Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Friday, June 24, 2011

UMAMAH BINTI ABI AL-ASH part 4

KELUARGA YANG PALING DICINTAI

Rasulullah s.a.w. sangat menyayangi Umamah  dan sentiasa memberinya hadiah pada saat-saat tertentu. Telah diriwayatkan oleh Ummul Mukminin 'Aisyah bahawa Rasulullah mendapat hadiah daripada an Najasyi seuatas rantai emas. Rantai tersebut Rasulullah berikan kepada Umamah r.a.. Umamah memiliki kedudukan yang mulia di kalangan para sahabat wanita dan dianggap sebagai orang yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w.. Ummul Mukminin 'Aisyah pun hampir cemburu melihat kecintaan Rasulullah yang begitu besar terhadap Umamah.


Ummul Mukminin 'Aisyah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah mendapat hadiah seutas gelang yang diperbuat daripada batu akik yang dihiasi dengan emas. Seluruh isteri Rasulullah sedang berkumpul sedangkan Umamah puteri Zainab binti Rasulullah sedang bermain di halaman rumah. Rasulullah berkata: "bagaimana pendapat kamu sekalian tentang hadiah ini?" Kami menjawab: " Ya Rasulullah! Kami tidak pernah melihat rantai yang indah daripada ini." Rasulullah berkata: " Kembalikan rantai itu kepadaku". Setelah mengambil rantai tersebut Rasulullah berkata:" Demi Allah! Aku akan mengalungkannya di leher oraang yang paling aku sayangi dalam keluargaku." Kemudian 'Aisyah berkata:" Dunia terasa gelap, khuatir kalau Rasulullah akan meletakkannya di leher orang lain dan aku melihat semua oisteri Rasulullah berharap seperti halnya aku. Suasana menjadi sunyi. Perasaan kami(isteri-isteri Rasulullah) menjadi tenang ketika Rasulullah meletakkan rantai tersebut di leher Umamah Binti Abu Al-'Ash

No comments: