah di solatnya sebagai berikut:

"Ya Allah, Tuhan malaikat Jibril, Mikail dan Israfil ; Maha Pencipta langit dan bumi, Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Engkaulah hakim diantara hamba-hambaMu tentang perkara yang mereka perselisihkan, bimbing lah aku jalan keluar yang benar daripada perselisihan mereka.

Sesunggunya Engkau Maha Pemberi petunjuk kepada jalan yang lurus, bagi siapa saja Engkau kehendak." (Hadis Riwayat Muslim)

Itulah riwayar ayat Al-quran dan hadis Rasulullah yang memuatkan nama-nama Jibril, Mikail dan Israil. Sedangkan Malaikat Maut, namanya tidak dijumpai dengan jelas di dalam Al-Quran dan tidak juga di dalam hadis yang sahih. Hanya saja di dalam beberapa athar menyebutkan nama Malaikat Maut itu sebagai Izrail. Wallahua'alam.

Allah menyifatkan malaikat Jibril sebagai suatu perkara yang besar sebagaimana firmanNya bermaksud: "Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat. Yang mempunyai akak yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli." (An-Najm : 5-6)

Yang dimaksudkan dengan 'Syadidul Quwa' adalah malaikat Jibril. Dialah malaikat yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Para ulama berkata bahawa betapa besarnya kekuatan yang dimiliki oleh Jibril hingga dia mampu mengangkat TUJUH bandar kaum Nabi Luth yang didiami oleh lebih kurang 400000 umat, haiwan, bangunan-bangunan dan semua benda yang ada di dalam bandar itu.

Malaikat Jibril mengangkat kesemua itu hanya dengan hujung sayapnya saja hingga sampai ke ruang angkasa di permukaan langit mendengar akan kelolongan anjing dan pekikan ayam. Kemudian dia membalikkan bandar hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah. Bayangkan betapa kuatnya tenaga malaikat Jibril itu.

Sebahagian tafsir menyebutkan makna 'zu mirratin' adalah mempunyai bentuk yang bagus, indah dipandang, segak dan  tinggi darjatnya. Sebagaimana firman Allah dalam ayat yang lain : "Sesungguhnya Al-quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan mulia(Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy. Yang ditaati di sana(di alam malaikat) lagi dipercayai."(At-Takwir : 19-21)

Dari keterangan firman Allah di atas dapat diketahui beberapa sifat Jibril antaranya : 
  • Bentuk kejadian Jibril sangat cantik
  • Jibril mempunyai tenaga dan kekuatan yang besar
  • Jibril mempunyai tempat dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah Pemilik Arasy yang mulia.
  • Jibril ditaati di alam malaikat, sangat amanah, oleh kerana itu Jibril betugas sebagai duta antara Allah dan RasulNya yang diberi Wahyu olehNya.
Adapun bandingan sifat amanah dan kedudukan yang terkumpul adalah sebagaimana kata Wazir Aziz kepada Yusuf as: "Sesungguhnya kamu mulai hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami."(Yusuf : 54)

Sedangkan bandingan kekuatan dan amanah yang terkumpul adalah seperti kata puteri nabi Syu'aib kepada ayahnya tentang Nabi Musa as: ".......kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil bekerja untuk kita ialah orang kuat lagi dapat dipercayai."

Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Jibril sentiasa mengharap-harapkan hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu : 

  1. Sembahyang lima waktu secara berjemaah
  2. Duduk bersama para ulama
  3. Menziarah orang sakit
  4. Menghantar jenazah
  5. Memberi minuman
  6. Mendamaikan di antara dua orang yang bermusuh-musuhan
  7. Memuliakan jiran dan anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah kam dalam perkara tersebut

last entry for today :D

i'm back..!!!!

