Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Thursday, June 30, 2011

MAAF

MAAF
Di samping sifat adil yang perlu ada pada setiap orang, seseorang itu juga perlu mempunyai sifat mulia yang lain iaitu sifat suka memberi maaf atas kesalahan orang lain terhadap dirinya. Dengan adanya sifat ini, hubungan persaudaraan dan persahabatan lebih terjamin dan dapat mengelakkan sifat dendam yang boleh merosakkan dirinya juga.


Contoh sifat pemaaf ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dapat dilihat dari suatu peristiwa yang menarik. Dalam peristiwa ini Rasulullah s.a.w. telah diancam oleh seorang musuh yang menghunus senjata kepada Baginda sambil bertanya siapakah yang akan menyelamatkannya, lalu dijawab oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah yang boleh menyelamatkannya. Dengan menyebut nama Allah itu, senjata itupun jatuh ke bumi lalu diambil oleh Rasulullah s.a.w. dan sambil menghunuskan kepada musuhnya itu. Ternyata tiada siapa yang dapat menyelamatkannya lagi, namun begitu Rasulullah s.a.w. telah melepaskannya pergi walaupun dia tidak mahu memeluk Islam, kecuali dia berjanji tidak memerangi Rasulullah s.a.w. dan tidak akan memihak kepada mereka yang memusuhi Baginda.


Sifat pemarah dan suka membalas dendam selalunya menghalang seseorang dari memaafkan orang lain. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. melarang seseorang itu menurut perasaan marahnya, kerana menurut perasaan marah ini boleh mencetuskan permusuhan dan pergaduhan, malah boleh membawa kepada pembunuhan sesama sendiri. Seseorang yang sedang dikuasai oleh perasaan marah hendaklah mencari jalan mengelakkan diri dari berterusan dalam keadaan sedemikian sama ada dengan berwuduk, duduk atau mengingati Allah.


~selamat membaca~

thanks pada sesiapa yang sudi baca last entry kyra ini
nite2 suma 
(baca doa tido)

spontaneous thursday~~~~~~~~~~5% downloading

BERJAYA COVER
(sambil baca entry - entry menarik dari para blogger)
BLOGWALKING DARI 
TENGAHARI 
SAMPAI PETANG..!!!!
(mood : blogwalking malam sambil makan megi)

spontaneous thursday ~~~~~~~~~~~~4%downloading

HARI INI SAYA NAK BOM GOOGLE CHROME..!!!
LANGSUNG XLEY BUKAK BLOG..!!
(bukak under mozilla firefox)

santai bersama KISAH LUCU~~~

PELAJARAN BUAT PENUNTUT 
ANGKUH

SEJAK masa remaja, ilmuwan dan doktor terkenal Ibnu Sina telah menguasai berbagai ilmu pengetahuan. Selain pengetahuan agama dan perubatan yang menjadi kepakarannya, dia juga telah menguasai Matematik, Psikologi dan lain-lain. Manum sebagai ilmuwan remaja kadang-kadang dia tidak dapat mengawal diri dalam soal etika.

Ketika menghadiri kuliah yang disampaikan oleh ilmuwan Abu Ali bin Maswakaih, Ibnu Sina terlepas kawalan. Dia tidak dapat mengendahkan etika seorang murid dengan gurunya. Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu benda yang tidak tentu bentuknya dan diletakkan ke meja Abu Ali.

"Cuba tuan kira berapa luas permukaan benda ini!" kata Ibnu Sina dengan angkuhnya

Sebagai ilmuwan Islam yang warak, Ibnu Maswakaih tidak terburu-buru menjawab soalan pelajar angkuh seperti Ibnu Sina itu. Dia serta-merta mengeluarkan kertas yang berisi tentang pelajaran akhlak dan pendidikan dan diberikannya kepada Ibnu Sina sambil berkata: "Baca ini!"

Seterusnya Abu Ali berkata: "Pertama kali yang perlu engkau dalami adalah pelajaran akhlak. Engkau perlu membaiki akhlakmu terlebih dahulu. Aku ingat lebih penting mengajar kamu akhlak yang mulia terlebih dahulu daripada menjawab berapa luas permukaan benda ini?"

Ibnu Sina tertunduk malu, wajahnya pucat serta merta mengalir peluh di sekujur tubuhnya. Mulutnya tidak berkuasa lagi bercakap walau sepatah. Sejak itulah dia belajar akhlak dan menghilangkan sifaat-sifat angkuh dan bangganya.

