Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Friday, June 24, 2011

UMAMAH BINTI ABI AL-ASH part 1

Permulaan Wanita Mulia

Bercerita tentang keluarga Rasulullah s.a.w sangat menyenangkan dan indah. Hati kita akan semakin hidup, jiwa akan semakin bersinar, dapat membentuk karakter yang baik dan belajar hal-hal yang bersifat mulia. Sekarang ini kita akan bercerita tentang sejarah ahlul bait yang sangat dicintai oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah sangat menyayanginya, memuliakannya dan mengendongnya ketika dia masih kecil.

Siapakah gerangan orangnya? Dia adalah cucu Rasulullah s.a.w.. Namanya ialah Umamah Binti Abi Al-'ash Bin Rabi' al-Quraisyiah Al-'Abasyiah. Ibunya Zainab Binti Rasululllah s.a.w.. Zainab adalah puteri Rasulullah yang paling besar, termasuk dalam golongan muhajirat dan pemimpin -pemimpin wanita yang suci.

Neneknya berasal daripada ibu bernama Khadijah binti Khuwailid, ummul mukminin, pemimpin seluruh wanitapada zamannya. Beliau adalah seorang yang pertama sekali beriman kepada Rasulullah s.a.w. Dia memiliki banyak kebaikan dan keberanian. Dia merupakan contoh wanita yang sempurna, seorang yang cerdik, mulia dan calon penghuni syurga.

Ayahnya bernama  Abu Abi al-'ash bin Rabi, menantu Rasulullah. Ibu Abu Abi Al-'ash bernama Halah binti Khuwailid. Rasulullah s.a.w selalu memuji Abu Al-'ash, kerana dia selalu menjaga hubungan baik keluarga. Al-Imam Abu Daud  telah mentakhrij hadith dengan sanadnya daripada 'Ali Bin Husin bahawa Rasulullah s.a.w berkata tentang Abu Al-'ash : " Setiap kali dia berbicara denganku selalu jujur dan apabila berjanji selalu memenuhi janjinya". 

Abu Al-'ash pernah ditawan oleh pasukan Muslimin ketika Perang Badar, namun dilepaskan tanpa wang tebusan sebagai penghormatan kepada Rasulullah s.a.w,. kerana dia adalah suami daripada Zainab binti Rasulullah. Kemudian dia masuk Islam sebelum Rasulullah  menakluk bandar Makkah. Rasulullah akhirnya menikahkannya kembali dengan puterinya Zainab. Akhirnya Abu Al-'ash menjadi seorang pasukan perang Muslimin meninggal dunia pada bulan Zulhijjah tahun 12H.

2 comments:

HonEyBuNNy said...

salam..

datang baca entry neh di hari jumaat yang mulia....;-)

Pojiekyra said...

thanks sb sudi dtg:)