Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Tuesday, May 31, 2011

"Kenapa aku berblog ?"

arinie kyra nk join segmen nie hehe..


kalo korang nk taw selanjutnya..
juz klik pd ayat itu or cik nelly

ummm...
soalan cik nelly
mmg soalan cepu mas...
huhuhu napew yer kyra berblog..??
  1. sebab pertama tentulah daya tarikan dari kawan tgk mcm seronok n blog nie..
  2. sebab kedua lak kyra suka bca ttg info n maklumat para blogger smpaikan
  3. sebab ketiga kyra nk cri kwn dlm blogger nie even kyra taw entry kyra kdg2 xmnarik perhatian sgt hehe
  4. sebab keempat kagumi blogger yang da blog yang cute-cute n cantik-cantik hehe
  5. sebab kelima kyra dapat tgk pendapat yang diberikan oleh para blogger thadap suatu entry even bukan dr entry kyra hehehe..
ok..!! itu saja =)

nk tag kan pada tiga orang nie hehe

tarikh tutup 
17 june 2011

FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB

as'salam..
rinie..
kyra da berkira-kira bapew ari bulan..
haa cm dak kecik lak kira arinie ari pew..bulan bapew..
nk taw..??
kalo nk taw sebabnya t kita da nk masuk bulan REJAB...
pas REJAB pew mrid3..??
SYA'ABAN...
pas SYA'ABAN..??
RAMADHAN..

~sekadar hiasan sahaja~

ag dua bulan nie..
da xlma kita nk nyambut ramadhan kn..??
jd kyra ingt sebelum smpai bulan RAMADHAN nie..
pew kta kita berbuat amal wktu bulan REJAB..
bukan pew..byk fadhilat dalam bulan REJAB..
pew dia tue..??
 fadhilatnya ialah 

FADHILAT dan KELEBIHN BERPUASA DI BULAN REJAB

napew cmtue...??
sebab bulan rejab nie BULAN ALLAH
amat besar fadhilat bagi kita berpuasa di bulan ini..
nk taw..??

  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. 
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, 
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. 
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur. 
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. 
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. 
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya. 
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim. 
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun. 
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun. 
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. 
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. 
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

haa yang nie lak.. 

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN REJAB, SYA'ABAN dan RAMADHAN 

  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. 
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 
  3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 



yang nie lak...

AMALAN BAIK YANG DILAKUKAN DALAM BULAN REJAB

  1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 
  2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 
  3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
  4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
  5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 
  6. Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: 
  7. Israk dan Mikraj (27 Rejab) 
  8. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 
  9. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

betapa indah kan bulan rejab ini..
sebab Allah memberi peluang kepada umatnya untuk
melakukan amal ibadat bertaubat dan sebagainya..

itu sahaja yang ingin kyra kongsikan rinie 
hehee
thanks pada sesiapa yang sudi membca yer =)

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

dalam dok uat keja..
kyra sempat ag curi-curi tulang ish3..!!!
pew nk jadi nie..
ok..xperlu byk cakap ag..
smenetara tgh curi-curi tulang kyra tgk blog Nisa Kay
yang kyra mmg follow dia da hehe..

tetiba da GA..
jd tergerak ati ingin join..
hnya mencuba hehe...
ok..
firstly klik pada banner nie kalo nk taw terns and condition hohoho..

banner mid-year GA

seterusnya..
penaja-penaja ini ialah

(sponsor bertambah ag)

sebelum terlupa..
kyra nk tagkan kepada rakan kyra


TARIKH TUTUP ialah

6 Jun 2011


da rezeki xkemana..
kyra mcuba sebaik mungkin :)
SETTLE..!!

Monday, May 30, 2011

BLOGLIST CAHAYA AZYLA

as'salam..
ketika tgn ku terlincah-lincah menaip sesuatu didepan muka lappy..
ketika sedang menunggu web lain loading..
ketika itu mata ku tertatap pada satu blog ini..
iaitu bloglist Cahaya Azyla..
mata ku mula meliar-liar membaca setiap inci perkataan tersebut..
apabila selesai..
sila klik pada banner ini hehe

pstue kyra nk ngomen sket sebab-sebab kyra nk join bloglist nie :)
hmmm terpikir-pikir gak sebenarnya..
nk cari ramai follower kew..??
xla..cket pown ok gak bb kyra nie jrang update..student+ pstue dok kt hulu sket huhuhuhu..
nk jd top blogger pown da ati gak..hahaha(ish3 da ati rupanya)
cma kyra xmmpu mnyampaikan seperti para blogger lain smpaikan :)
jd niat kyra nk join bloglist nie juz nk cri kwn jew hehehe
sronok mmg sonok tgk blogger owg ramai follower...
tp tumpang sonok la..
yang pnting kyra  hepy n blog kyra nie n kwn3 y kyra knal spjg kyra aktif hehe
itu sahaja...

sebelum kyra lupa
(QUEEN OF FORGET)
mau tagkn nma pd kengkawan ehehe

da settle..!! hehehe 


MENGGODA MATA ku~~~~

jeng..jeng..jeng..!!!

petai bako

pucuk ubi rebus

jantung pisang rebus

sambal belacan+tempoyak..

jgn tertanya-tanya kenapa kua sumew ulam jantung pisang makan ati nie huhuhu
pendek citew kyra nie da ngidam sgt nk mkn sumew nie..
terutama..
bila cicah n sambal tempoyak..
fuhhhh,..(telan air liur sebentar huhuh)
orang kampung tetap orang kampung..
kyra makan sumew jnis ulam yang da..
kecuali yang xpnah makn jew la..
tgh nk mcuba ag nie uhuhu
bak kta orang dulu3..
makan ulam nie elokkkk...
awet muda..untuk penyakit kencing manis n mcm2 ag...

haihhh bila la dpt makn sumew bnda nie...??
(mngalahkan owg ngandung sembilan bulan..!!)
makan bnda2 nie xpew ag...
ukan pew..jimat pon jimat..
kalo makan-makanan western tue..
lom tntu bdan sihat cmnew kita mkn ulam kn..??
kyra sumew bnda makan kyra bedal..
western kew kampung kew..?
jnji HALAL huhuhu,,
tolak batu n kayu jew..bb
perut xmmpu nk hadamm
hehe..
tgk jap skali ag..adehhh...
menggoda mata n perut nie huhuhuhu..
ok itu sahaja nk cakap..

thanks pd sesiapa yang sudi membaca :)
as'salam

COntest Best Photo Of Me

as'salam...
arinie..
kyra keja berjalan-jalan jew kt blogger owg hehehe...
almklum la..
bru nk start BW..
ritue bertapa jap hahaha..
ok..ok..ook..
enough talking kita terus g ke
subjek asal kita wahahaha...

rinie kyra nk join contest cik yana..!!!
huhuhu bru nk join...
mn xnya..nk join taku3...
(bkn kna telan pown huhuhu)


ok..
kalo nk taw term n syarat-syaratnya sila klik cini taw...
and then..
haa kyra nk upload gamba jap hehehe

jeng3..!!
(sediakan baldi untuk muntah)


buruk bebeno rupa..
ish3 ank sapew la nie...
da la UPSR xlpas hahaha..
lawak jew...

kyra suka gambar nie bb nmpak natural..
(malas solek..kyra bersolek stu jam..!! kalahkan pengantin..!!)
juz tggu family nk kuar g jnjalan hehe..
tp terkantoi tang buku UPSR adik haha..
so agk2 lau kyra kta kyra dak skolah rndah owg caya ..??
(MINAH PERASAN XABIS-ABIS..!!)

kononnya nie gmba nk jd muda la sob3..
padahal da tua bangka...!!
xla bangka sangat haha..
dalam lingkungan 20an ag kih3..

okey..
ps selesai berceloteh tang..potpet3..
kyra mau tagkan kepada 3owg rakan kyra =)

tarikh tutup
30.06.2011

hadiah-hadiahnya...
teramat lumayan bg para pmpuan..
laki pown ley gak..join la..ley kasi kt awek kew..
isteri kew hehee
kalo nk taw..?? haaa..
jom terjah..!!

(minta-minta dapat kih3)
aminnnnnnnn..

mangkuk tua kih3

as'salam...
pew kabo sumew..??
harap2 sihat wala'fiat..
haaa..
msti sumew tkejut kn
awat tetiba mangkuk yang terkuar dr entry kli nie..??


firstly cuba korang teka bapew umo mangkuk nie..??
jeng3...hahaha
agk3 dr pandangan korang la...
kyra xnk gtaw hahhaaha(gelak kejahatan)

ok la..atas berdasarkan hati yang baik
(PERASAN..!!!)
kyra gtaw umo mangkuk nie..
sebenarnya da berumo 13thun..
haa caya x..??
kna caya..!!
xcaya t kna rotan bru taw..!!
napew mangkuk nie lma..??
nie mangkuk sebelum adik kyra dilahirkan...
ikutkan umo asal mangkuk nie 13thun 1bln hahaha...
sebulan ja...
kecoh jew kyra nie...!!!
bluekkk..!!

skg nie umo adik kyra pown da 13thun..
sama jua n mangkuk dia..
kenangan nie..!!!
sebab pew..??
sudu n garpu set bg mangkuk nie ntah ilang ke mana ntah hahaha
pg n siang n mlm..
keja suap moi jew kt adik smpai da besar nie..
xpndang da mangkuk tue pown hahaha..
papew pown..
melihat pd mangkuk yang dulu bru..
nie pown da nmpak berketak3..
tua da mangkuk nie hehe...
barang lma kena simpan...
mn taw..t tua bangka cmnie
hahaha tunjuk kt adik kih3...
ok itu sahaja kyra nk kongsikan =)

thanks pada yang sudi membca ehehe

Sunday, May 29, 2011

~~siang malam~~

as'salam
hmmm...
nk tulis pew dicini yer...
ase3 kyra da mati akal jap huhuhu..
ntah la..
asyik menunggu owg call xpn jew dr smlm...
bila msg smlm lgsung xdibalas papew..
call tue conform la idak..
sejarah xmungkin akan diulangi ag....
 bila dapat msg..
rpanya tmpat lain..
ati nie ase3..
ntah la...
nk campak hphone..??
sayang..bli pakai duit..
nk marah..?
mmg la da sket...
sedih..??
tue mmg ag conform kn...
asyik mjaga ati owg...
ati sdiri pown xterjaga...
ase mcm xdhargai pown da gak..??
pew maksud MENGHARGAI..?
da kew owg phm mksud nie..???
kalo btoi msti dowg akn hargai...
nie x...
mengabaikan jew
pew yang da didepan mata seperti tiada jew...
tunggul kayu kew yang menunggu nie..?
xpn patung kt kdai2 baju..??
mungkin gak la...
kalo bkn tunggul..
psti akan dbalas segala msg xpun call la sket...
hehh..kalo call pown..xtaw nk cakap pew...
xmcm pasangan lain...
da jew yang nk dcakapkan...
pew maksud PASANGAN KEKASIH..??
nk bmanja...??
nk bermesra..??
tempat luahan perasaan..?
tempat bergantung..??
ataupun..
tempat nk mengisi kesunyian jew..??
ntah la...
payah tul nk phm...

aggp diri nie xpnah wujud pown
bgus gak kn di mata dia..??
at least..
 dia senang hati..
puas hati..

mn ag bgus...??
SINGLE ok..??
kew COUPLE..??
kew sama jew..??

kenapa perlu berCOUPLE..??
pew bestnyer berCOUPLE..??

dr COUPLE baik kawen kn..??
ag senang...
mmg la xley nk kepit slalu..
at least...
da mjadi halal...
nk kuar pown owg xpndang2 da..
lau pndang tue mgkin xtaw y pasangan tue da kawen...
haihhh..pew ayat la kyra tulis arinie...
karut marut tulll..
merapu merapan jew rinie...
hmmm..
as'salam

pew tue HANAMI ~(bagi yang tidak mengetahui)~

as'salam....
unutk mengubati kekecewaan kyra rinie..
kyra nk post sal sakura atau hanami..
pew benda la kyra dok merapu n merapan dicini kan..???
PANG..!!!
tampar pipi bagi terjaga sket...

ok sebelum kita nk bercerita sal hanami nie...
kyra cerita sket sal bunga sakura...

cmnew ley dapat nma Sakura nie..
disebabkan merujuk kepada pokok hiasan ceri di Jepun..
jadi dalam erit kta lain kalo dalam bahasa Jepun...
namanya Sakura ( さくら )..
atau nma saintifiknya ialah Prunus Serrulata...
lebih kurang dlm family prunus avium(sweet cherry) 
dan prunus cerasus(sour cherry)...
selain itu..
keindahan bunga Sakura selalu dinikmati oleh 
pelbagai negara Asia..
seperti jepun dan China..
di samping itu..
keindahan bunga sakura juga smentara waktu..
dan ia hnya mekar ketika bulan April iaitu musim bunga Sakura..


ok..!! da settle citew serba sedikit sal Sakura..
bru la kita masuk sal bb Hanami...

Hanami atau Pesta Melihat Bunga Sakura 
telah wujud  sejak zaman Nara (710-794) lagi...
fuiyohhh..lma sungguh..
dan bila tiba pula pada zaman Heian(794-1185)..
bunga Sakura telah banyak menarik perhatian 
dikalangan-kalangan maharaja dan bangsawan..
betapa uniknya bunga Sakura ini huhuhu...

walaubagaimanapun..
kepercayaan orang jepun terdahulu ini terlalu mendalam sehingga..
bagi mereka..
terdapat tuhan yang idup dalam pokok bunga ini...
lalu membuat tawaran untuk penghasilan Sake(arak)
 apabila zaman sudah mulai berubah...
terdapat kepercayaan di kalangan remaja bahawa 
ketika bunga Sakura yang mekar dan gugur ketika cantik
adalah sama jua seperti manusia yang mati 
ketika umur yang masih muda...
oleh itu..
ketika pada umur yang muda..
terdapat ramai remaja jepun membunuh diri 
ketika waktu muda bagi mengikuti cara bunga Sakura
disebabkan perkara begitu...
kerajaan jepun telah melarang remaja-remaja jepun membunuh diri 
kerana mengikuti cara bunga Sakura...

wahhh dasat sungguh la kepercayaan bagi orang jepun nie...
walaubagaimana pun...
pada zaman sekarang ini...
ramai orang jepun menikmati bunga sakura dengan berpesta sukaria..
tidak ada lagi kes bunuh diri seperti zaan dahulu kala....
bagi orang-orang tua..
mereka lebih suka menikmati Hanami dengan aman..
berbanding dengan orang muda yang suka bising-bising...


kecantikan bunga Sakura yang tiada kekal abadi..
akhirnya layu bakal layu jua ketika jatuh ke bumi..
jangan kita sebagai manusia mengikuti jejaknya..
kerana manusia hanya diberi satu nyawa untuk dihargai selagi mmpu...



diri ku tidak sempurna......

maafkan daku andai kta diri ini 
tidak dapat membahagiakan diri mu..

maafkan daku andai kata tidak dapat 
memberi segala keinginan mu..

maafkan daku andaikata tidak 
pandai mengambil hati mu...

maafkan daku kerana tidak 
pandai menjaga mu....

maafkan daku kerana engkau telah 
belajar membohongi daku...

disebabkan diri ku tidak sempurna 
seperti yang engkau cari....
jangan lah menyeksa diri ku....

kerana airmata ini yang akan 
sentiasa menemani ku disisi...

terima kasih~~~~

Saturday, May 28, 2011

my HOBI xsalah kn..???

as'salam...
setelah sebulan kyra mdiamkan diri..
akhirnya berubah gak rope blog kyra nie huhuhu..
huhuhu kyra akui y kyra nie sebenarnya minat sket lukisan-lukisan katun..
jd lau bnda kiut miut nie mmg hantu la...

n stu ag kyra nie mmg minat MELUKIS..
Ia adalah hobi paling sukar dikikis..
sebab pew..?
kyra melukis dr umo kyra 6thun ag...
caya x..??
kna caya..lau x kna rotan t..!!
(gurau jew taw haha)
tp mmg btoi...!!!
hobi kyra nie terbawa-bawa smpai ke remaja taw..!!
sapew xcaya kyra nk mnangis sambil guling44x..!!!

~hiasan semata-semata~

sudah berlambak lukisan katun kyra lukis...
sapew kta lukis nie xbagus..?
cepat ngaku..!!!
kalo lukisan xbagus mknanya pembinaan bangunan zaman yang da nie 
senget benget..ukuran own xbtoi..lau jd segitiga xpew..mai dtg lak segitiga trus runtuh..
betoi x..??
kalo kita uat perancangan msti kna arkitek untuk melukis seperti y kita nk..
so sapew kta lukisan nie xbgus..??
lukisan pown penting juga...

kyra ngaku kyra minat melukis..tp minat melukis mangaka..
tapi kyra xjadi mangaka kyra amik kos lain..
napew..??
bb melukis nie memerlukan imaginasi yang jauh 
seperti BEN, KAORU, pelukis kartun UPIN n IPIN n pelukis-pelukis kartunis di Malaysia..
kyra kagum n mereka kerana 
mereka mengharumkan nama negara Malaysia...
seperti di negara Jepun..
pengeluar cerita kartun Jepun n komik...
sehingga diadaptasikan menjadi sebuah cerita...
salah satu contoh nya ialah..??
BOYS OVER FLOWER, DEATH NOTE, HANAZAKARIO KIMITACHI EA n mcm2 ag
haaa sapew kta citew komik nie xley diadaptasikan..??
sapew y xminat tipu laaa...
conform da yang minat..
haa tue bg Jepun..
mcmana lak n Amerika..??
dowg lak mengeluarkan movie X-man, SPIDERMAN, BATMAN,DAREDEVIL n mcm2 ag..
sumew citew tue dtg dr komik jua...kn..??
haa kna ngaku...
untuk menghasilkan komik mmg senang sgt..
takat lukis n nmpak rupa pown jd gak kn..??
jd bagaimana nk hasilkan satu yang realiti..
haa bgantung pd direktor n pakar-pakarnya...
lukisan kyra skg nie pown da ag gak..
juz tunjuk 1-2 jew.. original..



ok..
itu sahaja...
sila gelak n sepuas ati anda..
kerana lukisan ini mungkin buruk dipandangan anda sekalian =)
as'salam

Friday, May 27, 2011

fenomena yang berlaku di kawasan TAIPING n SELAMA sahaja

as'salam...
tiada apa yang perlu diperkataan lagi..
selain dari gambar ini..
gambar ini ditangkap pada waktu tghari tadi...
tidak ada ciplak3 k..
original..
dr tuanempunya sdiri...


indah sungguh ciptaan yang Berkuasa...
subhanallah...

Thursday, May 26, 2011

forget me not

as'salam...
ok...lma xjmpa n blogger3 cni huhuhu....
maaf yer lau lma xupdate...
bkn xnk update..
tp tgh mngerah untuk mencari idea..
almaklum lah..kyra mmg xpndai dlm berbuat ayat ini..
jd sedkit sbyk mungkin serba kekurangan...

ok..kyra skg nie...
nk citew sal...
FORGET ME NOT...
agk2 sapew taw papa tue forget me not..??
sapew taw..??
agkat bontot cepat..!!!
(gurau jew taw jgn uat haha)

disini...
kyra akan mceritakan serba sedikit ttg forget me not....
mgkin ramai yang taw ttg forget me not..
ok..FORGET ME NOT adalah sejenis bunga
jeng3...di bawah nie bunga dia..

satu kuntum

yang nie byk color..
sumew forget me not...

ok..kita citew kn asal forget me not nie taw...
 cmnew ley dapat nma forget me not nie..??
asal nma forget me not nie ialah myosotis
myosotis berasal dr perkataan greek..lau dalam english bermaksud mouse ear..
plik kn..??
Ia lak dr jenis tumbuhan bunga..
knapa dklasifikasikan sbg tumbuhan bunga..??
haa sebab forget me not nie terdapat juga berasal dlm bentuk herba..pokok.. 
dan juga berasal dr family Boraginaceae..
umur forget me not boley menjangkau smpai satu atau dua thun...
bunganya smemangya halussssss sgt..
kurang dr 1centimeter..!!!
kecik kn..??
ley didapati  berbagai color seperti di atas itu sahaja..