as'salam sumew..!!!
rindu kat blog n kawan-kawan blogger..
ase mcam da bpuluh tahun tak jumpa(ok itu agak melampau) :D
kyra bru selesai mengemas bilik+rumah.
budak-budak lain xbalik ag jadi..
kyra n family yang kemas rumah huhuhu
tempat blaja ku :D
kena selesa hehehe...
6hb kyra bakal berdaftar..
kiranya 5hb kyra rehat..!!!!
ohhh yess..!!!! rinie da selesai sumew keja..
membasuh...mengemop...mengubahsuai :D
kena caya taw..
malam nie conform kyra pengsan awal akibat kepenatan hahaha:D


Sunday, July 3, 2011

run away~~~







mak kyra kata kyra berangkut barang macam nak lari dari rumah :D
esok awal pagi akan bertolak menuju ke tempat blaja kyra iaitu?
Politeknik Sultan Azlan Shah..



mau ke tak mau??

rinie kyra xdpt pos entry sebab memang busy..
ini pon curi tulang kih3...ssshhhhh diam3 taw :D

Saturday, July 2, 2011

salam perkenalan~~~~

PANASNYA API NERAKA!

PANASNYA API NERAKA!

Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. 

Malaikat Malik : Wahai Jibril! Berapa banyakkah yang kamu mahu?

Malaikat Jibril :  Sebesar buah tamar.

Malaikat Malik : Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur TUJUH petala langit dan bumi kerana kepanasannya.

Malaikat Jibril : Kalau begitu separuh buah tamar.

Malaikat Malik : Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah.

Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi.Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang. 


Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia.
Nauzubillahiminzalik.

Jom main masak-masak~~~

KERJA PERTAMA





Selepas selesai kemas barang semua, 
da pack-pack untuk di bawa ke tempat belajar..
seterus....

KERJA KEDUA







erghhh~~ 
masakan bahagian atas kyra takkan buat camtu..
boleh muntah hijau nanti..

jadi sempena hari terakhir bulan Rejab..
kyra pon da dapat berpuasa sunat Rejab..
Alhamdulillah..

Jadi berbuka posa nanti kyra akan makan,
petai bakar, zinger burger, char kuew teow dan macam-macam ag..
ase xsabar-sabar nak tunggu berbuka t hehe..


~~sebetulnya empat orang hehe~~

gambar tersebut hanyalah sekadar hiasan sahaja :)

KYRA INGIN MENIKMATI PERCUTIAN 
YANG TINGGAL INI 

sedih~~~~~



I DON'T WANNA 
LEAVE YOU..!!!


~~kembali ke dunia study~~

Siapa yang Tak Sayang Ibubapanya~~~~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua para blogger di sana..
Harap-harap sihat belaka, jangan jadi macam kyra tengah sakit gigi..

Ok, kyra nak tnya? Siapa tak sayang ibubapa mereka? Mesti semua orang ngaku sayang ibubapa kita kan.  

Orang yang bersusah payah menjaga dan membesarkan kita dan tidak pernah kenal erti putus asa dalam mendidik kita sehingga kita berjaya ke menara gading. Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana terdapat terdapat ibubapa yang menyayangi kita. Tidak membuang kita seperti bayi yang terbuang.

Tapi bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita untuk berbuat demikian terhadap ibubapa kita sekiranya kita sudah dewasa manakala mereka pula dimamah usia. Anak yang ramai belum tentu seorang mampu menjaga ibubapa kita kan? Kat sini kyra ceritakan secara ringkas sahaja kisah hidup nenek yang diabaikan oleh anak-anaknya.

Kyra teringat arwah tok yang pernah dok di hadapan rumah jiran kyra. Dah la dok sorang-sorang, sakit, da anak tak nak menjaga. Masa first time kyra g rumah dia hantar lauk, katanya teringin nak makan sambal kerang. Hati nie sebak dan sedih sebab melihat keadaan dalam rumah. Lebih teruk lagi, kyra tengok makanan yang anaknya hantar macam makan kucing. Dengan berbau hancing kat merata-rata tempat. Tak sanggup kyra nak bagi dia makan dalam tempat bernajis tue. 

Kyra letak kt nasi sekali dengan lauk kat atas meja luar. Masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya, Ya Allah sebak hati bila tengok tido beralaskan tilam kayu, bilik berbau najis.

