Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Thursday, June 30, 2011

MAAF

MAAF
Di samping sifat adil yang perlu ada pada setiap orang, seseorang itu juga perlu mempunyai sifat mulia yang lain iaitu sifat suka memberi maaf atas kesalahan orang lain terhadap dirinya. Dengan adanya sifat ini, hubungan persaudaraan dan persahabatan lebih terjamin dan dapat mengelakkan sifat dendam yang boleh merosakkan dirinya juga.


Contoh sifat pemaaf ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dapat dilihat dari suatu peristiwa yang menarik. Dalam peristiwa ini Rasulullah s.a.w. telah diancam oleh seorang musuh yang menghunus senjata kepada Baginda sambil bertanya siapakah yang akan menyelamatkannya, lalu dijawab oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah yang boleh menyelamatkannya. Dengan menyebut nama Allah itu, senjata itupun jatuh ke bumi lalu diambil oleh Rasulullah s.a.w. dan sambil menghunuskan kepada musuhnya itu. Ternyata tiada siapa yang dapat menyelamatkannya lagi, namun begitu Rasulullah s.a.w. telah melepaskannya pergi walaupun dia tidak mahu memeluk Islam, kecuali dia berjanji tidak memerangi Rasulullah s.a.w. dan tidak akan memihak kepada mereka yang memusuhi Baginda.


Sifat pemarah dan suka membalas dendam selalunya menghalang seseorang dari memaafkan orang lain. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. melarang seseorang itu menurut perasaan marahnya, kerana menurut perasaan marah ini boleh mencetuskan permusuhan dan pergaduhan, malah boleh membawa kepada pembunuhan sesama sendiri. Seseorang yang sedang dikuasai oleh perasaan marah hendaklah mencari jalan mengelakkan diri dari berterusan dalam keadaan sedemikian sama ada dengan berwuduk, duduk atau mengingati Allah.


~selamat membaca~

thanks pada sesiapa yang sudi baca last entry kyra ini
nite2 suma 
(baca doa tido)

4 comments:

[sutera kasih] said...

maaf memaafkanlah antara satu sama lain :)

aida4eva said...

maaf kyra :)

Bro ahmad said...

nak minta maaf kt tuan tanah..tak semestinya hari raya je kan?

Pojiekyra said...

maaf semua :D