TAJUK RINIE 
napew rinie kyra plih forget me not nie..
haa nk taw x..??
AnGKAT KAkI..!!
hahaha

ok....
forget me not ini sebenarnya melambangkn kisah cinta sejati...
ataupun kasih sayang yang berpanjangan..
tetapi ia juga berkaitan n kesedihan..
cmnew tue...?? haa meh nk citew skit..
cmnew forget me not nie dapat nma..
ia berlaku pada abad ke-50..
ketika seorang kesatria ingin mengambil
bunga keci yang berwarna biru yang ingin diserahkan kepada kekasihnya..
ketika menyerahkan bunga tersebut..
kesatria tersebut tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai..
n menjerit "forget me not"...
ketika dalam perjalanan pulang ke rumah..
si gadis itu terserempak dengan tuantanah lalu tuantanah tersebut menanyakan..
nma yang tidak berbunga itu..
lalu si gadis itu memberitahu bahawa nma bunga tersebut
FORGET ME NOT...

begitulah alkisahnya bagaimana forget me not..
mdapat nma hehehe..
napew boh..bb ase romantica...
aiyarikkk..lgsung xley tima alasan kyra huh..!!!
ok..itu sahaja hehehe..
as'salam =)







Wednesday, May 25, 2011

Secret Recipe HARAm....??!!!!!

as'salammmm....
da lama kyra xjguk blog nie..
mkin xaktif jadinya sob3 huhuhu..
bkn pew...kyra ingt nk mnikmati cuti sementara wktu hehehe
 haa tujuan kyra nk post entry rinie..
btoi kew y SECRET RECIPE HARAM..??!!
kenyataan yang mengejutkan bagi kyra sebab pew..???
sebab kyra minat makan kek..!!!
tidakkkk..!!
oleh itu kyra check kew laman web lain...
n terbukti bahawa...
still xharam ag huhuhu
(selamat aku lau xkeempunan huhuhu)

buktinya ini...
(wallahualam)
bkn pew..kita da la mkn slalu..da jadi darah daging kita..
mau x kecut perut dengar huhuhuhu...
da dok kt malaysia sptutnya msti la byk makanan y halal dr haram kn..?
haihhh nie kita y beragama islam terpaksa was-was makan kerana...
berita2 yang mengejutkan..
sperti ini huhuhu..
tp kalo btoi...
kita mohon la keampunan sebab kita xtaw kn bahawa da bnda haram...

ok..itu sahaja post untuk rinie hehehe
as'salam =)

Wednesday, May 11, 2011

contest semua tentang empat

as'salam...
selepas puas berblogwalking n mcuba bnda2 yang memning kn...
kyra pown check la blogger kyra follow hehe
xsgka cik lady jaja tag u kyra..
ehem3..
sedkit tharu rasakan hehe

ok..
seperti biasa...
untuk syarat2nya..
klik pada banner yang kiut miut nie hehe...


selepas itu.....
alamakkk.... kna jawab soalan huhu..
kyra nie lemah mjawab soalan..
tp xpew..kyra uat yang tbaik heheh...

1.) 4 PERKARA DESCRIBE ABOUT YOURSELF
  • hepy go lucky hehehe
  • suka sangat bergambar
  • suka ngusik bila ada peluang
  • suka melukis bila dapat suatu idea hoho
2.) 4 MANJA NAMA KAMU
  • kak myra
  • myra
  • dik ya
  • achik chik
3.) 4 PERKARA BAIK YANG KAMU BUAT HARI INI
  • tolong mak memasak
  • memasang sarung kusyen
  • bagi kata-kata semangat untuk yang tersayang
  • tolong mak bagi perabih lauk hehehhe
4.) 4 TEMPAT YANG NAK SANGAT PERGI
  • mekah nk uat haji/umrah jika diizinkan mampu
  • nak g jepun supaya dapat tgk hanami hehe
  • nk g sarawak supaya dapat rsa makan kek sarawak hehe
  • hehe nk g tempat org tersayang berada lau dapat
5.) 4 BENDA WAJIB BAWA KALAU KELUAR
  • purse sudah tentu
  • handphone lagi wajib
  • camera hohoho
  • lesen memandu hohoho
6.) 4 PERKARA TERAKHIR SEBELUM KAMU JOIN CONTEST INI
  • g memasak jap untuk adik
  • tgk citew vandread dlu jap
  • checking on my facebook hoho
  • download citew3 baru hohoho
7.) 4 ORANG KAMU PALING SAYANG DI DUNIA
  • family kyra
  • kawan-kawan kyra
  • bakal suami kyra
  • anak-anak kyra
8.) 4 JENIS RAGAM MANUSIA YANG KAMU JUMPA HARI INI
  • tengok mak hantar adik g sekolah...
  • tengok jiran sebelah membasuh lantai simen di luar
  • pabila suara amk menjadi sound speaker
  • apabila jiran depan mula mengusik2 makcik2 anak2
9.) 4 MISI YANG MESTI KAMU CAPAI DALAM TAHUN INI
  • nk dapat result yang baik(minta-minta la huhuhu)
  • nk dapat beg baru
  • nk bg cekap bw keta d lebuhraya
  • nk jadi lebih berani dengan berdikari sendiri 
10.) 4 HABIT BURUK KAMU
  • seorang pelupa(letak barang dalam stu minit da lupa kt mn brangnya)
  • suka makan byk3
  • suka pkir mcm2
  • suka uat muka kesian ala-ala shinchan
11.)  4 PERKARA YANG KAMU PHOBIA
  • pabila da orang panggil sayang especially laki(sb da laki gila pgil sayang dlm tepon trus ajk kawin huhuhu)
  • bila da guruh atau kilat bb pnah nmpak budak kna sambar kilat
  • bila terserempak n cacing gila..
  • bila dok dalam tmpat gelap takut sebab dlu pnah terserempak binatang beracun huhuhu
12.) 4 SEBAB JOIN CONTEST NIE
  •  sebab cik ladyjaja tag kt kyra
  • um slalu mmg dpt tempat keempat hahaha
  • nk try jawab soalan yang slalu kyra lari bila nk kna jawab
  • sebab polka dot-dot cik fika hehehe

selesai jua menjawab soalan..selepas tue..
mari kita tag mengetag hehee

TARIKH TUTUPNYA IALAH
15. mei .2011
hehe marilah mcuba semua

ertinya perkataan sayang ini~~~~~

as'salam...
harinie kyra terserempak ag n citew kisah sal sayang..
ok..nie kisah tul3..
marilah kita uat pedoman =)
ingin kongsi bersama para2 blogger hehe

Sayang Bukan Rahsia!

