Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Wednesday, June 29, 2011

santai petang bersama KISAH LUCU

MENCARI CALON ISTERI

SEORANG Arab bernama Syannun terkenal sangat cerdik dan pandai. Dia bersumpah tidak akan berkahwin dengan mana-mana perempuan yang seimbang dengan dirinya. Untuk tujuan ini, dia telah mengembara ke berbagai negara dan kabilah untuk mencari perempuan yang diinginkannya.

Pada suatu hari ketika dia sedang mengembara, seorang lelaki telah menemankannya.

"Apakah engkau yang akan membawaku ataukah aku yang akan membawamu?" tanya Syannun kepada lelaki yang menemankannya.

"Bodoh sangat kamu. Engkau berkenderaan, aku juga berkenderaan. Mana dapat yang satu akan membawa yang berkenderaan juga?"

Syannun diam setelah dibentak dan dibodohkan-bodohkan. Kemudian mereka sampai pada kawasan pertanian yang di situ terdapat tanaman sudah masak tapi belum dipungut lagi.

"Wahai si lelaki! Apakah tanaman ini sudah dimakan atau belum?" tanya Syannun

"Wahai orang bodoh! kamu tak lihat? Buah itu masih ada ditangkai lagi, tentulah belum dimakan." bentak si lelaki.

Syannun diam tidak membantah. Mereka terus berjalan dan berjumpa dengan serombongan kaum muslimin sedang mengusung jenazah menuju perkuburan.

"Wahai lelaki, apakah jenazah itu hidup atau tidak?" tanya Syannun

"Astagfirullah.....Mengapa engkau bodoh sangat. Aku belum pernah berjumpa manusia sebodoh kamu. Jenazah yang sudah diusung di dalam keranda dan dibawa ke kuburan, masih dipertanyakan hidup atau matinya. Tentulah dia sudah mati bodoh!"

Si lelaki sangat kesal berteman dengan Syannun kerana dianggap terlalu bodoh dengan bertanyakan hal yang pelik-pelik.

Setelah beberapa hari berjalan, mereka sampai di rumah si lelaki yang bertemankannya. Dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Tabaqah. Lalu diceritakannya kepada anak itu bahawa lelaki yang ditemankannya itu bernama Syannun dan sangat bodoh kerana menanyakan sesuatu yang pelik-pelik belaka.

"Apakah yang dia tanyakan?" tanya Tabaqah kepada ayahnya

Lalu lelaki itu menceritakan kepada anaknya perkara-perkara yang ditanyakan oleh Syannun dari awal hingga akhir.

"Wahai ayah! Dia sebteulnya bukan bodoh tapi cerdik." kata Tabaqah. "Orang macam itu kamu kata cerdik." bantah ayahnya

"Betul ayah. Sebetulnya apa yang dia cakapkan kepada ayah itu betul belaka."

"Apa yang betulnya?"

"Saya akan menerangkan kepada ayah maksud pertanyaan-pertanyaannya itu." kata Tabaqah

Lalu dia menerangkan kepada ayahnya maksud semua pertanyaan yang diajukan oleh Syannun. Yang pertama: "Apakah engkau yang akan membawaku ataukah aku yang akan membawamu?" Maksudnya: "Apakah engkau yang menjadi penunjuk jalan atau aku?"

Yang kedua: "Wahai si lelaki! Apakah tanaman ini sudah dimakan atau belum?" Maksudnya: "Apakah pemiliknya sudah sibuk mengira harganya?"

Yang ketiga: "Wahai lelaki, apakah jenazah itu hidup atau tidak?" Maksudnya: "Apakah jenazah itu ada meninggalkan keturunan yang akan mengingatinya nanti?"

Lelaki itu terpinga-pinga mendengar keterangan dari anak perempuannya. Lalu dia keluar menemui Syannun dan meminta maaf.

"Wahai Syannun! Aku memohon maaf kerana telah memperli dan menganggap engkau bodoh. Sekarang baru aku tahu akan maksud pertanyaanmu selama perjalanan itu." kata si lelaki.

"Dari mana engkau tahu?" 

"Dari anak perempuanku."

Syannun percaya bahawa orang yang memahami akan maksud dari pertanyaannya tentu orang cerdik. Maka dia merasakan telah menemukan wanita cerdik untuk calon isterinya. Maka diapun meminang Tabaqah dari ayahnya dan berkahwin dengannya.

"Tabaqah memang sesuai sebagai isteri Syannun, kerana dia wanita cerdik juga." kata kaumnya 

~selamat membaca~


Petikan 1001 Himpunan Kisah-kisah Lucu

15 comments:

aliah amirah said...

best cite ni =)

aliah amirah said...

best cite ni =)

Bro ahmad said...

mcm citer p ramlee ya cari isteri bijak2

ZORA said...

cerita best la..dis is best bro..

konklusinya jgn mudah mngnggap seseorng itu bodoh scara rawak...

Pojiekyra said...

aliah amirah - hehehe best kan :D

Bro - ahmad - haha ayat silap bro..citew P Ramlee mcm citew nie :D

ZORA - yupp..btoi tue..nilai dulu setiap perkataan yang diucapkan :D kerana ia mempunyai maksud yang tersirat:))

Cik Teddy said...

best lorh..nak jadi bijak jugak..hhuhu

Pojiekyra said...

hehehe

~~su manje~~~ said...

su tunggu post
"mencari calon suami pulak"

kaninchengeschichte.com

ciknabil-a said...

entry kyra mnarik2 belaka. :)

Muhamad Luqman Hakim Mahmud said...

menarik

Pojiekyra said...

~~su manje~~~ - alaa da poskan da hehe..tunggu ea..kyra link kan :)

ciknabil-a - hehe yekew..thanks bebanyak :D

luqman - thanks :D

Pojiekyra said...

~~su manje~~~ - alaa da poskan da hehe..tunggu ea..kyra link kan :)

ciknabil-a - hehe yekew..thanks bebanyak :D

luqman - thanks :D

Green Apple said...

ala-ala musang berjanggut..

niena shopping2u said...

teringin nk jdik isteri yg bijak :)

Pojiekyra said...

green apple - xpnah tgk bca tue :((

niena - hehehe insya' hehe