Moral of the story
Jangan kita bangga dengan ilmu yang kita ada jika akhlak kita di tahap yang rendah

~selamat membaca~

spontaneous thursday 3%~~~~~~~~~~~~downloading

GIGI BELAKANG 
DAH TUMBUH..??!!
SAYA BAKAL 
SAKIT GIGI

Wednesday, June 29, 2011

wordless wednesday 4%~~~~~~downloading

yummy

cer teka..?

nite3 u guys :D
(baca doa tido)

santai petang bersama KISAH LUCU

MENCARI CALON ISTERI

SEORANG Arab bernama Syannun terkenal sangat cerdik dan pandai. Dia bersumpah tidak akan berkahwin dengan mana-mana perempuan yang seimbang dengan dirinya. Untuk tujuan ini, dia telah mengembara ke berbagai negara dan kabilah untuk mencari perempuan yang diinginkannya.

Pada suatu hari ketika dia sedang mengembara, seorang lelaki telah menemankannya.

"Apakah engkau yang akan membawaku ataukah aku yang akan membawamu?" tanya Syannun kepada lelaki yang menemankannya.

"Bodoh sangat kamu. Engkau berkenderaan, aku juga berkenderaan. Mana dapat yang satu akan membawa yang berkenderaan juga?"

Syannun diam setelah dibentak dan dibodohkan-bodohkan. Kemudian mereka sampai pada kawasan pertanian yang di situ terdapat tanaman sudah masak tapi belum dipungut lagi.

"Wahai si lelaki! Apakah tanaman ini sudah dimakan atau belum?" tanya Syannun

"Wahai orang bodoh! kamu tak lihat? Buah itu masih ada ditangkai lagi, tentulah belum dimakan." bentak si lelaki.

Syannun diam tidak membantah. Mereka terus berjalan dan berjumpa dengan serombongan kaum muslimin sedang mengusung jenazah menuju perkuburan.

"Wahai lelaki, apakah jenazah itu hidup atau tidak?" tanya Syannun

"Astagfirullah.....Mengapa engkau bodoh sangat. Aku belum pernah berjumpa manusia sebodoh kamu. Jenazah yang sudah diusung di dalam keranda dan dibawa ke kuburan, masih dipertanyakan hidup atau matinya. Tentulah dia sudah mati bodoh!"

Si lelaki sangat kesal berteman dengan Syannun kerana dianggap terlalu bodoh dengan bertanyakan hal yang pelik-pelik.

Setelah beberapa hari berjalan, mereka sampai di rumah si lelaki yang bertemankannya. Dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Tabaqah. Lalu diceritakannya kepada anak itu bahawa lelaki yang ditemankannya itu bernama Syannun dan sangat bodoh kerana menanyakan sesuatu yang pelik-pelik belaka.

"Apakah yang dia tanyakan?" tanya Tabaqah kepada ayahnya

Lalu lelaki itu menceritakan kepada anaknya perkara-perkara yang ditanyakan oleh Syannun dari awal hingga akhir.

"Wahai ayah! Dia sebteulnya bukan bodoh tapi cerdik." kata Tabaqah. "Orang macam itu kamu kata cerdik." bantah ayahnya

"Betul ayah. Sebetulnya apa yang dia cakapkan kepada ayah itu betul belaka."

"Apa yang betulnya?"

"Saya akan menerangkan kepada ayah maksud pertanyaan-pertanyaannya itu." kata Tabaqah

Lalu dia menerangkan kepada ayahnya maksud semua pertanyaan yang diajukan oleh Syannun. Yang pertama: "Apakah engkau yang akan membawaku ataukah aku yang akan membawamu?" Maksudnya: "Apakah engkau yang menjadi penunjuk jalan atau aku?"

Yang kedua: "Wahai si lelaki! Apakah tanaman ini sudah dimakan atau belum?" Maksudnya: "Apakah pemiliknya sudah sibuk mengira harganya?"

Yang ketiga: "Wahai lelaki, apakah jenazah itu hidup atau tidak?" Maksudnya: "Apakah jenazah itu ada meninggalkan keturunan yang akan mengingatinya nanti?"

Lelaki itu terpinga-pinga mendengar keterangan dari anak perempuannya. Lalu dia keluar menemui Syannun dan meminta maaf.

"Wahai Syannun! Aku memohon maaf kerana telah memperli dan menganggap engkau bodoh. Sekarang baru aku tahu akan maksud pertanyaanmu selama perjalanan itu." kata si lelaki.

"Dari mana engkau tahu?" 

"Dari anak perempuanku."

Syannun percaya bahawa orang yang memahami akan maksud dari pertanyaannya tentu orang cerdik. Maka dia merasakan telah menemukan wanita cerdik untuk calon isterinya. Maka diapun meminang Tabaqah dari ayahnya dan berkahwin dengannya.