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Al-Quran merupakan panduan dan pertunjuk yang mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah kepada orang-orang yang beriman dan yang mahu mengambil pengajaran atas segala yang berlaku di atas jalan takdir mereka sendiri ataupun orang lain. (yg berlaku di hadapan mata mereka / apa yg telah mereka saksikan @ dengar)

Pengertian Ayat مالك يوم الدين

Memahami ayat ini sesungguhnya mereka yang beriman akan mengambil pengajaran dan iktibar supaya bermanfaat ke atas diri mereka.

------------------- ~ Ini kisah benar ~ -----------------------

 Kisah diriku 8 tahun lepas. Kali pertama aku jatuh hati pada seorang gadis. Dia tidaklah secantik model. Tak setinggi mana & chubby sikit. Orangnya boleh tahan comel. Senyumnya manis, punya lesung pipit di pipi kirinya. Perwatakan lembut & manja. Dengan suaranya saja aku boleh tergoda. Pada org lain, dia hampir perfect. Matanya redup tapi wajahnya selalu kurang bermaya. Bila berjumpa dia nampak lesu saja. Pandai orangnya, kewangan stabil.. Full package lah kiranya.

Aku? Aku menarik orangnya, begitu kata gadis-gadis. Tapi kawan-kawan melabel aku sebagai lalaki biasa tapi body boleh tahan. Aku punya ketinggian yang cukup, dada yang bidang (gadis-gadis suka, boleh buat bantal kalau nangis). Kewangan? Tu tak tentu. Kadang-kadang ada kadang-kadang entah la... Otak? Boleh tahan la, cuma aku malas sikit. So aku belajar slow2 (faham-faham la..extend 3 sem!)

Ok, gadis tu aku kenal melalui internet. Dunia tak sebesar mana, dah lama berchatting, baru aku tahu dia satu kolej dengan aku. Seronok lah aku, boleh aku intai dia selalu. Mula lah aku korek2 rahsia pasal gadis tu. Haihh, lagi2 lepas tu aku dapat tahu, gadis tu memang dah faymes kat kelas aku. Ramai member2 aku kenal dia. Room mate aku? Pernah kena gossip ngan gadis tu. Sebab? Gadis tu baik sangat. Apa2 hal dia ringan je nak tolong orang. Sebab dia tolong room mate aku, kena gossip la. Tapi tu sebelum dia kenal aku. Aku pulak tak tentu pasal dengki. Room mate aku tu aku buat jadi musuh. Padahal aku belum ada apa2 dengan gadis tu. Saja nak dengki... Ngehngehngeh....

Aku sebenanrnya dah mula suka kat gadis tu. Tapi tak nak kantoi. Kenapa? aku pun tak faham ngan diri sendiri masa tu. So, aku pun makin hari makin rapat ngan gadis tu. Gadis tu? Alah, dia anggap aku member biasa je. Geram betul! Pastu aku pun menjalankan strategi mengayat tapi tak nak kantoi. Macam mana? Hahaha.... Rahsia. Lama-lama gadis tu pun dah macam respond je. Aku apa lagi, suka la! Tapi banyak masalah sikit, ramai betul orang nak masuk line. Sakit hati betul aku. Tapi sebab daya tarikan aku (perasan lagi), gadis tu tak terpikat lah ngan orang lain. Hebat betul aku!

Birthday aku, gadis tu tiba-tiba je ajak keluar. Tapi dia ajak room mate aku sekali, dengan member aku lagi sorang. Menyampah betul, aku nak keluar 2 org je.Tapi kami keluar 4 org. Gadis tu punya baik, belanja kami semua makan. Siap belikan aku kek. Wah terharu lah! Aku tak tahu nak balas macam mana, aku just cakap thank you. Tak lama lepas tu, member aku ajak gadis tu tengok wayang. EH?? Sedap2 je nak potong line aku? Aku dengan tak malu cakap aku nak join. Lah, aku ingat diorang keluar 2 org je. Rupanya satu geng. 7 8 orang, aku ingat lagi. Masa tu gadis tu belanja lagi. Semua yang ada. Wah banyak betul duit dia. Dalam kepala, aku dah terbayang-bayang seronok kalau keluar dengan dia, dia bayar semua! Duit aku bole buat pegi futsal, beli rokok, modify motosikal. Yahoo!

