Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Tuesday, June 28, 2011

jom santai bersama KISAH LUCU

MENGUJI CALON SUAMI

TERSEBUTLAH kisah seorang wanita cantik bernama Mawiyah binti Afzar yang hidup di tanah Arab. Selain cantik, Mawiyah juga terkenal sebagai gadis cerdas akalnya dan dari keturunan bangsawan, Ramai lelaki yang datang meminangnya, namun Mawiyah tidak mahu memilih calon suaminya sebelum menguji kecerdasan dan latar belakangnya terlebih dahulu.

Suatu ketika, tiga lelaki dari keturunan bangsawan dan hartawan datang meminangnya. Mereka itu adalah HatimAt-Ta'i, An-Nabighah dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai lelaki dari suku kaum Nabit. Kepada ketiga-tiga lelaki itu, Mawiyah menyuruh pulang dan membuat syair tentang keagungan diri masing-masing. Setelah itu barulah datang lagi untuk membacakan syair-syairnya. Maka ketiga-tiga pun pulang untuk menciptakan syair yang paling baik sambil menyembelih unta sebagai kesyukuran.

Mawiyah yang cerdik akalnya itu memakai pakaian hodoh seperti orang tua lalu keluar menuju rumah ketiga-tiga lelaki yang meminangnya tersebut dengan menyamar sebagai pengemis.

Mula-mula dia datang ke rumah lelaki dari suku kaum Nabit untuk mengemis. Tidak ada sesiapapun yang menyedari akan perkara itu.

"Tuan berilah saya sedikit makan untuk mengalas perut." kata Mawiyah ketika samapi di rumah lelaki suku kaum Nabit.

Lelaki Nabit lalu memanggil hadamnya dan menyuruhnya agar pengemis itu diberi sedikit tulang-tulang unta sembelihan. Mawiyah yang menerima pemberian itu dengan suka hati dan mengucapkan terima kasih.

Kemudian dia pergi pula ke rumah Nabighah sambil meminta sedekah.

"Tuan berilah saya sedikit makanan." kata Mawiyah.

"Siapa kamu?" kata Nabighah.

"Saya seorang fakir yang tidak punya apa-apa."

Tanpa berfikir panjang, Nabighah mengambil ekor-ekor unta yang disembelihnya dan diberikan kepada si peminta sedekah itu.

"Terima kasih." kata Mawiyah lalu pergi.

Terakhir Mwaiyah pergi ke rumah Hatim At-Ta'i yang sedang sibuk mengadakan persediaan untuk kenduri.

"Tuan berilah saya sedikit makanan." kata Mawiyah

"Siapa engkau ini?" tanya Hatim At-Ta'i dengan lemah lembut

"Saya seorang fakir dari kampung anu, datang untuk meminta sedekah. Berilah saya sedikit makanan." jawab Mawiyah.

"Baik, kamu tunggu sekejap. Aku akan carikan daging baik untuk kamu." kata Hatim.

Dia pergi ke dapur dan mengambil daging yang terbaik dari unta yang disembelihnya dan kemudian diberikannya kepada peminta sedekah.

"Terima ini." kata Hatim At-Ta'i

"Terima kasih tuan." kata Mawiyah

Setelah berhasil mendatangi rumah ke tiga-tiga yang meminangnya, Mawiyah pulang membawa hasil "mengemisnya" dengan gembira. Tulang, ekor dan daging yang didapatinya dari meminta sedekah itu dimasaknya lalu disimpan dalam bekas secara berasingan.

Pada masa yang ditetapkan, ketiga-tiga lelaki itu datang ke rumah Mawiyah untuk memperdengarkan syair gubahan masing-masing

Mula-mula Mawiyah mempersilakan Nabighah agar membacakan syairnya. Nabighah berdiri sambil membaca syair yang memuji dirinya sendiri:

Cuba kau tanya kepada suku Dzibyan
mereka tentu tahu, siapa aku
siapa keturunanku
kuhamparkan semua hartaku
sama ada teman atau seteru
semua datang menyerbu
semua merasa juadah dan lauk sedap

"Kau memang baik dan semua orang datang mengerumuni kerana kamu umpan mereka dengan makanan dan lauk yang sedap." komen Mawiyah.

Kemudian lelaki Nabit maju memperdengarkan puisinya:

Wahai Mawiyah
sudahkah kau merisik tentang diriku
dan apa yang aku buat?
di saat-saat manusia kelaparan
aku hamburkan hartaku kepada mereka
semua mendapat bahagian
walaupun yang datang tidak berbilang

"Engkau hanya mengarut belaka. Bicara kosong." kata Mawiyah setelah mendengarkan syair lelaki kaum Nabit.

Akhirnya Hatim tampil membawakan syairnya: 

Wahai Mawiyah yang jelita
lama sudah ku merinduimu
namun banyak penghalang yang merintang
wahai Mawiyah!
yang namanya harta, hanyalah sementara
sekejap ada esok lenyap
ia bukan senjata bagi anak muda

Mawiyah tidak memberikan komen apa-apa terhadap syair Hatim ini. Sebaliknya dia hanya mengarahkan kepada pelayannya agar menghidangkan bahagian-bahagian unta hasil mengemisnya yang telah dimasak itu. Sebelumnya, Mawiyah telah mengajar si pelayan kepada siapa tiga mangkuk itu dihidangkan.

Apabila Mawiyah ,asuk, pelayan datang membawa hidangan tiga mangkuk. Sup tulang dihidangkan kepada lelaki Nabit, ekor unta dihidangkan kepada Nabighah dan Hatim mendapat bahagian daging paling bagus.

Bukan alang kepalang terkejut si lelaki Nabit dan Nabighah, apabila melihat pada mangkuk yang dihidangkan kepadanya. Kerana ternyata hidangan itu adalah barang yang mereka berikan kepada pengemis semalam. Barulah mereka sedar bahawa yang datang semalam itu adalah Mawiyah yang menyamar menjadipengemis tua. Kedua-dua tertunduk malu. Sementara Hatim senyum-senyum dan kagum akan kecerdikan si Mawiyah.

"Sungguh Hatim itu lebih baik dari syairnya." kata Mawiyah sambil melirik kepada Hatim tanda setuju bersuamikan dia. Kedua-dua lelaki lain hanya dapat menggigit jari saja.

~selamat membaca~

petikan 1001 Himpunan Kisah-kisah Lucu

12 comments:

Nur Sulastri said...

hehe, nice one ! nak buat macam ni lah. cehh, mcm ada byk je pilihan kan. haha

Pojiekyra said...

hahaha boley jaaa :D

cik pha said...

suka2! nice sharing..

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

Pojiekyra said...

cik pha - hehehe

Echin Nadiossa said...

wow best :)

amranaiman said...

cari2 lah pasangan idup betul2 oh kawan :D

Pojiekyra said...

hehe thanks :)

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

wanita yang baik adalah wanita yang bijak akal nya ..nice stori :)

Darkbatman said...

best en3 ne.. byk kali ulang2..kehkehkeh

Ringgo said...

kenali bakal suami anda .. hehehe

Pojiekyra said...

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock - hehe bijak mencari suami ;)

Darkbatman - wahh yekew hehehe..kyra pon byk kli ulang n xpnah jmu :)

Ringgo - btoi tue :)