"Tabaqah memang sesuai sebagai isteri Syannun, kerana dia wanita cerdik juga." kata kaumnya 

~selamat membaca~


Petikan 1001 Himpunan Kisah-kisah Lucu

wordless wednesday 3%~~~~~~downloading

~~FAMILY GATHERING~~
(after kenduri)

~~ais kacang cendol RM1.50~~

~~kuew teow goreng RM 2.70~~

~~this is me~~
(hahaha just kidding, my "daughter" kak ya)

~~her mother~~

~~enjoyed and love it. yummy~~

~~my youngest sister~~

~~View Incomplete of My Family~~~

actually not complete yet cause my oldest 
brother and his wife not hanging with us.
And also my sister and her husband
(busy working both of them)

~~where am i?~~
guess what

~thanks for reading~

Malunya~~~

Peace upon you all muslim people and also~~~
Hello to all non-muslim people~~~

Kyra baru balik dari hantar adik ke sekolah. lepas hantar tu Kyra pegi la bank nak bank-in duit abang Kyra. Da lma xmasuk bank kt tempat Kyra. Apatah lagi bila keadaan bank tue mmg da lain gila. Jadi bila masuk agak macam orang termangu-mangu bak kata orang penang "dok buat lagat cempera dia". Kenapa Kyra kata camtue ea..?? 

Firstly Kyra masuk macam besa nak g cari borang yang kita nk deposit duit. Dalam dok cari-cari borang tu kena tegur dengan pak guard situ. 

Pak guard : Nak cari pa?

Kyra : Saya nak cari borang untuk deposit duit.

Pak guard : Ohh untuk apa? Deposit ka? Yuran ka?

Kyra : Saya nak deposit duit untuk abg saya.

Pak guard : Kalau camtu amik ja nombor g tunggu giliran. Sekarang ni kami da xpakai sistem isi borang kalau untuk deposit. Semua g kt kaunter sana.

(Panjang lebar penerangan pak guard tu, orang baru tak pernah nampak lagi hmmm. Rupa pun leh tahan)

Kyra : Tima kasih encik

Teguran pertama xpew ag.

Ok lepas nombor giliran diambil, baru ja nak panaskan bontot da kena panggil nombor giliran Kyra. Time tu orang xramai so mmg pantas nak settlekan urusan.

Dengan muka xbersalah sambil blur-blur, dalam hati: "camnew nak bank-in camnie?" Dup dap jew hati ni da la akauntan lelaki. Kalau pompuan xpew ag.

Akauntan : Yer cik, pew ley saya bantu.

Kyra : Saya nak deposit duit.

Akauntan : Kat sape tu cik nk deposit?

Kyra : Kat abg saya.

Akauntan : Ok, pa nama dia?

Kyra : Ismazizi

Akauntan : Nombor akaun?

Haa time tue kyra da gelabah, kelam kabut bawa kuar handphone cari nombor akaun abg. Yang si akauntan tu da tersenyum - senyum. 

Kyra : Kejap yer encik. Umm nak tanya kat sini memang tak isi borang da ke?

Tersengih-sengih akauntan tu sambil menerangkan.

Akauntan : Kami kat sini memang tak guna borang da. Just masukkan nombor akaun. Sistem baru sekarang ni. Cik nie asal mana? Tak pernah masuk bank ni ke??

Ewah-ewah sedap mulutnya berkata: "Kyra xpnah masuk bank ni?" 

"Kalau nak taw Kyra da keluar masuk bank ni sejak sekolah menengah ag taw. Kamu pekerja baru memang tak pernah nampak Kyra." Geram Kyra dalam hati. Bila dah jumpa nombor abg xkan nak kasi handphone kat dia? Cakap sudah la

Kyra : Haa nie nombor dia..bala..bla..bla..

Akauntan tu pon taip-taip sambil tersengih-sengih. Geram tengok pekerja baru ni. Nak sedapkan hati Kyra jawab soalan dia tu

Kyra : Asal orang sini gak. Tapi xpnah bank-in kat sini selalu kat Bagan Serai. Yang tu isi borang punya. Agpn saya tengah cuti belajar so memang da lma xdeposit duit.

Akauntan : Ohh kami dah tak bank-in cara tu. Sekarang nie sistem baru. Belajar katne?

"Berlagaknya." Getus Kyra dalam hati

Kyra : Behrang

Terdiam gak laki tu. Tapi dalam hati Tuhan je taw betapa malunya Kyra time tue. Selamat xterjatuh da la pakai kasut licin lak.

Tue teguran yang kedua huhu

Ini padahnya bila da lama xmasuk bank. Sekali masuk bila da baru  n cantik n sistem lain termangu-mangu kepala. Tapi akauntan tu memang nampak muda? Ahh biarkanlah. Yang penting muka ni juga yang malu tapi cover lagi :p

Thanks pada sesiapa yang baca entry xbest nie :D

~selamat membaca semua~ 

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, mari kita renungi peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah.

RINGKASAN PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

1.Sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah (Penutup Segala Nabi)". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


2.Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):


Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyakdua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;


Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).


Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).”


Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”


Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.”


Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang makan riba.”


Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. 
Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.” 


Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela & menghinakan) orang.”


Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”


Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, “Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.” 


Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.” 


Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail, “Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.


Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.


Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.


Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH,WAL-HAMDULILLAH,WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah : Ya Muhammad.


Rasul : Labbaika


Allah : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.


Rasul :Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.


Allah : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya (pahalanya) sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


~selamat membaca~

21 TANDA HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

21 TANDA HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR


  1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
  2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
  3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
  5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
  6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
  7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
  10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
  12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
  14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
  16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
  17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
  18. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
  19. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
  20. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  21. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Tuesday, June 28, 2011

FADHILAT BISMILLAH

FADHILAT BISMILLAH


  1. Allah memerintah malaikat mencatal amal manusia yang membaca Bismillah sebanyak 400 kebaikan.
  2. Membaca 21 kali ketika hendak tidur, akan aman daripada syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.
  3. Membaca ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang cerdas, terbuka hatinya, serta menjadi anak yang salih dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
  4. Membaca 41 kali ke telinga orang pengsan, boleh memulihkannya segera.
  5. Membaca 313 kali dan selawat atas Nabi 100 kali pada hari Ahad pada saat matahari terbit dengan menghadap kiblat, akan mendapat rezeki tidak terduga.
  6. Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air Ialu diminumkan orang yang bebal selama tujuh hari pada saat matahari terbitakan lenyaplah kebebalannya.
  7. Membaca 50 kaIi di hadapan orang zalim, akan tunduk atau takutlah orang zalim itu.
  8. Menulis 61 kali kalimat dengan huruf Arab di atas kertas putih, lalu sisipkan ke perut perempuan hamil, insya-AlIah hidup anak yang dikandung itu,
  9. Membaca 786 kali di hadapan dagangan lalu dihembuskan selama tujuh hari, insyaAllah maju dagangannya (perniagaannya).



P/S : Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah.
Jadi kalau berbuat kenalah iklas hati :))


~selamat membaca~

jom santai bersama KISAH LUCU

MENGUJI CALON SUAMI

TERSEBUTLAH kisah seorang wanita cantik bernama Mawiyah binti Afzar yang hidup di tanah Arab. Selain cantik, Mawiyah juga terkenal sebagai gadis cerdas akalnya dan dari keturunan bangsawan, Ramai lelaki yang datang meminangnya, namun Mawiyah tidak mahu memilih calon suaminya sebelum menguji kecerdasan dan latar belakangnya terlebih dahulu.

Suatu ketika, tiga lelaki dari keturunan bangsawan dan hartawan datang meminangnya. Mereka itu adalah HatimAt-Ta'i, An-Nabighah dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai lelaki dari suku kaum Nabit. Kepada ketiga-tiga lelaki itu, Mawiyah menyuruh pulang dan membuat syair tentang keagungan diri masing-masing. Setelah itu barulah datang lagi untuk membacakan syair-syairnya. Maka ketiga-tiga pun pulang untuk menciptakan syair yang paling baik sambil menyembelih unta sebagai kesyukuran.

Mawiyah yang cerdik akalnya itu memakai pakaian hodoh seperti orang tua lalu keluar menuju rumah ketiga-tiga lelaki yang meminangnya tersebut dengan menyamar sebagai pengemis.

Mula-mula dia datang ke rumah lelaki dari suku kaum Nabit untuk mengemis. Tidak ada sesiapapun yang menyedari akan perkara itu.

"Tuan berilah saya sedikit makan untuk mengalas perut." kata Mawiyah ketika samapi di rumah lelaki suku kaum Nabit.

Lelaki Nabit lalu memanggil hadamnya dan menyuruhnya agar pengemis itu diberi sedikit tulang-tulang unta sembelihan. Mawiyah yang menerima pemberian itu dengan suka hati dan mengucapkan terima kasih.

Kemudian dia pergi pula ke rumah Nabighah sambil meminta sedekah.

"Tuan berilah saya sedikit makanan." kata Mawiyah.

"Siapa kamu?" kata Nabighah.

"Saya seorang fakir yang tidak punya apa-apa."

Tanpa berfikir panjang, Nabighah mengambil ekor-ekor unta yang disembelihnya dan diberikan kepada si peminta sedekah itu.

"Terima kasih." kata Mawiyah lalu pergi.

Terakhir Mwaiyah pergi ke rumah Hatim At-Ta'i yang sedang sibuk mengadakan persediaan untuk kenduri.

"Tuan berilah saya sedikit makanan." kata Mawiyah

"Siapa engkau ini?" tanya Hatim At-Ta'i dengan lemah lembut

"Saya seorang fakir dari kampung anu, datang untuk meminta sedekah. Berilah saya sedikit makanan." jawab Mawiyah.

"Baik, kamu tunggu sekejap. Aku akan carikan daging baik untuk kamu." kata Hatim.

Dia pergi ke dapur dan mengambil daging yang terbaik dari unta yang disembelihnya dan kemudian diberikannya kepada peminta sedekah.