Tak lama lepas tu, aku baru dapat tahu, dia belanja masa birthday tu sebagai member je (dia memang selalu belanja kalau member birthday). HAHA aku perasan lagi. Apa pasal la gadis tu baik sangat? Entah la. Aku tak mengaku kalah. Terus tackle dan tackle. Lama jugak baru tersangkut. Rupanya dia ada sejarah lama, patut lah susah betul nak dapat. Dia pernah kena tinggal dengan ex-boyfriend. Bukan sekali dua. Empat kali. Kesian gak. Tapi apa boleh buat..

Aku mula berazam nak ikhlas lah ngn gadis tu. Tak nak mainkan perasaan dia. Tapi aku pantang satu benda. Aku tak nak ada girlfriend. Nanti terkongkong. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak gadis tu rapat dengan jantan lain. Nanti mula lah aku naik angin. Lama jugak gadis tu bertahan dengan aku. Tapi aku masih macam dulu, tak nak kantoi. Tak nak member2 aku tahu hal kitorg. Hal-hal kewangan aku dah mula bertolak ansur, ada waktunya aku yang bayar. Ada waktunya dia yang bayar. Tapi selalu dia yang bayar (aku selalu pokai). Dekat FRIENDSTER, aku tak nak letak in relationship. Aku letak single. Kenapa? Tak nak kantoi. Lagipun aku tak pernah ajak dia jadi girlfriend aku. Tapi aku control dia dah lebih dari girlfriend. Tak boleh keluar dengan jantan lain, tak boleh tolong jantan lain, tak boleh itu, tak boleh ini. Kesian gadis tu, ikut je cakap aku. Dia memang respect kat aku. Aku? Ada masa sempat lagi chat ngan awek lain. Dia tak tahu, tak apa lah. Jahat betul aku ni.

Lama kami berkawan. Kawan je tapi control lebih. Jealous tak payah cakap. Masing2 kuat jealous. Problem cuma aku yang tak ajak dia jadi girlfriend aku. Tak kan dia nak ajak aku jadi boyfriend dia kan? Lama2 kantoi jugak dengan member2 rapat masing2. Tapi aku mcm biasa, no comment. Dia? Bila org tanya, dia cakap dia tak ada boyfriend. Aku bukan main sakit hati lagi. Dah tahu ramai peminat nak cakap macam tu pulak. Tapi fikir2 balik mmg betul. Aku bukan boyfriend dia. Aku sebenarnya tahu, dia nak aku yang cakap dulu. Tapi aku buat tak tahu je. Wah aku ni, dulu masa tak dapat bukan main lagi aku mengayat, sekarang dah dapat tak nak ada hubungan pulak. Tapi nak control. Pelik betul aku ni. Kadang2 kesian tengok dia. Dia mcmserba salah kalau nak cakap apa2. Ye lah, aku bukan boyfriend dia, bukan tunang, bukan suami. Kawan je.

Kami berkawan dari alam kolej sampai lah masing2 dah bekerja. Dia dapat jawatan bukan main tinggi lagi. Dia kan rajin & baik, semua org suka. Aku, biasa je. Gaji pun boleh la kalau nak buat makan. Masa dah kerja lagi banyak dia yang keluar duit, tapi dia memang tak merungut. Cuma kadang2 bila dia tak mampu, dia diam je. Tak ada gedik2 ajak aku keluar. Lagi satu, sepanjang kenal dia, tak pernah minta aku belikan apa2. Cukup sekadar aku berbual2 dengan dia dlm phone sebelum dia tidur. Gadis itu, baik sungguh. Member2 aku ramai yang kedana, awek mintak yang bukan2. Aku, senang je.

Birthday dia? Aku wish je. Lepas tu aku call dia 2 3 jam. Tak ajak pegi mana2. Tak bagi apa2. Kesian dia. Aku tak lah kedekut sangat. Cuma aku ni kayu sikit. Tak reti lah nak bagi apa2. Gadis tu, tak merungut langsung. Beruntung aku masa tu.

Usia dia menjejak 27 tahun. Dia masih melekat dengan aku, bukan sebagai girlfriend, bukan sebagai tunang. Masih lagi kawan je. Dia ada cakap pasal nak kahwin. Tapi dia tak cakap pun nak kahwin dengan aku. Aku buat tak tahu je lah. Kewangan tak stabil. Lagipun aku nak enjoy dulu. Tak faham2 aku ni, perempuan kalau dah 27 tu dah lambat la kalau tak kahwin,  tak tunang. Kesian dia. Mak dia dah bising2 kat dia suruh kahwin. Tapi balik2 dia terpaksa cakap kat mak dia, tak ada calon lagi. Aku pulak masih dengan perangai lama. Family aku tak tahu pasal dia. Family dia tahu tapi ye lah, kalau aku tak gerak takkan diorg yang nak gerak.

Last2 gadis tu tanya jugak dekat aku. Lepas 6 tahun berkawan.

"Awak, awak dah lama kawan dengan saya. Awak nak buat saya jadi apa nanti? Awak nak kahwin ngan saya ke?"

Aku tahu dia malu nak tanya macam tu. Tapi aku saja buat dia tak keruan.

"Eh, mana ada saya cakap nak kahwin dengan awak kan?"

Aku hanya bergurau tapi aku tak faham hati perempuan. Dia menangis depan aku time tu jugak. Aku buat tak tahu. Siap gelak lagi bergurau2. Pastu pujuk jugak tapi pujuk biasa je lah. Tak sentuh langsung hal-hal kahwin tu. Lepas peristiwa tu. 4 bulan kami tak berjumpa. Aku sibuk dengan kerja, tak tanya pulak bila lagi nak jumpa. Call pun  ada sekali dua je rasanya. Tiba-tiba bila aku buka e-mail, dapat e-mail dari dia.

