Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Saturday, June 25, 2011

FADHILAT MEMBACA SURAH AL-kAHFI

SURAH AL-KAHFI

SURAH Al-Kahfi(beerti gua) adalah surah yang ke 18 di dalam Al-Quran, mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan Al-Kahfi kerana dari ayat 9 hingga 26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah SWT selama 300 tahun, demi iman mereka yang teguh terhadap dasar tauhid.

terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan berbagai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Kahfi. Di antara sabda baginda meriwayatkan oleh Al-Baihaqi dar Abi Said Al-Khudri bermaksud:

Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malm Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah.

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda', daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

"Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal."

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda', daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

"Sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal."

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

"Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."


Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kaki hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."


Selain dari itu sebuah lagi Hadis Rasulullah SW bermaksud:

Sesiapa yang membaca surah Al-kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang ; dan tujuh puluh ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah SWT hingga waktu Subuh dan dijauhkan Allah dari terkena penyakit demam panas atau Taun; penyakit sopak dan dijauhkan fitnah Dajjal.

9 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

wow.. aku tak tahu nih!

Pojiekyra said...

byk fadhilat bagi surah lain ag :D..t aku taip ag ;)

sergeant keroro said...

banyak fadhilat :)

[sutera kasih] said...

al-kahfi mmg byk fadhilat..keep sharing info islamic dear :)

Pojiekyra said...

sergeant keroro - da byk ag y kita xtaw dlm fadhilt al-quran nie hehe

sutera - thanks sutera :)

ZORA said...

entri bgus ni...:)

Pojiekyra said...

thanks zora :)

Bro ahmad said...

bagus kalau selalu baca ayat ni...satu doa,

Pojiekyra said...

yup :) mn2 surah pown da manfaat dan fadhilat..xrugi membaca n pahala berkali ganda kita dpt :)