"Terima ini." kata Hatim At-Ta'i

"Terima kasih tuan." kata Mawiyah

Setelah berhasil mendatangi rumah ke tiga-tiga yang meminangnya, Mawiyah pulang membawa hasil "mengemisnya" dengan gembira. Tulang, ekor dan daging yang didapatinya dari meminta sedekah itu dimasaknya lalu disimpan dalam bekas secara berasingan.

Pada masa yang ditetapkan, ketiga-tiga lelaki itu datang ke rumah Mawiyah untuk memperdengarkan syair gubahan masing-masing

Mula-mula Mawiyah mempersilakan Nabighah agar membacakan syairnya. Nabighah berdiri sambil membaca syair yang memuji dirinya sendiri:

Cuba kau tanya kepada suku Dzibyan
mereka tentu tahu, siapa aku
siapa keturunanku
kuhamparkan semua hartaku
sama ada teman atau seteru
semua datang menyerbu
semua merasa juadah dan lauk sedap

"Kau memang baik dan semua orang datang mengerumuni kerana kamu umpan mereka dengan makanan dan lauk yang sedap." komen Mawiyah.

Kemudian lelaki Nabit maju memperdengarkan puisinya:

Wahai Mawiyah
sudahkah kau merisik tentang diriku
dan apa yang aku buat?
di saat-saat manusia kelaparan
aku hamburkan hartaku kepada mereka
semua mendapat bahagian
walaupun yang datang tidak berbilang

"Engkau hanya mengarut belaka. Bicara kosong." kata Mawiyah setelah mendengarkan syair lelaki kaum Nabit.

Akhirnya Hatim tampil membawakan syairnya: 

Wahai Mawiyah yang jelita
lama sudah ku merinduimu
namun banyak penghalang yang merintang
wahai Mawiyah!
yang namanya harta, hanyalah sementara
sekejap ada esok lenyap
ia bukan senjata bagi anak muda

Mawiyah tidak memberikan komen apa-apa terhadap syair Hatim ini. Sebaliknya dia hanya mengarahkan kepada pelayannya agar menghidangkan bahagian-bahagian unta hasil mengemisnya yang telah dimasak itu. Sebelumnya, Mawiyah telah mengajar si pelayan kepada siapa tiga mangkuk itu dihidangkan.

Apabila Mawiyah ,asuk, pelayan datang membawa hidangan tiga mangkuk. Sup tulang dihidangkan kepada lelaki Nabit, ekor unta dihidangkan kepada Nabighah dan Hatim mendapat bahagian daging paling bagus.

Bukan alang kepalang terkejut si lelaki Nabit dan Nabighah, apabila melihat pada mangkuk yang dihidangkan kepadanya. Kerana ternyata hidangan itu adalah barang yang mereka berikan kepada pengemis semalam. Barulah mereka sedar bahawa yang datang semalam itu adalah Mawiyah yang menyamar menjadipengemis tua. Kedua-dua tertunduk malu. Sementara Hatim senyum-senyum dan kagum akan kecerdikan si Mawiyah.

"Sungguh Hatim itu lebih baik dari syairnya." kata Mawiyah sambil melirik kepada Hatim tanda setuju bersuamikan dia. Kedua-dua lelaki lain hanya dapat menggigit jari saja.

~selamat membaca~

petikan 1001 Himpunan Kisah-kisah Lucu

TIGA MUSUH MANUSIA: DUNIA, SYAITAN DAN NAFSUNYA

TIGA MUSUH MANUSIA: 
DUNIA, SYAITAN DAN NAFSUNYA

Berkata Yahya bin Muaz al-Razi: "Musuh manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan nafsunya. Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud (menjauhkan diri daripada keduniaan), berlindunglah daripada syaitan dengan melawan kehendaknya dan berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwat."


Beliau juga berkata: "Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa) iaitu makan sekadar untuk menguatkan badan, bicara seperlunya, mengurangi tidur dan menahan cercaan orang lain." Menurutnya, dengan sedikit makan, syahwat untuk melakukan perbuatan hina dan mungkar akan luput, bercakap yang seperlunya akan menghindarkan segala bencana dan bersabar menahan cercaan orang akan memudahkan tercapai cita- cita.


Berkata Abu Yahya al- Warraq: "Barang siapa merelakan anggota- anggotanya dipengaruhi syahwat bermakna dia telah menanam pohon penyesalan di hatinya." Jaafar bin Humaid pula berkata; "Para ulama telah bersepakat bahawa kenikmatan di akhirat tidak akan tercapai kecuali dengan meninggalkan kenikmatan di dunia." Wuhaib Ibnul- Ward: "Barang siapa lebih menyintai syahwat di dunia, maka hendaklah ia bersedia menuju kehinaan."