"Awak, family saya asyik tanya saya tentang kahwin. Saya dah tak tahu nak cakap apa. Kalau awak sayangkan saya, sekurang-kurangnya kita bertunang dulu. Saya faham kewangan awak tak stabil. Saya boleh keluarkan belanja. Dengan duit simpanan saya sendiri. Saya segan nak tanya awak. Saya takut awak jawab macam hari tu. Tapi kalau awak tak sudi, saya boleh berundur. Ibu saya dah banyak kali cakap, kalau saya tak ada calon, dia dah ada calon untuk saya. Ada yang masuk meminang. Dalam masa sebulan lagi ibu saya akan bagi jawapan. saya harap awak faham. Saya mengaku saya sangat sayangkan awak."

Aku tak ada perasaan masa tu. Aku ingatkan dia saja nak buat cerita, buat point supaya aku gerak. Lepas tu aku tengok tarikh e-mail tu, 3 bulan lepas. Bila aku check balik, ada e-mail yang masuk folder spam. Dari gadis tu.

"Awak, saya tunggu jawapan awak. Saya cuba call awak banyak kali. Tak dapat. Ibu dah buat keputusan. Saya dah tak boleh undur lagi. Minggu depan saya akan kahwin. Saya minta maaf. Kalau sudi datang lah ke majlis saya."

E-mail tu tarikhnya sebulan lebih selepas e-mail yang sebelumnya. Baru aku ingat sebelum tu ada lebih 20 missed call dari dia. Tapi aku tak call balik sebab aku sambung tidur. Bila bangun aku dah tak ingat nak call. Kalau diikutkan, dia memang sepatutnya dah berkahwin. Aku beranikan diri cuba call dia. Dijawab oleh seorang lelaki.

"Salam. Nak cakap dengan isteri saya?"

"Salam. Isteri?"

"Ye, isteri saya terlupa phone dia dlm kereta saya tadi sebelum ke pejabat"

Aku terdiam. Gadis tu dah kahwin. Aku?

"Hello?"

"Maaflah ye, boleh saya tahu encik ni siapa? Nanti saya inform dekat isteri saya encik ada call. Rasanya nombor encik tak saved kat dalam phone isteri saya ni"

Aku rasa kelam masa tu. Mesti gadis tu cukup sabar menanti aku selama ni. Sekarang nombor aku pun dia dah tak simpan lagi.

"Tak apalah, kirim salam pada isteri encik. Katakan kawan lama menelefon bertanya khabar. Selamat pengantin baru"

Hari tu aku menangis semahunya. Gadis 'full package' yang manis, anggun dan sangat baik dah hilang dari aku. Sedih aku bila ingat balik, dia tak pernah berkira, tak kedekut, selalu tolong aku, bagi sokongan kat aku. Aku memang tak boleh nak salahkan gadis tu. Dia memang dah lama tunggu aku. Aku tak ada apa2 ikatan dengan dia. Aku memang tak boleh salahkan dia kalau dia tinggalkan aku. Tapi bertahun-tahun aku simpan harapan. Cuma sikap aku yang buat aku jadi macam ni. Sekarang aku kena mula cerita baru. Cerita yang sepatutnya dah nak sampai happy ending terkubur macam tu je.

**p/z
~ Pesanan untuk orang di luar sana: Kalau kita suka/sayangkan sesorg, jangan segan ucapkan sayang. Jangan biar lepas. Nanti menyesal tak sudah. Ikatlah dengan satu ikatan, kekasih, tunang, isteri. Jangan pernah malu untuk beritahu dunia, gadis tu milik kita. Biar kawan2 ketawakan kita. Kalau benar gadis tu ikhlas, dia pasti gembira bila kita dengan bangga katakan dia milik kita.. wlaupun dia diam selama ini. mungkin layanan dia pada semua kawan laki adalah sama..walaupun ada hati yang sakit. Bersabarlah..kerana mungkin ada kebaikan yang di sembunyi di belakang pengorbanan itu... (Allah Maha Mengetahui) Asalkan anda pernah meluahkan perasaan anda (saya suka kamu /  saya sayang kamu) dlm kereta (masa dlm terowong) ke, depan2 ke, dlm telefon ke, msg ke..Janji dia pernah tahu dan dengar luahan hati kita. Biar dia tidak membuka hatinya sekarang untuk anda, sekurang2nye dia tahu ada orang yang boleh dikongsi dan dicari ketika susah & senang, sedih & gembira, ketawa & menangis, sihat & sakit, lapang & sempit, kaya & miskin yang paling penting dia tahu kita sentiasa ada untuk dia bila dia memerlukan...
(senyum dlm hati)   =)


DOA SEORANG KEKASIH

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi
Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambamu ini

Ya Allah
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biar aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama
Dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh


Dari Abu Hurairah r.a. katanya;
Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya,
kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana
agamanya nescaya engkau bahagia”- Sahih Muslim


Dari Abdullah b. Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda;
” Dunia ialah kesenangan, sebaik-baik kesenangan dunia ialah perempuan yang solehah
- Sahih Muslim

doa... =')
From > Dr.ihsanuL