Sebelum mengajak nenek tu makan, kyra menyalin baju tersebut. Sedih tengok bila baju yang dipakai terkoyak rabak. Bila tengok baju lain memang da xdew. 

Seterusnya kyra menyuap nenek tu seperti seorang budak-budak. habis satu pinggan nasi yang kyra suapkan sambil menikmati pandangan luar rumah. Sebelum pulang kyra pastikan ubat dimakan baru lah senang hati.

Sampai rumah kyra tanya mak:

Kyra : Mak? Tok timah xda baju ka?

Mak : Bukan tak da, baju-baju baru ngan kain batik baru anak-anak dia ambik.

Kyra :  La awat perangai teruk sangat? Da la tido pon dalam kandang najis n atas katil kayu.

Mak : Yaka? Kesian tok timah tue. Anak - anak bukannya xda kat sini. Semua bukan jauh selang bape buah rumah ja. Duit orang tua tu depa amik. Orang tua tu depa campak. Tunggu lah balasan dari Allah t.

Kyra : Sapa mak?

Mak : La yang hang dok bli topup kat ...... n sorang ag anak yang kwn  hng...

Kyra : Laa..??!! Yaka?! Td makt taw x tok timah ciap kata ag "kalo aku hidup lama alhmdulillah, kalo aku mati Innalillah."

Mak : Memang la walaupun dia camtu, dia taw hukum. Anak-anak dia xtakut dosa. Nasib dia dapat ank-anak camtu.

Lepas beberapa minggu kyra jaga, kyra dengar cerita kata anak-anak dia ingat kyra tolong sebab nak minta upah. Mengucap masa tu gak, nak mengamuk pon ada sebab tuduh kyra camtu. Terus terang kyra tolong dengan ikhlas hati dan bukan kejam macam depa. 

Sejak kyra sambung blaja kyra dengar kesihatan tok timah makin lama makin teruk sebab jatuh tangga. Tok timah kena strok, time tu dengar siapa nak bela siapa yang xnak. Da la sorang menantu pompuan bela, terjaga sikit tapi da xmampu bukak mata dan bercakap. Tok tu ibaratkan koma ag, kyra xdapat jumpa dia sebab tengah blajar. Dapat tepon pon dr mak.

Bila kyra dhda kt rumah nak praktikal, masa tu dia da tengah nazak, dia sebut nama kyra dengan kakak kyra. Balik je dari tempat praktikal kyra terus ajak mak jumpa tok timah. Masa bagi salam tengok keadaan dia, kyra rasa tak mampu menahan airmata. Bila dia dengar suara kyra, airmata dia mengalir tangan dia lak meraba-raba cari tangan kyra. Time tu gak kyra nangis, sebab kyra jaga dengan elok tiba-tiba jumpa sekali ag da terbentang atas tilam.

Seminggu lepas perjumpaan kyra yang terakhir, tok tu meninggal dunia. Kyra tak sempat nak menatap wajahnya buat kali terakhir. Hanya mampu menyedekah Al-Fatihah dari jauh.

Kalau sekarang nie, kyra pasti akan teringatkan tok timah, walaupun bukan tok sebenar tapi kalau teringat akan perangai anak-anaknya memang sakit hati. 

Hampir setahun kyra jaga tok tue dengan kakak kyra. Sekarang nie hampir masuk tiga tahun tok tu da meninggal dunia. Moga dia dimasukkan dalam tempat orang yang beriman. Amin

Memang betul apa yang orang katakan, walaupun ramai mana anak-anak, belum tentu seorang yang mampu menjaga ibubapa.

thanks pada sesiapa yang sudi baca entry xbest nie
(kyra xpandai uat ayat)

Friday, July 1, 2011

FIRST STRATEGY~~~~~~~~~~~1%connecting








kyra rinie hanya dapat pos entry ni kerana bru sampai rumah pabila urusan da settle...
huhu penatnya~~~
blogwalking dalam mmpi~~~
please enjoy this :))