~selamat membaca~

Monday, June 27, 2011

saya nak join bloglist ilasuhaila

SAYA NAK JOIN BLOGLIST 

ILASUHAILA


as'salam semua para blogger yang datang jenguk blog kyra serta shout kt box tue hehe..
rinie kyra xposkan sebarang entry juz entry santai pagi..
coz kul 7.25 ptg/mlm bru sampai umah..
fuhhh gila penat..!!
menyelesaikan segala urusan..

ok stop cakap..kita berbalik n tajuk kita iaitu..??
sila baca kt atas hehee..



firstly kyra be honest..kyra takut nk join bb
kyra bakal pulang semula ke politeknik untuk sambung blaja
sekarang nie tgh cuti..
t kyra da xdpt online..
share-share entry then yang datang jenguk ag..
memang hati nie rasa serba salah sungguh..
politeknik kyra berada di kawasan yang agak kt hutan gak la..
line situ teruk mmg payah nk online..
40% jew bagi kyra kalo nk bukak blog..
lagi brapa ari ag kyra nk have fun n blog..
sedihnya sebab blog kyra mungkin bakal bersawang + berdebu huhuhu

itu sahaja

thanks pada sesiapa yang bca entry ini~~~

santai pagi isnin bersama KISAH LUCU

BENTENG UNTUK MENAHAN 
MALAIKAT

PADA zaman dahulu ada seorang raja yang berkuasa. Pada suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali muncul secara tiba-tiba. Lelaki tersebut adalah malaikat Izrail yang datang untuk mencabut nyawanya.

"Hei siapa engkau ini?" tanya raja

"Saya malaikat maut, datang untuk mencabut nyawamu." jawab lelaki tadi

"Alamak malaikat maut. Aku memohon padamu agar menangguhkan kematian ini. Berilah aku tempoh masa selama tujuh tahun agar aku dapat membuat persediaan untuk mati." kata si raja

Allah memberitahu malaikat itu bahawa permohonan si raja dikabulkan. "Baiklah, permohonanmu diluluskan. Aku beri tempoh engkau tujuh tahun." kata malaikat maut lalu pergi

Raja yang sudah ketakutan itu segra memerintahkan kepada wazirnya agar dibuatkan sebuah benteng yang sangat kukuh. Disebelah belakangnya digali tujuh parit dalam, di sekelilingnya dipagar dengan tembok yang tebal. Pintunya dibuat daripada besi yang dipateri pula dengan timah. Di dalamnya benteng yang sangat kuat kukuh dan tertutup itu, dibangun pula sebuah gedung yang besar dan kukuh dengan pintu dan kawalan yang sangat sukar diceroboh. Di dalam gedung kuat yang dilindungi dengan benteng kukuh itulah si raja akan bersembunyi dari malaikat maut. Apabila selesai, si raja masuk ke dalam gedung itu dengan membawa semua keperluan hidup sepanjang masa.

"Jaga pintu ini baik-baik dan jangan benarkan sesiapapun masuk ke dalam benteng ini but selama-lamanya. Tak ada seorangpun dibenarkan menemui aku." pesan raja kepada penjaga pintu dan para pengawalnya.

Apabila sudah sampai masa tujuh tahun, malaikat datang menjumpai si raja yang sedang bersembunyi di dalam benteng itu. Dia sangat terkejut apabila tiba-tiba sang malaikat maut muncul dihadapannya.

"Dari mana engkau datang? Bagaimana engkau masuk ke dalam ini? Dan siapa yag membenarkan engkau masuk, hah..??" tanya raja ketakutan

"Aku dimasukkan oleh si penjaga gedung ini." jawab malaikat

"Khianat." kata raja dengan marah.

Lalu dipanggilnya penjaga pintu dan tentera yang berkawal di luar.

"Bodoh semua! Mengapa kamu benarkan orang ini masuk?" kata si raja sambil menengking para pengawalnya.

"Kami tidak melihat sesiapa yang datang sini apalagi membenarkan masuk. Kami berani bersumpah. Pintu benteng selama terkunci dan kuncinya pula tetap ada pada tempatnya." jawab para pengawal.

"Ketahuilah wahai raja," kata malaikat maut. "Pemilik gedung ini tidak dapat dihadang denagn pagar-pagar besi, tembok batu yang kukuh atau parit-parit pengamam yang dalam, Dia(Allah) bebas menghantar utusannya ke mana sahaja."

"Kalau begitu, untuk apa engkau datang kepadaku lagi." tanya raja yang sudah gementar itu.

"Ya, untuk mencabut nyawamu."

"Sudah tidak boleh ditangguh lagi?"

"Tidak boleh. Aku mesti mencabutnya."

"Kemana aku akan pergi jika rohku telah engkau cabut?"

"Engkau akan pergi ke rumah yang telah aku bina untukmu yang lengkap dengan segala alat-alatnya."

