Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Friday, June 24, 2011

UMAMAH BINTI ABI AL-ASH part 2

BERPISAH DENGAN ORANG YANG SANGAT DICINTAI

Zainab Binti Rasulullah meninggal dunia pada awal tahun ke lapan hijrah. Beliau meninggalkan puterinya tercinta, Umamah yang masih kanak-kanak. Kepergian Zainab sangat menyedihkan Rasulullah s.a.w dan anaknya yang masih kecil. Rasulullah s.a.w mengirimkan anaknya kepada Allah dan menyuruh kaum wanita untuk memandikan dengan baik.

Ummu 'Athiyah menceritakan kepada kita tentang perjalanan tajhiz atas Zainab. Dia berkata "Rasulullah masuk menghampiri kami ketika puterinya(Zainab) meninggal dunia". Rasulullah berkata kepada kami : "Mandikanlah Zainab 3kali atau 5kali atau lebih banyak dengan air yang dicampurkan dengan sidr dan campurkan air dengan kapur untuk yang terakhir. Beritahulah saya apabila kamu telah selesai memandikan Zainab".

Maka kami mengkhabarkan kepada Rasulullah s.a.w setelah selesai memandikan Zainab dan memberikannya kainnya. Rasulullah s.a.w pun berkata :"Tutuplh Umamah Binti Abu Al-'ash dengan kain tersebut". Kemudian Rasulullah s.a.w. menyolatkan Zainab, menghantarkannya ke makam di Baqi' di bandar Madinah.

Kemudian Rasulullah s.a.w kembali ke cucunya, Umamah untuk menghiburkan hatinya yang sedih sepeninggalan puterinya Zainab. Rasulullah s.a.w mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada cucunya tersebut seperti halnya Hasan dan Husain, putera Fatimah Az-Zahra. Semoga Allah sentiasa meredhai mereka semua.

No comments: