Please leave you link so we could follow it. Thank!!!

Assalamu'alaikum WBT & hello Everyone!

In this blog is just for fun and we share everything whatever we found and what we are gaining from it. So I'll blog-walking to all blogger and will follow it. Same with you. In case if something that you guys feel uncomfortable you guys may leave with all your heart. And so nice to meet you guys!!

Thursday, March 31, 2016

Coffee FAN!!!!

Hello and hi guys!!

Its been too long I leave my blog with untouchable. Poor my blog, I'm sorry I ditch you so long!!!
In my last entry I've told you I move on my new job right?

Yeah it quite struggling actually but its fun!!!!!! Seriously the work might be stress you a bit. But work is work even you complaining you won't get away from that!

So,
In order to release MY STRESS, I've been visiting one of the coffee shop with my family.

Yeayyyyyyy!!
I can release my stress now with them!! Ha.ha.ha

Okay,
For the coffee fan
I recommended one suitable place.
Where is it?
Tadaaa!!




Yesssss!!
It was Cosans Coffee shop!!
This shop located at Bangsar
Well actually there's has a lot of place you can go
Such as Puchong Jaya or Subang Jaya SS15(not really recommended because of the traffic)
So for the better I prefer here, cause the place quite comfy you know



And for this shop they have two different types of beans that you guys can choose!!!
Tadaaaaa!!



Which you guys can see I'm choosing Ibanez Coffee bean
Why?
Well you guys might think all coffee taste the same
But actually
Nooooo!!!
Why?

Ok, why I choose Ibanez (you can read above there)
Tadaaa!! Here's the menu




While waiting for the BARISTA brew the coffee we snap the photo first!
Tadaaaa!!



And after that
Yeayyyy!! We got our coffee (well actually is cappuccinos)
Both us (me and my sister) are coffee addicted (not heavy drinker yet!)
But we really enjoy it our coffee time

Yeayyyyyy!!

See mine with love one.. while my sister is Christmas tree (I think)




Aww so cuteee.....
Both of us choose cappuccino with Ibanez coffee bean

Same with my niece.
The different is
She chose French Vanilla Latte with Ibanez bean

Tadaa!!!






Ok
Why we were choosing Ibanez Coffee bean?
Well, what I understand is the Ibanez Coffee Bean is medium type of coffee bean so is not too strong for the people who didn't like the bitterness in the coffee (of course without sugar)

While Kemala Coffee bean is quite strong and I don't think I wanna try it yet haha,
Cause for me, I didn't add sugar plus it has the creamy milk!
And I loveeeeee it!!!!!!
For me Ibanez Coffee didn't taste bitter at all.
Even its tiny I'm not gonna count it!!

For the PRICE 

Is REASONABLE!!!

Cappuchinos = RM 12 x 2
French Vanilla Late = RM 13

Total = RM 39.22 (GST % Included)

So for a person who try to drink coffee, this coffee shop is RECOMMENDED!!

See ya next time!!!

(Please Enjoy!)

Monday, September 16, 2013

WHAT I'M BLABBERING ABOUT..!!!!



Assalamualaikum and hello guys..!!

Long time no see over here...
Yes..!! Honestly to say i'm really busy after my new work started..
So.. before my new work started.. I've been working at the guardian, actually i trying to work at HQ or in other word Headquarters. Probably my luck isn't that good enough or my fresh certificate aren't fit enough for this new job. Suddenly change from civil into business... Definitely you guys think what the hell i was doing over here?? Suddenly change course and also my work out..

Geez..!!

Even I never think bout that, So since i never get into Guardian HQ so end up worked at Guardian Pharmacy Retail. What am I doing over there..? Of course working over there as a Cashier but suddenly things happen and i been promoted as Supervisor..

I'm so happy..!! Yes for the first time..!!

But then there are certain people not so very happy bout that.. Why? Even i don't bout that. i'm just being me. Clumsy girl that's me of course.

Surely you guys think why I've been talking in English and not in Malay.. Actually i'm trying to improve my English(Oh My English..!!!!) I love to speak in English..and also Malay.. Japanese too..!!! Love it..!! (Hell yeah i like it)

Enough Talk bout D language..!!!

Now I've been working over there just 4 month(actually 3 month and a half).. Why?? I was wondering too... Eventually i get another job(Damn I'm so shock..!!!) To be honest i never think or thought that i could go back to my original course. Of course in Civil Engineering, so In my heart kinda had 50%-50%(should i stay or should go???) Can i take this course back??

WOW..!!

So i think and i think all over i take those offer.. now my new work is as a Technical Executive..Thank god(Alhmdulillah..!!!) So what?? I'm still a rookie dookie..so i need to learn a lot of thing that it will never b the same as what i learned at Poly.. Hopefully Allah bless me and all of us..!! Chao..!!


Please do puke when ever u guys see this picture of me that crazy..what a bummer

LAST DAY WORKING













Friday, November 9, 2012

Thursday, November 8, 2012

HARI PERTAMA BUKA BLOG.. HARI PERTAMA MENGARUT





APAKAH YANG KYRA TENGAH DUK MENGARUT NIH????
 JENG JENG 

NAK TAHU??
JOM BACA DULU
(tapi kena klik dulu laa hik3)

Wednesday, January 11, 2012

Ciri-ciri Muka - Mulut

MULUT YANG PALING BAIK


Tiger Mouth
Jenis mulut ini ialah ia berbentuk lebar, tebal, merah jambu dan simetri. Ia biasanya dimiliki oleh mereka yang datang dari latarbelakang keluarga yang baik. Mereka memiliki ilmu yang tinggi dan sangat tabah. Mulut jenis ini juga menandakan kekayaan dan nasib yang baik dan pemiliknya biasanya menghadapi hidup dengan gembira. Apabila gigi ditutup dengan sempurna, ini bererti beliau sangat dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki masyarakat. Orang yang mempunyai bentuk mulut seperti ini boleh menjadi teman yang baik di dalam perniagaan dan juga hubungan peribadi.


Dragon mouth

Mulut jenis ini adalah besar dan luas. Bibirnya sangat gebu dan rata. Mulut jenis ini menandakan kekayaan, kehormatan, kuasa, mendapat makanan yang baik dan kehidupan yang gembira.



Cow Mouth
Jenis mulut ini adalah tebal dan merah tetapi biasanya kecil dan runcing ke atas. Ia mungkin menjadi besar apabila pemiliknya ketawa. Seluruh bentuk adalah kemas dan sama rata. Bentuk sebegini menandakan kesihatan, kekayaan, perkahwinan yang membahagiakan dan seorang yang artistic. Pemiliknya biasanya akan popular di kalangan jantina yang berlawanan dengan mereka dan mungkin menghadapi kehidupan yang romantik.

Ram Mouth
Jenis mulut ini adalah kecil dan nipis serta runcing ke atas. Mulut seperti ini menandakan seorang yang berhati-hati dan konservatif tetapi jika yang bernasib baik akan hidup lebih gembira dan orang ini biasanya bersikap optimistic. Mereka yang bermulu biri-biri mempunyai perancangan yang bagus dan mereka boleh berjaya dalam perniagaan dan ilmu perakaunan.

Cherry mouth
Mulut jenis ini adalah kecil dengan bibir bawahnya adalah tebal dan meruncing ke atas. Pemiliknya biasanya cenderung untuk menjadi sensitif, seorang yang lemah-lembut dan bijak serta selalunya mempunyai bakat artistik. Orang yang lahir dengan mulut jenis ini boleh pergi jauh, terutama jika mereka betul-betul mendalami matlamat yang membolehkan mereka menjadi masyhur dan kaya. Jenis mulut ini biasanya dijumpai di kalangan wanita dan wanita ini akan menghadapi perkahwinan yang bahagia.

MULUT SEDERHANA BAIK
Monkey mouth
Mulut jenis ini adalah luas, nipis dan berkeluk. Mulut jenis ini menandakan orang itu sangat cerdik dan bersifat oportunis. Sesiapa yang mempunyai mulut jenis ini biasanya akan berjaya di dalam perniagaan. Walaubagaimanapun, mereka kadangkala akan terlibat di dalam penipuan. Mereka biasanya akan mempunyai masalah dalam mencari kawan sebenar dan mengekalkan sesebuah persahabatan.

MULUT KURANG BAIK
Pig Mouth
Mulut jenis ini adalah kecil dan menonjol dengan bibir tebal. Bentuk ini menandakan seorang yang pemalas dan sering dimanjakan dengan kebendaan. Pemiliknya biasanya kurang sabar, penakut dan mudah marah. Orang yang mempunyai mulut jenis ini akan melihat diri mereka sendiri menghadapi kesukaran kerana kata-kata mereka yang kurang berhati-hati. Mereka akan menerima sedikit pertolongan daripada orang yang rapat daripada mereka dan perlu mencari haluan hidup mereka sendiri.

bird mouth
Mulut jenis ini mempunyai bibir yang menonjol dan agak nipis. Bentuk ini menandakan seorang yang becok dan banyak cakap sehingga sesuatu kerja tidak dapat disiapkan. Memang ya, ini akan menyebabkan pemiliknya menghadapi masalah yang banyak dan mungkin memusnahkan hidupnya atau kerjayanya.
 
Mouse mouth
Mulut jenis ini adalah kecil dengan bibir nipis dan runcing ke bawah. Mulut jenis ini manandakan kebakhilan, berfikiran sempit dan bersikap oportunis. Mereka yang mempunyai jenis mulut ini selalunya kuat cemburu dengan kejayaan dan nasib baik orang lain, walaupun mereka berusaha untuk mencapai apa-apa dengan sendirinya.

Fox mouth
Mulut jenis ini adalah besar dan berombak. Ia menandakan seorang yang agak rumit dan tidak boleh dipercayai dan mereka mempunyai selera yang baik dalam hubungan peribadi. Mereka yang mempunyai mulut jenis ini akan mempunyai masalah dalam meyakinkan orang lain tentang nilai apa yang mereka hendak katakan kerana mereka kerap mengubah pandangan mereka setiap masa. Orang yang mempunyai mulut jenis ini berkemungkinan berkahwin banyak kali.

AWAS!
1.Setiap gambar hanylah dari sumber pakcik GooGle
2.Setiap SumBer ini datang dari MULUT-MULUT

SI BURUK KEKASIH RAJA

as'salam sumew..!! :)
rindu x kt kyra...??
hehehe sori sket kyra bz dengan final projek kyra....
jadi juz lawat melawat korang n diam tanpa komen(alasan yang tidak dapat diterima...!!)
ok...enough talking more writing right..??
 kt cini kyra da benda nk kongsikan n korang..
so pew ag...
 
  JOM BACA CITER NIE..!! BEST TAW

Tuesday, December 13, 2011

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN atau MATAHARI

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN atau MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مؤكدة)


CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.


CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :


Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.


Cara Pertama : 
Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.


Cara Kedua : 
Disebut dengan أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.


Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : 
Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam.yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.



Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.


Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.


ATURAN SOLAT GERHANA


1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :

3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.


(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan

“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.


(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari



“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah,Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).

9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).


INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklahmenyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring.(جهر)








Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.


thanks coz sudi membaca..hehe as'salam :)