"Apakah aku akan mendapat rumah baru?" tanya raja


"Ya." jawab malaikat

"Di mana rumah itu." tanya raja lagi

"Di neraka yang dapat menghancurkan kulit kepala, yang memanggil orang-orang yang membelakang dan yang berpaling dari agama, serta mengumpulkan harta lalu menyimpannya(tidak menafkahkannya ke jalan Allah)." jawab malaikat

Raja bertambah gementar dan sekujur tubuhnya keluar air peluh. Dia jatuh pengsan dan malaikat mencabut nyawanya ketika itu juga lalu pergi.

Moral of the story here : 
Selagi nyawa dikandung beramallah sebanyak yang mungkin tidak kira berbagai cara kerana apabila sampai tiba ajalnya, sudah tidak mampu ditangguhkan lagi.

p/s : Raja tu siap dapat minta tangguh mati lagi. Kalau kita korang rasa dapat tak tangguh kematian???

~~selamat membaca~~

petikan : 1001 Himpunan Kisah Lucu


Sunday, June 26, 2011



SELAMAT MALAM
PARA BLOGGER
yang mana jenguk blog kyra
kyra pasti akn jenguk blog korang semua semula..
jadi kyra minta sgt link korang kna btoi3..
bb da setengah kyra xdpt detect n xdpt visit..
(terpaksa give up awal-awal mata xizinkn berjaga )

HUJAN~~

Masih ada beberapa jam lagi dan secara tetiba kyra mendapat idea untuk update entry seshort yang mungkin hehe. Tajuk entry rinie sal hujan~~
Ok kalo tengok maksud hujan ialah titisan air yang jatuh(bahasa rojak). 
Kalo bahasa sains -titisan air hujan yang mengewap lalu naik ke langit membentuk awan lalu turun sebagai hujan(hentam ayat saja).

Ok, selain itu kita pernah dengar orang panggil hujan rahmat. Hujan yang Allah turunkan dari langit membasahkan bumi yang kering kontang.

Tahu tak kalau hujan turun dengan lebat, tujuh pintu langit akan terbuka maka apa yang kita doakan ketika itu para malaikat akan mendengar serta akan dimakbulkan oleh Allah. Selain itu, ketika kita menunaikan solat hajat jua akan ditunaikan. Tetapi perlulah dengan tatatertib penuh dengan sopan.

Entry akan datang kita belajar cara berdoa dengan btoi yer hehe. tapi kyra rasa semua mesti da tahu kan:))
Takpe kyra still kongsikan~~~

FADHILAT dan HIKMAH AL-AHQAAF

Sementara nak menunggu berbuka kyra ingin kongsikan lagi fadhilat membaca surah-surah yang terdapat di dalam Al-quran.

SURAH AL-AHQAAF

SURAH Al-Ahqaaf ialah surah yang ke 46 di dalam Al-Quran, mengandungi 35ayat, diturunkan di Makkah.

Dinamakan surah Al-Ahqaaf kerana di dalamnya menceritakan kisah kaum 'Aad (penduduk lembah Al-Ahqaaf) yang telah dibinasakan oleh Allah SWT kerana kekufuran mereka mendustakan agama Allah yang disampaikan oleh Nabi Hud a.s.

Allah SWT menceritakan kisah ini untuk menjadi perbandingan terhadap umat manusia, terutama kaum musyrikin yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW: demikian juga contoh kerasulan di antara anak yang salih dan taat dengan anak yang ingkar, derhaka kepada ibu bapa dan Tuhan mereka.

Diterangkan juga sifat-sifat anak yang salih, yang mendoakan kebaikan kedua ibubapanya, di samping bersyukur akan segala nikmat Allah. Amal salih hendaklah terus menerus dikerjakan bagi mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadikan sifat-sifat kebaikan meresap hingga ke jiwa zuriat keturunannya. Akhirnya diterangkan pula sifat-sifat anak yang derhaka dan balasan Allah terhadap mereka.

Surah ini adalah satu daripada tujuh surah sederet di dalam Al-quran yang dimulai dengan "Haa Miim." Fadhilat surah ini; pada hari kiamat kelak surah ini akan berusaha agar mereka yang membaca dan menghayati surah ini tidak akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Khalil menyatakan bahawa di dalam Al-quran terdapat tujuh surah yang dimulai dengan "Haa Miim"(diakhirat kelak) akan datang setiap pintu neraka Jahannam dan memohon kepada Allah: "Ya Allah! Janganlah Engkau masukkan(ke dalam neraka ini) orang yang percaya dan membaca aku."

~selamat membaca~


thanks kepada sesiapa yang sudi membaca:D
KYRA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH BYK2 PADA SESIAPA YANG MEMBACA ENTRY KYRA..KYRA TERPAKSA OUT SEBAB UJAN LEBAT+GURUH YG KUAT..UNTUK ELAKKN SEJARAH BERULANG iaitu MODEM MELETUP+BERASAP...

