Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Thursday, June 23, 2011

AMANAH

AMANAH

Salah satu sifat kemuliaan peribadi Rasulullah s.a.w. ialah sifat amanahnya. Sifat yang mulia ini telah menjadi darah dagingnya yang terkenal khususnya di kalangan orang-orang Mekah ialah “Al-Amin” iaitu orang yang beramah atau yang dipercayai.


Umat Islam adalah dituntut oleh agamanya supaya menjadi orang yang beramanah yang dapat memikul tanggungjawab yang diserahkan kepadanya dengan sebaik-baiknya. Rasulullah s.a.w. di samping kehidupannya yang mencerminkan peribadi yang beramanah, Baginda juga mengarahkan umatnya supaya berkeadaan sedemikian.Amanah yang diserahkan kepada seseorang itu amat banyak sekali. Isteri adalah amanah yang diserahkan kepada suami, anak-anak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa, murid-murid adalah diamanahkan kepadaguru, pegawai, kakitangan, buruh dan sebagainya kesemuanya diserahkan tanggungjawab yang merupakan amanah. Malah semua manusia ada amanah yang mesti ditunaikannya. Oleh sebab itu, Allah telah menerangkan bahawa sifat orang yang beriman itu antaranya ialah mereka yang menjaga amanah dan janji-janji mereka.


Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang yang tidak ada amanah, dan tidak sempurna agama seseorang yang tidak ada janji baginya”. (Riwayat Ahmad Ibn Hanbal)


Setiap amanah mestilah diserahkan kepada mereka yang layak, kerana sesuatu amanah yang diserahkan kepada yang bukan ahlinya akan membawa kerosakan jua.


Ilmu yang kyra bca untuk dikongsikan..xkongsi kedekut ilmu kn..??

4 comments:

ZORA said...

amanah itu penting dalam membntuk peribadi murni..:)

Pojiekyra said...

yuppp...
tp kalo mkin besar amanah yang dipikul..makin berat tanggungjwbnya..jd..kenalah jd org yg btoi3 amanah :D

Arissha Sofea said...

orang yang memegang amanah dengan baik adalah seorang yang mulia..

Pojiekyra said...

arissha sofea - yuppp...:D