Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Sunday, June 26, 2011

SANTAI PAGI AHAD BERSAMA KISAH LUCU

GARA-GARA TERLALU GEMUK

WALAUPUN orang-orang kafir Quraisy sangat benci kepada Al-Quran dan Rasulullah, tapi apabila mendengar nama tuhan-tuhan mereka disebutkan dalam Al-Quran, mereka sangat gembira. Nama-nama tuhan berhala yang disebutkan itu ialah Lata, Uzza dan Manat. Sebetulnya nama-nama itu disebutkan di dalam Al-Quran adalah sebagai sindiran dan penghinaan terhadap mereka. Namun bagi mereka soal penghinaan atau sindiran tidak menjadi masalah, yang penting Al-Quran da menyebutkannya. Maka pergilah orang-orang Quraisy dan para pemimpinnya mendengarkan Al-Quran yang dibaca langsung oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Mereka mendengarkan dengan penuh perhatian.

Apabila bacaan sampai pada ayat sajadah di akhir surat An-Najm, Nabi dan sekalian orang-orang Islam bersujud. Melihat itu, orang-orang kafir Quraisy ikut sujud pula walaupun mereka tidak mengetahui maksudnya. Hanya ada empat orang kafir Quraisy yang hadir situ tidak sujud iaitu Al-Walid bin Mughirah, Sa'id bin Al-A'si, Umaiyah bin Khalaf dan Abu Jahal. Mereka cuba sujud juga, tetapi tidak dapat berbuatnya kerana badannya terlalu gemuk. Keempat-empat pemimpi Quraisy tersebut merasa amat kecewa kerana tidak bersujud seperti orang lainnya. Oleh kerana itu mereka mencari idea baru sebagai pengganti sujud. Dilihat Nabi dan orang-orang Islam bersujud dengan merapatkan dahi dan hidungnya ke tanah. Tanpa berfikir panjang lagi, mereka masing-masing mengambil segenggam tanah yang ada di hadapannya lalu diusapkan ke mukanya. Dengan cara ini samalah seperti dengan sujud menurut mereka. Orang-orang Islam yang hadir hanya senyum-senyum melihat kelakuan mereka yang mengada-ngada itu.

moral of the story - jangan ikut perangai dorang nie ish3

petikan cerita ini diambil dr 1001 Himpunan Kisah-kisah Lucu

12 comments:

ZORA said...

wooo....kafir quraisy memng jahil.....

Pojiekyra said...

taw xpew :)

qamarguyz said...

salam ziarah..
hahaAa..setuju dengan zora..
kalu da jahil, tetap bodoh juga

Pojiekyra said...

hahaha taw xpew..y pnting jgn ikut dorang perangai cmnie :D

iLa suHaiLa said...

haha..dulu2 pom ada adegan klaka gak..itulah bezanya org beragama or tak..^^

Pojiekyra said...

haha yezzaaa...kita xley ingt zaman dlu xdew yang lucu..kdg3 dorang ag lucu dr kita :D

niena shopping2u said...

hahaha.. kalak gile,
moral nye.. jgn kte jdi jahil..
bnyak pengajaran yg kte dpt kt sni
jgn ikut je prbuatan org sebaliknya bertanya :)

Green Apple said...

dah tau x bleh nak bwat jugak... ni nama kurang cerdik tapi x leh diajar....

Pojiekyra said...

yea..btoi kta semua : cik niena n green apple D

ADAM said...

kekeke..tak jga bdn sgt..kan x boleh sujud..tuan blog ni mcm mne la agak nye..kekeke[gurau]

Qaseh dalia adelia said...

tq sharing dear ..org kafir mmg jahil

Pojiekyra said...

adam : hehehehe....tue kna teka
qaseh : welcome :)