PENCURI tapi bersifat seperti...........???~~~~

fuhhhh~~
siap gak uat keja sumew..
ase xsabar nk berbuka jap ag...
kenapa ea kyra xsabar..
nie sebab kyra nk makan lauk FAVERET kyra..!!!
yeayy..!! mengalahkan orang yang mengandung...
nk uat cmnew da tingin sangat hehe..
kalo tak dapat batu belah batu bertangkup kyra menuju(poyos sungguh huhu)..
time dok tengah masak sambil bau-bauan betul-betul menggoda iman nie(sabar wahai kyra)
mak pown dok kata: " haihh bau rumah nie da macam bau orang dalam pantang".
abaikan..janji dapat makan wahahaha(nafsu makan hampir mula bertakhta mengucap3 sabar)

pas selesai masak basuh pew sume..
kyra pon dok sambil rehat sambil menjenguk blog n fb n tv n adik kyra..
kira nya uat 3 in 1 la nie..
agpun fb pon juz bukak if dapat komen..komen la..
malas ase nk komen ngomen rinie..
otak beku jap..
time tue citew Mami Jarum dok tengah tayang..
tgh babak dok Rita Rudaini n Rosnah mat Aris dok tayang barang kemas...

masa tue kyra terpikir..
Zaman skarang nie kalo orang nk mencuri sanggup kerat tangan...
xkira dosa da janji duit..!!!
n bila kita pikir2 lik kan..??
bukan kah salah satu hukum hudud pernah mengatakan..
kalo kita mencuri kena potong tangan..
tp nie terbalik kot lak..kita yang curi barang orang, kita gak yang kerat tangan orang..
pastue kalo xkerat da la curi..g lak rogol..
fuhh zaman sekarang nie memang terbaik..!!
macam nak menuju ke zaman Jahiliyah balik pon da
(maafkan kalo mulot laser)

bukan suka-suka kyra nak cakap camtue...
da sebabnya..
meh cini kyra citew kn kt korang...
tempat kampung kyra nie banyak warga emas yang dok sorang-sorang..
anak-anak sumew jauh..
kalo laki tue mungkin xpew ag..
tapi kalo pompuan yang berumur tue kesian gak...

Al-kisahnya disini
(citer nie kyra dgr dr mulut ayah kyra)
terdapat seorang nenek yang agak berumur dok memang betoi2 jauh dari umah kyra
naik bukit n turun bukit(serius dan tak tipu)
nenek nie dok sorang-sorang...
xmo dok n anak(orang tua memang camtue)
nak kta harta karun emas, duit kertas banyak tue pown  tak jugak...
tapi da orang kata kalo nak jadi malang..
time tengah malam kes curi nie terjadi
masa nenek tue sedang tgh sedap3 tido..
da seorang pencuri nie masuk ke dalam rumah..
nenek tue terjaga sebab terdengar bunyi bising..
lalu turun bawah nk tgk pew dia..
mn taw kucing kew..tikus kew...bnda jatuh kew kan..??

pencuri tersebut mungkin tersedar..
then dia nyorok dr nenek tu, bila orang tua tu lalu depan dia..
si pencuri tue cekup n ikat nenek tu..
pas ikat pe sume..
si pencuri tue pown cari barang-barang kemas n duit...
xpew la da curi barang tue
yang penting nyawa kita selamat..
duit ley cari..nyawa hanya sekali..
tapi itu bukan ceritanya..

ceritanya bila..

 apabila syaitan menghasut n nafsu menguasai diri..
si pencuri tue ROGOL nenek tu..!!??
perangai pe camnie..??!!
da la nenek tue xlarat..
g rogol ag..!

"ko manusia ke ko binatang..??!! orang tua tu pon ko nak rogol"
(ayat puaka da kuar)

keesokkan paginya..
riuh satu kampung sal benda nie..
nenek tue dimasukkan dalam hospital..
mengucap dengar...
sambil tue dalam hati sumpah seranah orang tue
  kalo pompuan muda boley la kita kata pantang nmpak pompuan muda..
nie orang tua oi...nak bangun pon xlarat..
nafsu pon dia da xdew..

itula terjadi bila nafsu menguasai diri
syaitan bertepuk di belakang bersuka ria sebab da bjaya sesatkan sorang ag kaum Adam..

semoga Allah memberi balasan yang setimpal padanya..
Amin...

jadi pew yang kyra nk cakapkan kt cini..
kalo kita pkai barang kemas ke..zhulian ke..celup ke..
xpayah la nk pakai byk2..
nenek nie pon bukan jnis kaki menayang pon kna curi gak..
n kalo ley tu bila mak n ayah kita da tua xlarat..
jaga la dorang..kalo jd cmnie..x ke kesian..??

thanks pada sesiapa yang sudi baca entry yang xbest nie :D